Showing posts with label Critical insan. Show all posts
Showing posts with label Critical insan. Show all posts

10 September 2013

Nawaituku.

Assalamualaikum.

Selalunya datang pencerahan dalam kepala otak aku ni, terasa-rasa macam la ni jugak aku nak update belog. macam banyakk sangat nak story. tapi time-time tu lah nak terberak. time-time tu lah cik milah hantar kepok lekor buat minum petang. terbantut.

Dah terbentang lappy depan idong, nawaitu tu pulak hilang.

So, dengan nawaitu yang senipis lapisan ozon, aku berjaya update di opis a.k.a gudang. padahal takde lah payah benor. saja buat payah.

Baru bernawaitu untuk buat baik tu pon dah dapat pahala. belum buat baik lagi tu!

Bernawaitu nak buat jahat belum dapat dosa unless kita buat kejahatan tersebut :)


14 March 2013

Tepat terkena batang hidong

Assalamualaikum.


Tahukah anda.. sekian lama ayat-ayat ni aku nak karang tapi tak terkarang-karang sebab tak tahu macam mana nak explain. Sejak sekian lama dok berlegar-legar kat kepala hotak sampai menghantui tidur malam aku. seksa pulak rasa.

Nasib lah jumpa benda ni kat fesbuk so mudah lah aku nak terang situasi sebenar terutama aku yang mengalami. :)

Lega rasanya macam taik keras yang di teran keluar dengan jayanya..

























This is so true! so true! memang ini yang aku nak karang tapi satu gambar ni dah explain everything! thank kasih you all.

Heh. aku dah lama perasan perangai perempuan especially aku lah, macam ni. kalau laki kita buat silap, macam takde maaf bagimu. kalau dia sediakan alasan, siap lah kita boleh hujah sampai patah hujah dia. kalah peguam!

Tapi kalau kita buat salah, alasan kita pun tak mau kalah siap fire dia balek. kalau dia berani salahkan kita jugak, memang siap lahhh berak berdiri lah kau.

05 January 2013

A perangai that we called lebah menghisap madu

Assalamualaikum.

Aku hampir lupa yang aku ade tumblr.

Aku start sign up tumblr sejak merajok dengan belog. time tu aku malas gila nak update belog. aku lansung tak bukak belog. sampai lah aku tetiba tergerak naluri nak log in belog. tengok-tengok dashboard dah baru. terus sesat.

Bila dah rajin berbelog, aku lupakan tumblr. kesian dia.






















Kat tumblr ni ade banyak lah jugak aku post. tapi semuanya gambar je. aku tak tulis pape pon. maybe aku dah merajok dengan belog. kat belog aku rajin tulis tapi takde siapa bace. bunyi cengkerik.

So, aku show off lah kat tumblr. bajet akan ade yang bukak tengok tumblr aku. padahal aku tak pernah show link tumblr kat sesape pon. malu.

Memang aku macam lebah. dah habis bunga tu aku sedut madu, aku tinggalkan. pindah ke satu bunga lain pulak. habis madu sepah di buang betoi.

Sekarang madu di tumblr habis aku sedut. kembali balik pada belogsepot. tunggu madu belog ni habis. tunggu.



02 January 2013

Masa depan

Assalamualaikum.

Aku dah boring dengan template blogger ni. bila aku window blogging, kebanyakkan blogger budak-budak, lawooo gila depa punye layout rase taknak keluar dari blog diorang.

Mulalah nak salahkan mak bapak tak hantar aku pergi sekolah computer mase kecik-kecik tu dah besar dungu je tak reti bace coding. haishhh terpaksa berguru dengan budak-budak.



Apesal depa terer sangat. kadang-kadang dah set dalam kepala yang ni misti belog budak kecik. lawo sangat! dah orang tua punye blog, bughuk. ok. blog aku bughuk.

Aku nak ubah belog ni 360degree. wait n see budak-budak! harharhar

Sempena tahun baru, ni lah azam aku. nak lawakan blog. bia muka bersepah jangan blog bersampah.


28 December 2012

Teknik diet keji

Assalamualaikum.

















Sebagai manusia yang di lahirkan tidak memiliki badan yang semulajadi model curve, aku pikir sendiri macam mana nak kenal badan sendiri. ceywah bukan kenal sangat pon. dah dua dekad tapi badan sendiri pon compang camping tak terjaga.

Tapi aku takde amalkan senaman, minum collagen, pati herba jamu mak nenek. tu luaran nampak sihat dalaman wallahu.

Berat badan aku pulak bergantung kepada persekitaran. dengan tinggi 161cm, setakat ni berat badan aku, ideal. tapi pada aku now aku gemok.

Zaman gemok aku bermula kat boarding school. sebelum masuk teknik, berat aku 49kg. dah akhir tahun sekolah teknik, berat aku 60kg. mungkin diorang buh ganja dalam masakan tu aku lalu makan sangat-sangat.

Habis sekolah lepak kat rumah, berat kembali normal tapi still debap sampai lah masuk uni. time tu fuhhh tengok badan colleagues semuaaa mang aih. tapi aku takde kesedaran pon nak berdiet. makan sesuka hati. memang takde istilah diet dalam hidup aku.

Tapi berat aku sangat ringan hehe makan sesuka hati tapi berat tak naik. sukanyaaa. tips dia, makan, nyahtinja, makan, nyahtinja di jamban. heavennya tak payah runsing pasal berat badan.



























Ni berat sepanjang uni life. heaven lah orang lain sibuk skip makan malam, aku selera makan snacks malam buta. orang lain berjog pagi petang, aku tengok tivi makan jerok.


Setelah berbulan kat rumah, heaven tu tiada lagi.. owhhh hampa. tapi ok lah kan - dengan makan ikut suka hati, exercise tak pernah. tapi just maintain pergi jamban berat pon tak over.


25 December 2012

Troll at subuh time

Assalamualaikum.

Macam selalu, aku bangun solat subuh agak-agak nak dekat pukul 7 heee tu biasa. yang luar biasa tu pagi tadi.

Mak aku buat style terkejut tergempak macam dah lewat sangattt. aku buat rilex.. cool, tengok handphone jam pukul barape. laaaa hai baru pukul 5.42 a.m.

Mak ni buat lawak ke ape. kejut macam pagi ghaye aidilfitri pulak. pagi ghaye pon aku tak bangun awal cenggini. aku buat derk tutup mata sambung tido. subuh tak masuk lagi lah mak.

Heh silap tengok jam. sayup-sayup dengar mak aku gelak.



21 December 2012

Penerajang yang tak bersalah

Assalamualaikum.





Aku semedang terjaga time tidur. tengah dok mamai tu, dush sebijik kena kat hidung aku. tangan adik aku terajang muka aku. haihhh sabar jelah ade adik atlet. time malam buta pon nak practice rejam peluru. kang peluru ke mana gigi ko ke mana aku rejam.

Tapi nak salahkan siapa? bukan dia sengaja pon. tapi dalam tak sengaja pon, dah namribu kali aku kena.

Umpama beby yang baru belajar tatih, lain tatihnya dengan mug berisi Milo fuse last packet di sepaknya. time tu nak salahkan sape? beby tu? rase nak salahkan diri sendiri.. dah tahu ade beby dalam rumah, letak lah lagi barang-barang beby mudah capai.



Nak ku maki tengah malam buta tu? silap tahun aku kena maki balik kacau dia tidur. salah aku jugak dah tua pon tak berani nak tidur sorang-sorang. haihhh nampaknya benda ni akan berterusan sampai ade orang yang betul-betul peneman seumur hidup..


20 December 2012

Tarikh cantik

Assalamualaikum.

Aku jarang nak up entry yang currently hot kat sana sini. tapi sebab tarikh hari ni memang best, 20122012.

Cantik kan. tapi tak ade ape-ape pon yang berlaku pada hari ni dalam hidup aku melainkan.. bosannn. kepala pening, dizzy mabuk laut. tapi kalau aku cakap aku tak sihat kat mak aku, mak aku takkan percaya. mana tak nya, orang tak sihat tak lalu makan lansung. tapi aku still maintain. siap bertambah-tambah.



Harap esok makin productive hidup aku ni. banyak kerja tergendala. order skirt pon tak siap-siap. 



16 December 2012

Anjakan usia

Assalamualaikum.

Semalam aku and family bergelandangan depan tibi waktu maghrib. tiba-tiba teringat zaman dulu, kalau maghrib je jangan harap boleh ngadap menatang pat segi tu. tapi sejak dah besar semua adik beradik, pakat rilex je termasuk semalam. wahhh heaven takde dah piat-piat telinga.



Dah settle solat maghrib, sambung ngadap petak tibi. lagi heaven aku pegang remote. hari sabtu banyak cerita best. tak teringat pulak ade APM. tetiba abah cakap malam ni bukan ade APM ke? yelahhh abah lagi expert. terharu, dulu-dulu nak tengok AF pun kena sorok-sorok. la ni, abah yang tolong ingatkan.

Terasa perubahan zaman. tapi paling best bila parents makin sporting. heee 


15 December 2012

Second time pergi I-City pun still peghak

Assalamualaikum.




Nampak tak peghak di situ. kali ni pergi dengan family haruslah terlebih excited. abah aku isi club card I-city RM100 pakat berlari-lari anak termasuk tua dan muda cop barisan depan sekali main semua benda kat I-city.

Alhamdulillah.. habis semua seratus ringgit takde sisa langsung. heh



Alhamdulillah jugak, memory card camera penoh gambar aku. heee tips dia di sini, jangan pegang camera tapi berdiri lah depan camera. 



Time tu tak kira lah mainan tu mencabar or tak yang penting, aku nak naik semua. aku jenuh pujuk adik-adik sepupu aku naik sekali. tapi diorang boleh pandang sebelah mata je tengok mainan tak adventure katenye.


12 December 2012

Layankan je

Assalamualaikum.

Tak pernah otak sepantas ni berfikir tajuk entry. selalunya, stuck tak jumpa tajuk even dah habis karang entry. tapi kali ni tajuk je yang laju di taip. entry tak productive lah pulak. itu normal bagi aku.




























Ye, aku baru grad tapi sila bace dengan mood zero entah lah. aku rasa takde yang special. aku tak lambung-lambung topi dengan budak class. takde snap picture banyak-banyak sangat. just dengan family sebab keluar je seberoyan manusia dari DATC tu termasuk aku, aku point family aku. tangkap gambar sepam dua terus shoot balik rumah mak sedara kat Rawang.

Seriously, semua berjalan lancar. tapi aku blurr aku pon tak tahu kenapa.

Dapat surprise dari SAN dengan teddy berat gila pon boleh blurr.




Member-member aku semua bara aku blah awal sangat. bila dah balik baru aku nyesal awat lah aku jadi lagu ni. *sigh




Tapi aku berpuas hati  jugak lah. my apparel from head to toe made by me. kasut SAN sponsored. mood happy balik.

Tahniah kengkawan semua. yang bakal grad next year pon skali!


06 December 2012

This season

Assalamualaikum.

Bulan doblas, selain musim hujan, banjir, tengkujuh, musim orang kawin sana sini.

At first, aku plan nak pergi kenduri ex-classmate and ex-housemate aku jugak. dia dah jadi bini orang! terkejut jugak lah. jodoh dia sampai dulu. hee

Kenduri Ummal kat kedah. tapi hari yang sama jugak kenduri sisters bf aku kat Taiping. dua orang sekali naik pelamin. kali ni bf aku wajibkan aku datang. aku dah dalam dilema.

Akhirnya aku pergi kenduri sisters bf aku je. tu pon aku ajak Teah. dia je yang ade kat hometown yang lain dok oversea lagi.




Aku tak pernah met parents and families SAN personally. so ni first time teehee nebes lah. 



Sangat lawa and peramah. even aku tak berbual pon tapi cara dia greet tu buat aku tak kekok.
Kak Liyana kakak kedua SAN.



Yang ni kakak ketiga. Kak Umi yang sangat gojes.





30 November 2012

Langkahan seluas longkang

Assalamualaikum.

What a psycho title.

Bulan seblas dah nak blah. aku enjoy bulan seblas and tak sabar untuk bulan doblas. yeay sama-sama.

Budak diploma UiTM tengah bizi dok convo aku pon teringin jugak. aku anak sulong, ni fes time mak aku masuk dewan tengok anak dia pakai jubah besar gabak.

Tapi tunggu bulan doblas ye mak.



Ingat kan langkah kami sekeluarga ke Shah Alam je 5hb ni. tapi.. sampai JB hoih!

Syukur exam imigresen 3hb seblas haritu aku pass. tak sia-sia aku melangut tak study. seriously aku tak berharap lansung sebab aku dah gerenti failed. aku tak boleh jawab paper 1. ada 50 soalan tak silap aku, ada pilihan jawapan. aku main ini mini mai ni mo je ha.

Soalan siap tanya berapa mukasurat international pasport. adoila aku tak pernah bace lah pulak pasport. mukadam pon aku tak tahu berapa mukasurat.

Nampak tak permainan dia di situ.

Setelah berita ke'pass'an exam tu aku terima, kena ready untuk program ni pulak. then baru lah diorang belek-belek semua candidates. dah belek-belek, and pass belek-belek, baru diorang panggil interview. sooo panjang lagi perjalanan tu. belom tentu dapat or tidak.

Sekali lagi. nampak tak permainan diorang di situ. 



Datin Halimah kau. JB!



Sedang-sedang elok lah tarikh convo aku 5hb then 8hb kena ade di JB.

Abah aku pon laju je sambung cuti sampai 10hb. hiks panjang langkah, boleh rentas laut china selatan. 



Owh Justin Bieber. JB



23 November 2012

Oleh itu..

Assalamualaikum.

Hampir tiga tahun aku dah mengadu domba dengan SAN, aku rasa ujian paling berat adalah jarak.




Sorry tak ade credits untuk doodle ni. aku cilok kat fb je.

Aku setuju sangat. bila berjauhan memang itu ujian tapi kalau duduk dekat pun ujian jugak.

Ade satu sem je aku pernah duduk dekat dengan SAN sebab dia practical kat area Uni aku. happy gila masa tu. baru lah rasa macam ada bf. hujung minggu keluar.. tak weekend pun keluar heee.

Lepas tu berjauhan balik..

Bila ade kesempatan nak berjimba tu, macam-macam dalam otak aku plan nak pergi merata-rata padahal jumpa dua tiga jam je.

Selalunya aku mesti point nak pergi tengok wayang. 

Balik rumah tu mula menyesal sebab tak banyak spent time bersembang and mengadu domba dengan SAN hah nyesal! duk dalam wayang sejam lebih nganga tengok screen. sejam lebih tu kalau lepak minum-minum boleh buat modal bodek beli teddy bear besar bapak.

So, aku tak akan tengok wayang dh kalau keluar dengan SAN. aku rela duduk tenung muka dia berjam -jam lepas ni. dah kawen nanti baru lepak tengok wayang sebab banyak masa dapat spent dengan SAN. weee




Last-last dapat snap gambo dalam kereta je. huh

05 November 2012

Terpost tanpa title, so ni lah title entry ni

Assalamualaikum.

Barang siapa yang selalu kekenyangan
maka banyaklah dagingnya,
dan siapa yang banyak dagingnya
maka kuatlah nafsunya.
Siapa yang kuat nafsunya
maka banyaklah dosanya,
siapa yang banyak dosanya
maka keraslah hatinya.
Dan siapa yang keras hatinya,
maka tenggelamlah dia
dalam bencana dunia serta keindahannya..


Sejak berperangai penganggur aku lansung tak productive. semua kerja aku jadi lembap. tidur je yang awal yang lain lembap.

Selalunya sebelum tido aku werangan nak rajin buat kerja rumah, deko wall kat bilik bagi mak aku kagum.  



Esok aku akan transpom bilik supaya lebih lena tidoku. puh puh

Tapi dari situ aku belajar, kalau nak berubah positive, jangan tunggu esok atau werangan dulu. sebab esok tu end up dengan ujian maha berat. hujan renyai-renyai perghhh syahdu kalau tarik bantal peluk rapat-rapat, bungkus badan dalam selimut tebal. beratnya ujian nak berubah.. bukan nak buat apa sangat pun, nak kemas tempat tido je.

Itu pun bertangguh. ape ade hal malam ni nak tido jugak. susah-susah je kau kemas.

"Kalau macam tu hang tak payah basuh bontot lepas berak, nanti nak berak jugak" -bidas pedas mak deras.

Ok sambung tido sebelum hujan benti. hujan dah benti baru langsai hutang kemas tempat tido. Weee


04 November 2012

Mak orang

Assalamualaikum.

Kadang-kadang aku terlalu memikirkan sesuatu yang tak perlu. mungkin sebab benda macam tu tak akan berlaku pada aku.

Aku dah lupa bagaimana perasaan bila menjadi perhatian. kau pergi mana-mana, semua orang perhatikan kau, teruja tengok kehadiran kau, kecantikan luaran kau.. aku lupa sejak terakhir perkara itu berlaku pada aku masa aku kecik-kecik. yelah masa kecik-kecik semua orang suka.




Memang patut aku lupakan je perasaan tu sebab tak mungkin akan berlaku. bersyukur dengan apa yang Allah bagi kan bagus.




Tapi terdetik jugak, nak pikir jugak-jugak. dengan muka makcik-makcik aku ni mungkin ada tarikan jugak. aku werangan kalau aku pergi interview, ramai yang perhati aku atas bawah sebab lawa sungguh. tapi mustahil sangat-sangat. ramaiii lagi yang lawa. lebih lawa. 

Mungkin benda ni akan berlaku kalau aku sesat di kalangan kaum orang asli. aku kelihatan paling asing bagi depa. maybe paling lawa tapi kejadahnya paling lawa dalam kalangan orang asli and di adore lelaki orang asli arghhh zaman sekarang perempuan kaum orang asli pon lawa-lawa.

Hakikatnya aku taknak orang anggap aku tua dari umur aku sebanar. aku suka bagi depa teka umur aku bagi yang baru kenal aku. walaupun aku tahu jawapan mereka sangat menyakitkan hati. umur aku baru 21 lah! depa macam ?? 21 ke macam 26 je. %&#!@^*




Kalau nak bersyukur, senang je, aku akan tengok mereka yang kurang bernasib baik. muka berjerawat, berpanau, sumbing, rabun, hidung sumbat, gigi berlubang dan penyakit muka kronik. mengucap seketika dengan kekurangan orang tapi aku masih nak membanding-banding lagi. 

Tak salah memiliki muka 'mak orang' asalkan perangai semengah. aku rasa itu better dari muka baby face padahal mak orang, perangai susah bela.

Setiap kali bercermin aku senyum. nampak tenggelam timbul lesung pipit. puiii dalam hati berdoa "semoga 20-30 tahun akan datang, wajah aku kekal macam ni". 




Selalunya orang yang muka cepat tua ni kekal macam ni bila memang dah betul-betul tua. time tu muka hangpa yang kata aku macam 26, tua berganda-ganda. wallah!



02 November 2012

Gila tak best usia muda kau

Assalamualaikum.

Masa usia aku muda belia belasan tahun, aku gemar betoi mengayat orang pulohan tahun. 20-an paling gemar.

Time tu jurang usia bukan halangan tapi aku tak ade lah sampai tahap bercinta. biasalah budak-budak gedik aior nak menerai semua spesis jantan. kalau ade yang layan aku on. on means berkawan, bersms. tapi tak ade sorang pon ajak aku couple. aku tipu umur aku 20 padahal baru 15 tak silap.

Umur memang boleh tipu sebab muka aku memang matured and badan aku macam budak habis sekolah dah. tapi perangai budak-budak tu tak boleh nak tipu lah. nampak sangat kebudak-budakannye. mane lah aku tahu orang tua (20-an) dah tak best hidupnya.



Muka yang matured tidak menghalang aku untuk berperangai rabak.

Terkini, aku chat kt fb dengan sedara jaoh. umur dia akhir 20-an and masih mencari aku rasa.

Cut off perbualan chat kat fb antara aku dan sedara jaoh.

Aku: baik bagitahu siapa kau. (masa ni aku tak dapat mengecam siapakah dia)
Sedara joah: blablabla (menerangkan hubungkait kekeluargaan)
Aku: owhhh nape tak bagitahu awal-awal? tahu takot. (means, berterus-terang sebab di gertak)
Sedara jaoh: tak pun.. takot pada yang satu je =)
Aku: ok.

Gila boring life kau.. ayat gurau tahap cicak pon kau potong mood habis. kalau aku bahan kau tahap panda mau kau sentap gamaknya.



So, jangan biar life jadi sux even dah tua bangka. aku harap umur aku 60-an pon aku boleh layan budak remaja and depa rasa teruja ada orang tua yang berpikiran tak matang. boleh gitu?




01 November 2012

Awkward nya..

Assalamualaikum.

Sekarang ni nak update belog sendiri pon rasa awkward. macam semalam, aku terjatuhkan pin tudung mak bernilai ratusan tapi tak ade terjejas ape-ape. yelah harga ratusan kalau berterabor, berderai membazir betoi mak aku beli. tetiba rasa awkward kalau tak bagitahu kat mak kejadian sebenar even lansung tak rosak tak tercalar. awkwardnya kalau bagitahu so tak payah bagitahu.

Rasa awkward yang sama dengan kejadian pin tudung and update belog. AWKWARD tak terkira.



Tahun ni paling awkward bila umur 21 angka yang paling aku tunggu-tunggu bak kata manusia, umur 21 dah boleh dapat kunci. natang kunci lah. kebetulan tarikh birthday aku 21hb. angka palaing kegemaran tapi awkward gilaa nothing special! lansung tak bermakna waaa takde life kau patin. orang laen ade fireworks sambut birthday. aku pulak sambut birthday dua bulan kemudian. beli sendiri birthday cake wallah! ni memang special but.. awkward.


Jangan werangan sangat lah ni cake birthday party budak darjah nam mane aku rembat.



Suram gila birthday cupcake aku.. beli sendiri je kot.


Perasaan awkward lagi bila semuaaa sambung degree but aku pretend takde perasaan dok kat rumah ngabehkan boreh. Awkward dengan pendirian sendiri yang dulu aku dengar gah gila taknak buat degree lagi. nak enjoy dulu.. what hapeng now? nak nyesal? tak jugak. kalau aku buat degree haritu pon tak lari dari nyesal and.. awkward. nak jugak..




Biarkan aku dengan awkward-do aku. asalkan aku okey biarkan dia terjun dengan labus-labusnya. nyanyi lagu kampung boy lalalalalala lalalalala lalalalala lalalalalala ok fine, lirik dia lalalalala je senang buat duit.

Wallah! dhaaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...