Showing posts with label Friend matters. Show all posts
Showing posts with label Friend matters. Show all posts

07 April 2013

Hello kenduri!

Assalamualaikum.

Semalam buat kerja rasa cepat sangat masa berlalu. tengok-tengok dah pukul dua, cepat-cepat gerak sorang-sorang ke Ballroom Clear Water Sanctuary Golf. bukan Indah water naa.

Sebab aku lambat, aku sorang je melantak kat meja tu. depa lain dah habis makan lama dah siap snap gambo tak ingat kat aku.


































Kali ni, kenduri abang Teah kesayangan we olls. even buat kat ballroom, tapi depa buat concept kenduri sebab resepsi is complicated kot. kalau ni majlis resepsi, memang aku kena datang awallah. lambat, dok luar.

Rasanya ni first time naek atas pelamin kot! haha hasil kerja gila Aini yang ajak aku snap picture dia sorang-sorang kat pelamin tu, terus ramai serbu hahaha


Khas untuk wedding ni, aku buat two pieces dress. saje aku buat asing dalam and luar tu kot-kot boleh mix and match dengan menatang lain.

Coming up kenduri, Aini's sister pulak next month kot. tungguuu

20 March 2013

Perut kempis

Assalamualaikum.

Baru sembuh dari diarrhea yang sangat terok. habis segala isi perut laju je keluar. sejak dua tiga hari sebelum diarrhea tu, aku memang makan non-stop. baru lepas makan, aku lapar balik. nak kata tak bace doa sebelum makan, dah bace siap doa sebelum makan, semasa makan dan selepas makan pon aku bace. hohoho

Tapi rasa release dah sebab selagi tak keluar segala toksin dalam perut tu selagi tu angin dok berperang gerila.

Rasa seksa lah sebab nikmat selera makan tu Allah tarik sekejap. makan ape pon rasa plain and tak lalu.


































A day before check in jamban, kami makan nasik minyak kat rumah kakak ex-classmate aku masa sekolah rendah. dulu used to be my best friend lah. sekarang tak best friend sangat sebab dah gang lain-lain tapi kalau jumpa sure borak payah berhenti. datang kenduri kawen tapi gambar pengantin tak tangkap pon. ape daa..

01 March 2013

Bulan Cinta

Assalamualaikum.

Ceh masa bulan Februari lansung takde perasaan nak rai cinta. masuk March, excited. tak tahu kenapa.

Tapi ade cerita bulan februari yang tertinggal. kawan lama, Kak Nad datang Batu Gajah. peh sampai jugak dia ke rumah aku. asyik aku je tandang rumah dia.

Bawak pergi round Ipoh sedas lepas tu balik rumah sambung gebang. bukan senang orang Penang nak datang Perak. dia datang bawak orang darah manis, Zyda. Zyda dah decide untuk aku design nikah dress dia. sangat humble ape aku cakap semua "ok. ok. ok." senang keje mak, nyah.

Si Zyda berdarah manis ape yang dia suka sangat tah. We olls kat kedai tunang dia makan bihun sup sedapp.

Terbeli macarons yang manis ni. bila pulak aku nak berdarah manis angannya makan macaron ni and rasa darah sendiri akan manis, sigh..

11 February 2013

Kelmarin, semalam

Assalamualaikum.


Rasa macam baru je aku jumpa depa-depa ni. ni lah masalah orang nganggur, bujang pulak tu. tarikh dengan hari memang benda terakhir aku ingat. kalau ade yang inform tarikh sekian-sekian, tobat nak ingat.












































Gambar tuan belog kena lah MasyaAllah banyaknya dan SubhanAllah besarnya dan Astaghfirullah menyampahnya. hohohoho

Sekian sajian gambo meroyan kami.

P/s: Gambar semuaaa di snap guna Camera Galaxy Note 2 kepunyaan Teah :)

27 January 2013

Kongsi boyfriend

Assalamualaikum.

Bukan senang nak kumpulkan semua Gangster lima-lima orang ni. bila semua ada, pakat roger ajak date. tapi ni first time kami berlima date bawak hero.

Tunggu aku pose kejap ye Teah. nampak budak baju merah dengan mak tiri baju biru. haaa tu hero kami hari ni. si hensem boy Amir.

Dari kiri: mak tiri Ella, mak tiri De'a, mak tiri Atin and mak tiri Teah. 
Kalau time ni ade markah untuk practical jadi mak, semua lulus aku rasa. semua tak failed jaga kerenah budak umur 2 tahun yang kalau boleh semua permainan kat Kids Zone ni dia nak main. tu tak termasuk kami-kami yang tumpang sekaki nak main.

Yang excited, mak-mak bukan budak tu. tapi aku bet dia excited jugak sebab sape tak excited dapat mak tiri gojes.

Raasanya dari 5-6 tahun dari sekarang bila nak gather-gather balik memang payah. tambah pulak kalau dah kawen ade anak. haihh date bawak anak.

Owh ye, ade yang rasa tak sorang kawan aku yang gojes yang belah kiri ni macam Ersalina (Setia Hujung Nyawa). wahaha in case kalau ade yang perasan lah sebab kami memang cop dia L pon. 


Takde kan? kbye.

27 December 2012

Something happened



Assalamualaikum.

Pertama sekali aku nak ucap lemon-an thank kaseh pada mengkome yang sudi follow dan singgah tak kurang jugak yang sesat kat belog ai.. arigatao :)

Zillion thanks kepada penganjur Give Away iaitu adik Ecah dan kroni dia. aku salah sorang sponsor GA soho ni. meh pakat join!


Spot my name. ok, aku mampu bagi satu skirt untuk pemenang bertuah tu.. sape lah ek. tunggu 31 december ye. tak lama pon GA ni. tapi aku rasa nak review 3 pemenang. so, meh kome join. kurang 50 GA ni batal owh sedih.

Sponsor GA ni sangat lah melimpah ruah. untung lah pemenang.. hadiah sampai 13 pemenang! mana ade GA yang nak sua hadiah depan muka? ape lagi! join ah.






Ni teaser skirt ceywah. so, pemenang akan di tuju kepada perempuan. kalau lelaki, pon boleh. kot nak bagi kat mak. mak lah sangat.

Last word, terima kasih pada korang ye sudi join and follow semuaaa steps. banyak kan tapi it worth it ok!



06 December 2012

This season

Assalamualaikum.

Bulan doblas, selain musim hujan, banjir, tengkujuh, musim orang kawin sana sini.

At first, aku plan nak pergi kenduri ex-classmate and ex-housemate aku jugak. dia dah jadi bini orang! terkejut jugak lah. jodoh dia sampai dulu. hee

Kenduri Ummal kat kedah. tapi hari yang sama jugak kenduri sisters bf aku kat Taiping. dua orang sekali naik pelamin. kali ni bf aku wajibkan aku datang. aku dah dalam dilema.

Akhirnya aku pergi kenduri sisters bf aku je. tu pon aku ajak Teah. dia je yang ade kat hometown yang lain dok oversea lagi.




Aku tak pernah met parents and families SAN personally. so ni first time teehee nebes lah. 



Sangat lawa and peramah. even aku tak berbual pon tapi cara dia greet tu buat aku tak kekok.
Kak Liyana kakak kedua SAN.



Yang ni kakak ketiga. Kak Umi yang sangat gojes.





28 November 2012

Santapan jerok gambar

Assalamualaikum.

Dah lama tak hang out berlima dengan 4 budak jebon tu.



Yang teringin nak menjebon, meh kenal dengan diorang.
Atas: Aini, aku, Teah.
Bawah: Ela, Dea, Teah, aku sekerat, Dea lagi, Ela lagi.

Kita telah berjebon bersama sejak sekian lama.

Last time yang kita keluar together is a blast! walaupun at first Aini macam nak buat taik. nasib baik bukan cirit.

Ok malas nak story balik cerita almost dua bulan lepas.
























Sebab gambar ni dah terlalu lama dalam folder hujunggg sekali. aku rasa layak di panggil jerok.



16 November 2012

Sweet talker yang hancing baunya

Assalamualaikum.

Semalam aku baru balik dari Sungai Petani.

Aku pergi sana naik kereta dengan budak Ella. dia degree kat UiTM Kedah.



Budak Ella.
 

Saje lah aku jenjalan makan angin. tido satu malam kat rumah dia.

Aku balik naik bus jelah takkan nak suruh dia hantar aku balik Batu Gajah.

Kehancingan bermula bila aku dapat hidu tiket balik Ipoh semuaaa habis.

Since aku pernah Diploma kat UiTM Kedah ni, banyak dah kehancingan depa yang terpercik kat aku. yuks

Tapi ade satu kaunter ni janji dengan aku, ade bus pergi KL akan stop kat tol Jelapang or tol Simpang Pulai (hancinggg gila)



 Aku jumpa kau aku pijak lumat.


Aku macam, "yeke.. ni mesti sweet talker tahap hancing".

Aku beli jugak tiket tu dengan harga RM33 mark up RM10 buat tadah pundi kencing dia gamaknya.

Then, aku pergi bersuka ria kat Aman Jaya Mall barang sejam dua.

Waktu nak berlepas, bus dah ada tapi bau hancing sungguh bila drebar tu kata mane ada kami nak behenti kat tol. kami tak masuk tol. sambil geleng-geleng muka tak puas hati. memang hancing semua kroni bus berhati busuk. memang aku beli tiket harga RM33 untuk tak senang duduk lansung kat dalam bus tu.

Dah lah bus cabut skru. bocor pulak atap.

Aku tawakal je siap doa kebaikan untuk aku and family. yelah doa orang teraniaya ni takde hijab. direct terus InsyaAllah Allah makbulkan.

Ade jugak aku doa drebar ni mati kering.




Dia stop aku kat hentian Simpang Pulai and terpaksa lah abah aku naik highway ambik aku.

Sekian cerita hancing dari Sungai Petani ke Batu Gajah..

13 November 2012

Bayangkan

Assalamualaikum.

Aku teringat satu hari di kelas Business Law awal tahun 2012.

Aku ambil tempat sebelah classmate aku. class Law akan menggabungkan 3 class sekali so, kebetulan aku terduduk sebelah dia diberi nama sebagai Suri. kenapa Suri. sebab dia bukan Suci.

Ok.



Walaupun satu class tapi kami jarang berkomunikasi.

Aku sedaya upaya menadah otak dengar Miss terang satu-satu.

Tiba satu part, Miss explain pasal up coming test. Miss bagi hint topic yang keluar. jemm pulak otak aku time tu.

Aku kalih kepala kat Suri. aku tanya semula hint Miss bagi tadi tapi jawapan dia takde iras-iras Miss bagi tadi.

Otak aku macam "eh, yeke? macam lain je"

Muka dia bara macam kau pehal dah tanya tapi tak percaya pulak. Tetiba Miss ulang balik hint tadi yang totally lain dari Suri bagitau aku.

Tiba masa aku nak provoke dia hahaha

Aku kalih semula kat Suri. stand by muka annoying tahap giga. Suri buat derk.

Ok.

Aku cakap kat Suri.. "kan aku cakap, bukan." Suri buat derkkkk

Aku kalih depan tengok Miss.

08 July 2012

Hari yang cerah kini sudah gelap

Assalamualaikum!

Petang-petang gini dengan sound affect guruh, hujan laju-laju, minum air orange bergelen-gelen, update belog memang sesuai kena sangat dengan mood aku.

Hari tu aku rajin nak pergi Kedah tempat aku pernah belajar dulu. tak ade lah dulu-dulu sangat. baru je aku tinggalkan alam Uni. udara Kedah pon tak nyah lagi dari badan ni haa. mula-mula nak bermalam kat rumah kakak Nad. kakak Nad ni lahir tahun yang sama dengan aku tapi birthday dia awal tahun so kena hormat sikit. teehee misti berbakul dia maki aku kalau dia baca. mahu tak bara, dia panggil aku nenek.

So, tak jadi bermalam kat rumah dia sebab dia baru balek dari honeymoon kat Langkawi dengan kak ipar kesayangan dia. bertambah makian dia, aku rasa.

Esok tu, pagi-pagi aku berdesuppp pergi rumah dia tanpa GPS. guna instinct lagi tepat. area rumah dia memang best! sawah padi keliling, sesuai sangat buat sequel drama Usop Santorian.



Kakak Nadia yang sangattt garang.

Tapi bila lama-lama kenal dia, dok serumah dengan dia aku rasa Nad sangat caring, penyayang blablabla. aku pernah lah marah kucing betina bunting sebab dok usha pinggan penoh nasik pelbagai lauk and nak tolak kucing tu pakai kaki. teehee baru nak tolak, belom tolak lagi kay.. then Nad punya dialog biasa "Fatin.. tak baik buat kucing lagu tu, Fatin nak ke orang buat kat Fatin lagu tu? tak mau kan?" =,= 

Bila orang garang cakap lembut-lembut, aku pon tak sampai hati nak cabar orang tua enn. wakakaka



Sambung lagi. aku ni dah mengidam nasik ayam Pak Mud pemes ah kat Merbok. budak UiTM yang dah kena tendang Kolej mesti tahu Pak Mud isap rokok daun kembang idongnya. yang special pasal nasik ayam ni, cabai dia. wajib mintak extra cabai semangkok. 

Sebelum tu, aku call si budak kecik. aku nak buat surprise tahap serangan jantung. mahu dia tak pelik enn tiba-tiba aku call tak pernah-pernah. aku pon ayat lah konon nak mintak tolong. typical kawan yang dah lama tak contact, tiba-tiba call mesti ade reasons behind kann. aku dah expert pasal menda ni sebab banyak kali kena. tapi aku bukan kawan yang ade reasons behind ok. kalau aku call tiba-tiba tu, anggap lah aku umpama bidadari yang menyinari kala anda dalam kegelapan yang membawa harapan kepada andaaa. petuihhhh

Then angkut Si kecik and Bib makan dekat Pak Mud. kat kedai ni, dia takkan ambik order untuk hangpa. tunggu lah sampai esok belom tentu dapat. so, kena pergi berebut sendiri kat dapur. memang nampak tak beradap. pedulik la kan. lagi satu, kalau hangpa datang nak makan time lunch hour pukul 1, berhenti jelah tepi jalan and patah balik. memang licin dah belanga depa dah siap basuh.

Todiaa cerita pasal Pak Mud je dah penuh entry.

Tapi kami sempat date kejap je sebab petang tu aku nak gerak balik Batu Gajah dah. so tak sempat nak buat clearance kat campus. yelah proses dia berjela-jela enn. nak melawat semua kerabat lama kat Merbok pon tak sempat. so, next time aku terjah lagi.

Dhaaa




23 June 2012

The legend of.. jebon

Assalamualaikum sayangggg

Dah memalam macam ni baru nak update kann nak buat macam mane tiba-tiba ilham tertonggeng depan mata. gambar berdozen dah. so tak payah lah nak reka karangan berjela-jela.

Vacation untuk julung-julung kalinya ini kami pilih Marina Island yang julung-julung kalinya jugak kami datang. Pak gat tu pon tak dan nak lupa muka kami, kami muncul balik. tapi yang istimewanya kali ni julung-julung kalinya kami complete!

Ella berjaya menceburkan ponggongnya dalam kereta Teah untuk menjebonn bersama yey.





Masa otw from Batu Gajah to Manjung dengan kelajuan 100km sejam enjin kuasa kuda, aku dengan Ella perut boya dok bising lapaq-lapaq. gila tak lapaq aku minum seteguk air je tak sempat capai seketul jagong buat tapau. masa time ni, nyesal gila tak jamah yong tau fu mak aku tapau kat aku semalam.

Sesampai kat rumah Aini, campak segala bag. senduk nasik terus, gila sedappp time lapaq kau hulur bubur beby pon sodappp.

Time tengah hari kat Manjung sumpah hot macam kat gurun dah. bayu laut sekali bertiup mau kering tekak semua cairan ke ketiak. panassss



Agak habis basah ketiak mandi peloh, lepak kat dalam tempat beli ticket. siap ade rest and go. legaa sat ade air-cond. rasa macam nak tido pulak. 



Background music "Bring me life" now.



Pindah ke Teluk Batiks nak feeling ombak senduuu.

Masa ni, hanya kami berempat. Dea dah kami amanahkan pada Alip pergi meronggeng lah mereka berdua.



Saje nak tunjuk kekembangan. T_T



Cara nak sebut yang betul: fey punye san. 
Instead of: fai punye san!
(macam kau kesah kannnn)



Back to Marina Island nak pick up Dea yang di kidnap Alip.



Yeeehaa 5 of us!



From left: Ella, Dea, Teah, Me, Aini the great cooker.
Mengambil kesempatan ade photoG tak professional.
Tak pro pon at least ade muka kami.



Dah berjebon for sure lah lapo tapi aku maintain cool sebab dompet tebal aku hanyalah artificial semata-mata. aku ni bekas pelajar, masih menganggor.. nasib lah ade sahabat sedonia yang memahami.





Tak tau nak explain how lucky am I.. 

Dhaaa



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...