Showing posts with label i don't give a damn. Show all posts
Showing posts with label i don't give a damn. Show all posts

10 September 2013

Nawaituku.

Assalamualaikum.

Selalunya datang pencerahan dalam kepala otak aku ni, terasa-rasa macam la ni jugak aku nak update belog. macam banyakk sangat nak story. tapi time-time tu lah nak terberak. time-time tu lah cik milah hantar kepok lekor buat minum petang. terbantut.

Dah terbentang lappy depan idong, nawaitu tu pulak hilang.

So, dengan nawaitu yang senipis lapisan ozon, aku berjaya update di opis a.k.a gudang. padahal takde lah payah benor. saja buat payah.

Baru bernawaitu untuk buat baik tu pon dah dapat pahala. belum buat baik lagi tu!

Bernawaitu nak buat jahat belum dapat dosa unless kita buat kejahatan tersebut :)


08 August 2013

Persamaan aku dan kentang

Assalamualaikum.

Ada persamaan antara aku dan kentang.

Cuma aku je yang tahu sebab sape je yang peduli kan?

Ok, mood Syawal. tahun ni aku beraya kat rumah family aku je sebab abah aku kerja dan aku pon bukannya suka sangat balik kampung redah jem. kalau kampung tu memang seronok kira berbaloi lah jugak bengkok tulang bontot ni.

So, aku pon beriya lah nak set up backdrop untuk jadi focal point time raya. ciri-ciri zone yang sesuai dijadikan backdrop tu mestilah firstly kena utamakan lighting. kalau lighting tak cukup, suram je jadinya. tu jelah yang penting pon aku rasa.


Ni semua pengaruh Hello Bro Tolong Deco. kalau tak, harammm tak terpikir pon nak buat cenggini. ni pon aku guna barang sedia ade. semua DIY kecuali ketupat tu. beli seringgit setengah satu. tak kose aku nak melilit benda tu.

Pagi kami bermula dengan solat subuh lepas tu solat sunat Aidilfitri yang terlepas bas. HAHA aku dah siap awal awal lagi. confident je ingat depa start solat pukul 9. pukul 9 apa je yang tinggal. tapak kasut ko.

Mak abah aye! kami mengamalkan concept bebas memilih warna ikot kepala hotak masing masing. tapi biasanya kami kaum perempuan suka pakai kain corak sama color je lain. tiap tahun dah macam tu. tapi kadang kadang cilok jugak.



Sesi pelok ciom kemudian hulor sampul duit raya. kesian pulak kat abah takde gigi sebatang wakaka lambat buat appointment dengan doctor punya pasal. kalau tak, merasa lah jugak gigi batu pagi raya.





Pulon pulak berkoyan gambo sebab backdrop lawa la katakan. lawa ke. kesah pulak aku.

Lama gila aku tak bukak belog ni. nasib laa tak lupa password. aku takde mood la sejak ade kerja. dunia aku dah lain. next entry lah cite. tu pon kalau merasa update belog.

So, sama tak aku dengan kentang? lama gila kentang tak update belog.

Tak sama? kbabai

11 March 2013

Si anti-sosial

Assalamualaikum.

Aku lah tu yang tidak bersosial mampu menjangkau seminggu lamanya.

Hoi sape pilih D kau nak sailang aku ke. wakaka gila depa ni. jumpa benda di fb and sangat menyakat hati aku yang kurang bersosial.

09 March 2013

Aku berhiburan

Assalamualaikum.

Sejak dah tua, banyak kenangan masa budak-budak nak up dulu aku kenangkan. rasa nak sekeh-sekeh pon ade. ape yang mak aku larang kemain itu yang aku bentak-bentak nakkan. sekarang ni bila dah dapat macam petik jari je lansung tak pandang dah.

Memang rasa semua benda dah mudah sekarang. nak pergi mana-mana pon boleh. bila-bila masa dengan sapa. kalau dulu-dulu aku pikir benda yang mak aku larang tu samapi umor aku 18 je sure aku tak bentak-bentak (konon). sebab sekarang bila dah senang, antara malas and bebal je yang halang. mak dah tak kuasa nak larang anak dara lanjut usia ni. pandai pikir sangat kan.

Tetiba pulak kann petang-petang macam ni nak buat statement suam. hohoho semalam aku nonton wayang dengan Ella je berdua kami melulu ke TGV station 18. kami kompius kejap nak tengok Giant or Oz. aku pilih Oz sebab Mila Kunis jadi jahat. so dua jam nonton, memang best!


























Rasanya ni dah tiga kali aku and Ella buat style terkejut tergempak punya planned. sebab plan yang spontan selalunya menjadi.

Habis je movie tu, kiteorang pergi lah toilet TGV. perghh detail punye story. ade motif sebenarnya aku cerita hal jamban. ok begini, dalam salah satu jamban yang Ella masuk, ade dompet. terus kami pikir macam mana nak contact budak tu and belek-belek wallet tu kot ade medical card or ape-ape details dia tapi takde. dalam tu banyak jugak lah duit siap ade dua sampul BR1M lagi. kesian pulak kami dengan budak tu kan. so kami decide nak tinggal phone number kat counter kat TGV kot budak tu datang cari semula and option kami, nak kept wallet tu then hantar surat yang wallet dia ade kat kami.

Tapi counter TGV tu boleh simpankan sebab dalam tu ade IC diorang boleh contact tpi macam was-was pulak kami. kot depa buat sambil lewa je tak contact budak tu naya je. ade BR1M kot! mesti dia tengah kelupoq cari. hope dia datang balek kat counter TGV. alamat budak tu kat Selayang masalahnya. kalau setakat Ipoh ke Batu Gajah ke boleh gak cari. naseb kau lah budak..

07 March 2013

Hantu gigi

Assalamualaikum.

Benda paling aku tak pernah kesah lansung dalam donia ni selain politik, adalah gigi. walaupun masa kat UiTM ambik course politikus, ia tidak berhasil membuat aku peka pasal politik. samalah dengan gigi aku. sejak sem dua aku asyik saket gigi.

Masa tu gigi bongsu nak tumbuh, habeh tergenjat sistem pertahanan badanku. huuu mungkin sakit gigi lebih sakit dari sakaratul maut. wallahhualam tak pernah lah pulak aku dijemput sakaratul maut. tapi sakit gigi kan tersenarai top three saket yang Masya Allah..






























Mempersembahkan nightmare anda. dengan pagar berterabur ini aku tak pernah lah pulak rasa rendah diri. ade jugak sekali dua terlintas nak pakai besi tapi bila pikir balik siong kebanggaan aku akan lenyap, aku batalkan kejap. dua batang gigi terkeluar tajok bahagian bawah memberi peluang nasik dan isi ayam terlekat di celah-celahnya bakal hilang. aku batalkan terus hasrat nak pakai besi.

































Namun begitu aku mempunyai sepasang bulu mata yang mampu membuat Kak Rozi jeles. aku tak payah pakai bulu mata palsu seperti kau. aku ade ok. Kak Rozi tak mungkin ade.







Pesanan berunsur Hari Memperingati Keunikan diri ini di bawakan oleh aku. Be yourself for yourself. :)

11 February 2013

Kelmarin, semalam

Assalamualaikum.


Rasa macam baru je aku jumpa depa-depa ni. ni lah masalah orang nganggur, bujang pulak tu. tarikh dengan hari memang benda terakhir aku ingat. kalau ade yang inform tarikh sekian-sekian, tobat nak ingat.












































Gambar tuan belog kena lah MasyaAllah banyaknya dan SubhanAllah besarnya dan Astaghfirullah menyampahnya. hohohoho

Sekian sajian gambo meroyan kami.

P/s: Gambar semuaaa di snap guna Camera Galaxy Note 2 kepunyaan Teah :)

03 February 2013

Wall deco 3D

Assalamualaikum.

Dah lama aku berangan nak bilik ala-ala gerlish. aku naik buhsang tengok bilik kusam je nasib tak berlumut. sawang sikit-sikit ade. ni sebab banyak sangat godaan. godaan yang macam tulah.
Nasib lah ade mak aku yang prihatin just beli wall deco and terpulang lah kitaorang nak tereban tang mane menatang wall deco tu.
Aku jadi excited sebab dia punya color lawa, bunga timbul siap ade rama-rama macam hidup pulak.

Waaa walaupun tak memerlukan creativity and tahap idea yang tinggi, tapi kena ade ketekunan jugak nak buat kerja tampal-tampal ni.

Kalau nak tunggu aku hias bilik ni, gamaknya abah aku pencen pon belom tentu dapat tengok. 

 Hoyeh ade rama-rama. tapi telah di awet.

Aku bajet nak letak frame gambor kat tengah-tengah tu.

Burung makan rama-rama tak?

27 January 2013

Kongsi boyfriend

Assalamualaikum.

Bukan senang nak kumpulkan semua Gangster lima-lima orang ni. bila semua ada, pakat roger ajak date. tapi ni first time kami berlima date bawak hero.

Tunggu aku pose kejap ye Teah. nampak budak baju merah dengan mak tiri baju biru. haaa tu hero kami hari ni. si hensem boy Amir.

Dari kiri: mak tiri Ella, mak tiri De'a, mak tiri Atin and mak tiri Teah. 
Kalau time ni ade markah untuk practical jadi mak, semua lulus aku rasa. semua tak failed jaga kerenah budak umur 2 tahun yang kalau boleh semua permainan kat Kids Zone ni dia nak main. tu tak termasuk kami-kami yang tumpang sekaki nak main.

Yang excited, mak-mak bukan budak tu. tapi aku bet dia excited jugak sebab sape tak excited dapat mak tiri gojes.

Raasanya dari 5-6 tahun dari sekarang bila nak gather-gather balik memang payah. tambah pulak kalau dah kawen ade anak. haihh date bawak anak.

Owh ye, ade yang rasa tak sorang kawan aku yang gojes yang belah kiri ni macam Ersalina (Setia Hujung Nyawa). wahaha in case kalau ade yang perasan lah sebab kami memang cop dia L pon. 


Takde kan? kbye.

25 January 2013

Depan tingkap pon jadi

Assalamualaikum.

Aku tak mau lah nak heran sangat kalau orang suka bandingkan muka aku dalam gambar nampak lain dari realiti.
Kalau dalam gambar nampak tak lawa, depan-depan lagi lawa dari gambar. -ni aku keras. heran.
Sebab realitinya, bukan aku sorang lah aku bet semuaaa orang pon akan pilih shot yang paling cun baru publish kat mane-mane tempat kan. So, yang ni aku tak heran.
"Dalam gambar putih gila, tengok depan-depan tak lawa lansung."
Tapi jangan lah cakap macam tu kat depan aku.. kering lah air mukaku. awak pon sama keyy. 

Berbekalkan tingkap besar nak mam dengan cahaya macam lampu studio, dapatlah aku hasilkan muka separa fake. masih belom fake ye. kalau nak fake, masuk kotak ini! 

21 January 2013

Dah haru biru

(Title di atas dibaca terus dengan entry di bawah. hal ini kerana, kebekuan idea nak cari tajuk.)

Jadinya belog aku ni sejak aku gatal tangan nak guna blogskin. tapi untuk kali ni aku puas hati lagi lah. tunggu bila aku free nak ngadap coding, aku tukar lagi blogskin ni.

Tapi.. aku rasa macam aku dah hilang identiti. harap-harap still ade yang sudi sesat.



19 January 2013

Sekurang-kurangnya

Assalamualaikum.

Hidup sebagai penganggur sangat boring. hari-hari buat benda sama selagi takde ape-ape perkara terkejut tergempaq. aku naik menyampah bangun lambat, masak tengah hari untuk lunch cum breakfast. nasib baik ade jugak lah kemajuan dalam menu aku. takde lah lauk binatang celup cabai je.




Sebosan-bosan macam mana pon, aku kena menjana kewangan jugak. at least aku nak keluar date, tak payah mintak duit kat mak bapak. so, settle.

16 January 2013

Dia pon nak jugak..

Assalamualaikum.

Aku nak tanya ade sape-sape yang nak ambik testimoni aku ni tak? aku pon pakai product gempak macam beutskin, tabita, nobikata.



Ape betoi ke testimonial diorang tu? aku tak mampu lah nak beli product memahal tu. pakai ape yang ade je tu pon tumpang ehsan mak and adik. sorang pakai skinz sorang pakai safi balqis, aku gaul dua-dua.

So ni testimoni hasil guna dua product tersebut.



Masalah kulit yang aku alamai bermula dari dagu: panas berapi kau, mungkin dosa-dosa dari mulut aku. terbaik. Bulu hidung kesan menghidu gossip terlalu banyak. Taik lalat, motif untuk menonjolkan peribadiku yang pengotor, taik letak luar. Mata berdarah-darahan, kesan melihat kemungkaran! taik mata juga sama motif dengan taik lalat. bulu kening extra kesan dosa yang makin extra tetiap hari. kat dahi tu buka ciuman tapi lebam tumbokan padu sebagai peringatan.

Hasil penggunaan product Skinz+Safi Balqis botol biru:





Oh lupa, plus wudu' sekali keyy.




13 January 2013

Benda baru juga bawa bala

Assalamualaikum.



Nak kata aku ni metroseksual tak lah jugak. sebab ni semalam baru first time buat manicure. buat kat tempat tah pape pulak tu. aku memang dah lama usha tempat nak manicure.

Kalau aku tak buat manicure tu semalam, aku sure lepas ni aku pergi jugak nak try buat. yelah selama hidup ni, tak pernah-pernah buat. so semalam dah buat, lepas ni tobat lah tak buat dah.



Habis jahanam jari and kuku aku. rasanya kuku asal aku yang bersalut kunyit campur bau dedak sikit berpuloh kali ok.

Terus tak nak jadi metroseksual kalau macam ni bahananya.

Cuak jugak muka aunty tu bila jari manis aku berdarah. kuku jari kelingking aku nipis terus bahana pekerja aunty tu tonyoh macam kuku aku ni jambatan bosi. aku pulak memang tak reti nak sound-sound ni. aku diam jelah tapi aku cakap terus terang jari ni sakit and pedih.



Tak nampak lah pulak tapi kesan dari manicure tu, aku dah tak boleh makan sambal belacan kaww dengan tangan. mahu sebulan nak recover kecelakaan ni. dah lah tak shining lansung. siap bergerutu kuku gwa kalah orang melombong bijih timah.



12 January 2013

Hati aku baik

Assalamualaikum.

Malam ni aku buat keputusan nak delete ruang iklan churp-churp and nuffnang. rasa clear sikit pemandangan.

Patutnya dari dulu lagi aku sampahkan. buat berat belog and menyampahkan aku je. sekarang move pada niat asal berbelog.

Niat berbelog just for fun. instead of tulis diary, aku sangat pemalas menulis guna pen. menulis guna keyboard and bila di publish, perasaan dia sangat lain. lagi best kalau ade yang respond :)



Goodnight.



11 January 2013

And the rest

Assalamualaikum.

Maghrib time. tak mandi lagi. tetiba tersedu, kalau nak kata tumbesaran tak cukup gamaknya nak besor mane lagi. ni bahana makan laju.

Kerja mak aku sebagai tailor buat aku bergaul or maybe handle jugak sikit dengan macam-macam kerenah sampai aku pon terbelajar macam mane nak split idea customers yang humangaihhh. tu aku belajar dari mak aku even mak aku takde lah ajar directly kat aku on how to handling cerewet customers.

Aku pulak bukan jenis pandai bermanis mulut. kalau orang datang kedai mak aku nak tempah baju, then, that is it. aku tak pandai nak mumbling-mumbling kencang. senyum then ukur-ukur, consult-consult sikit. salam.



And, tak sampai hati aku nak blacklist customer ni since dia fall in love sangat dengan karya mak aku. dia ok, but tak ok sangat. badan kurus kedekiang. nak baju muat-muat badan. itu ok. takde yang peliknya. normal lah nak baju perfect ikot body kalau boleh nak baju melekat kat skin.

Tapi dia tak ok bila membebel or maybe nak ramah lah. dia cakap badan dia too thin owh memang sangat kedekiang. dah tahu badan kering buat lah lagi baju muat-muat badan lagilah nampak awak tu kedekiang yang oi.

And the rest baju dia semua muat-muat badan. lantak kau lah jangan nak bising "nape aku nampak keding sangat."



Ampunkan dosa ngumpatku Ya Allah..


08 January 2013

Si pusat dalam

Assalamualaikum.

Benda kecik macam pusat ni, dah lama bermain-main dalam kajian aku.

Kisahnya bila mak aku keluar statement "abah style kuat shopping sebab pusat dia cetek."

Aku tak perasankan lagi. sebab ape daa kena ngena pusat dengan shopping. aku check pusat aku. cetek! ni keturunan ni. abah aku pusat cetek. check mak aku punya, dalam tak tembus dasar wey.

Hurm ni ade yang aku check sorang-sorang pulak pusat depa. adik perempuan aku, memang jimat, pandai kumpul duit. pusat dalam tenggelam jari aku cucuknya. adik bongsu aku, hampir rata je permukaan pusat dengan perut. and dia seorang yang boros plus baran sekali. baran tu aku belom kaji.



Maybe ade perkaitan pusat dan tabiat berbelanja. aku pikir-pikir balik, mak aku sangat jimat. sangat-sangat. kalau mak aku tukang simpan duit, abah aku ngabehkan.

Aku pulak pantang ade duit, malam tu tak lena tido takot ade yang kebas duit tu sebelum sempat aku joli. terus pariapa esok tu jugak. lepas tu mati kering beli benda tak pekdah.

Aku buat spot check kat boyfriend aku. buat gila nak seluk baju dia check pusat! memang tak lahh. aku suruh dia check. wahaha pusat dalam. dalam. sure dalam aku sure. dia jimat + kedekut.



Si pusat dalam plus bun cha ya ta.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...