Showing posts with label Family matters. Show all posts
Showing posts with label Family matters. Show all posts

08 August 2013

Persamaan aku dan kentang

Assalamualaikum.

Ada persamaan antara aku dan kentang.

Cuma aku je yang tahu sebab sape je yang peduli kan?

Ok, mood Syawal. tahun ni aku beraya kat rumah family aku je sebab abah aku kerja dan aku pon bukannya suka sangat balik kampung redah jem. kalau kampung tu memang seronok kira berbaloi lah jugak bengkok tulang bontot ni.

So, aku pon beriya lah nak set up backdrop untuk jadi focal point time raya. ciri-ciri zone yang sesuai dijadikan backdrop tu mestilah firstly kena utamakan lighting. kalau lighting tak cukup, suram je jadinya. tu jelah yang penting pon aku rasa.


Ni semua pengaruh Hello Bro Tolong Deco. kalau tak, harammm tak terpikir pon nak buat cenggini. ni pon aku guna barang sedia ade. semua DIY kecuali ketupat tu. beli seringgit setengah satu. tak kose aku nak melilit benda tu.

Pagi kami bermula dengan solat subuh lepas tu solat sunat Aidilfitri yang terlepas bas. HAHA aku dah siap awal awal lagi. confident je ingat depa start solat pukul 9. pukul 9 apa je yang tinggal. tapak kasut ko.

Mak abah aye! kami mengamalkan concept bebas memilih warna ikot kepala hotak masing masing. tapi biasanya kami kaum perempuan suka pakai kain corak sama color je lain. tiap tahun dah macam tu. tapi kadang kadang cilok jugak.



Sesi pelok ciom kemudian hulor sampul duit raya. kesian pulak kat abah takde gigi sebatang wakaka lambat buat appointment dengan doctor punya pasal. kalau tak, merasa lah jugak gigi batu pagi raya.





Pulon pulak berkoyan gambo sebab backdrop lawa la katakan. lawa ke. kesah pulak aku.

Lama gila aku tak bukak belog ni. nasib laa tak lupa password. aku takde mood la sejak ade kerja. dunia aku dah lain. next entry lah cite. tu pon kalau merasa update belog.

So, sama tak aku dengan kentang? lama gila kentang tak update belog.

Tak sama? kbabai

01 April 2013

From the outsider's point of view

Assalamualaikum.

Rumah family aku dah takde budak-budak so, kami amat mengalu-alukan kedatangan anak jiran yang kurang kaseh sayang untuk bermanja lagi dan lagi.

Tak mustahil budak itu akan jadi anak emas asalkan dia budak-budak dan rela kami berkaseh sayang. horhorhor

So, ramai lah budak-budak lepak kat rumah aku. especially cuti sekolah macam ni. seronok gilaa layan budak-budak macam adik sendiri. bagi macam-macam kat depa sebab nak bagi depa seronok datang sini selalu.

You know lah budak-budak yang naif tu, seronok tanye depa macam-macam. kalau nak jawapan yang jujur, kat depa lah aku rujuk. yang tak tahan tu, bila aku tanya antara aku dengan Marsha sape lagi lawo. cepat je budak-budak jawab Marsha. sentap. lepas tu pandai pulak ambik hati aku masa aku tayang cekedis dan-dan lah cakap aku lawo. dan-dan sangatt.



























Bila habis musim cuti sekolah, suara budak-budak pon tenggelam. beruntunglah orang-orang lain yang ade budak-budak kat rumah. agenda aku adalah on channel disney or cartoon network tiap sabtu ahad or cuti sekolah. hehehe motipnyaaa.



























Kau nak cakap aku loser kan. nak budak sangat pergi lah kawen and beranak ramai kan kan.

Satu hari, bila anak jiran datang lepak masa malam weekend kat rumah family aku, abah aku tengah lipat baju sebakul which is pada pandangan aku itu normal. sebab sejak dari aku pandai celik mata, urusan kain baju adalah kepakaran beliau. dari basuh kain baju, lipat, sidai and angkat kain baju bila dah kering.

So, aku tak sangka pada pandangan budak kecik, ia adalah pelik. budak tu pandang mak aku yang tengah bace paper sambil silang kaki.

Budak: Makcik tak tolong pakcik lipat baju ke?
Mak: Bukan makcik tak tolong pakcik, tapi pakcik yang tengah tolong makcik :)



27 February 2013

Siaran tergendala

Assalamualaikum.

Aku harap entry ni berjaya terhasil. sebab sejak mak abah keluar dari Malaysia, mood pon keluar jugak. sampai mak abah dah balik pon mood tu tak balik-balik lagi. dengan tak berapa sihat, online pon malas. ok, like ade yang kesah kan senah.

Excited tengok souvenir mak abah beli hehe berebut sape cepat dia dapat yang lawo. yang lambat dapat yang low citarasa. sape nak tasbih lawa habaq mai, ade segenggam lagi. meh bawak bertobat gantung tasbih kat tengkok.

























Lama tak update belog ni bukan ape.. bizi uruskan adik-adik. yang sorang kena hantar balik asrama, dengan adegan nanges rindu kat mak abah lagi. semua aku. sampai jerawat pon tak segan nak muncul kat dagu tanda hormone aku tak stabil macam keadaan aku sekarang. sungguh prihatin.

























Ni dah kena hon kalut-kalut masuk gear D wakaka rasa macam red light ni lama lagi tu yang ajak adik-adik cam-whore sat. malu gila.

13 February 2013

Masa di ambil

Assalamualaikum.

Aku lah bapak, aku lah mak. ayat macam kematian laki. tapi aku masih belum berlaki. aku ambik alih tugas mak abah since diorang pergi umrah kelmarin punya kelmarin.

Bukan tak biasa berjauhan dengan mak abah, tapi kali ni mak abah yang pergi jauh dari kami. dua minggu je pon.. tapi still rasa sunyi. you know. it is really SUNYI.


Takde dah suara mak abah ajak pergi ngeteh tak kira pagi petang malam without give up even dia tahu aku lah hamba Allah yang paling malas nak ikot pergi ngeteh.

03 February 2013

Wall deco 3D

Assalamualaikum.

Dah lama aku berangan nak bilik ala-ala gerlish. aku naik buhsang tengok bilik kusam je nasib tak berlumut. sawang sikit-sikit ade. ni sebab banyak sangat godaan. godaan yang macam tulah.
Nasib lah ade mak aku yang prihatin just beli wall deco and terpulang lah kitaorang nak tereban tang mane menatang wall deco tu.
Aku jadi excited sebab dia punya color lawa, bunga timbul siap ade rama-rama macam hidup pulak.

Waaa walaupun tak memerlukan creativity and tahap idea yang tinggi, tapi kena ade ketekunan jugak nak buat kerja tampal-tampal ni.

Kalau nak tunggu aku hias bilik ni, gamaknya abah aku pencen pon belom tentu dapat tengok. 

 Hoyeh ade rama-rama. tapi telah di awet.

Aku bajet nak letak frame gambor kat tengah-tengah tu.

Burung makan rama-rama tak?

03 January 2013

Buat terok

Assalamualaikum.

Hari ni sambal belacan kurang umphh sebab asam jawa dalam tempayan habis.

Semalam, abah aku balik kerja pukul 10 a.m lebih time aku bizi kemas umah. aku buat derk style focus gila. lepas tu aku hilang jejak abah. mungkin keluar main bowl dengan mak. tak pon lepak kedai mak then ajak keluar ngeteh.

Aku sambung kerja bajet banyak sangat setakat kemas dapur sapu sampah.



Aku masuk bilik, tengok handphone ade dua message. abah and demok. bukak message abah dulu. kot dia ajak main bowl. sekali, amanat suruh sidai baju pukul 11. now machine tengah process. aku reply, ok. abah pergi mane?

Takde reply, so aku baring-baring kejap. pukul 11 aku style patuh pergi sidai baju kat koridor bilik mak abah aku. 80% baju siap sidai. sekali aku terperasan ade kaki melonjor kat katil. sebab aku ade kat koridor, pandangan agak terbatas. aku pergi usha dekat-dekat. ceh! buat terok. abah aku tengah qada tido.

Naseb aku takde buat aksi lucah.


30 December 2012

Kotak penuh misteri

Assalamualaikum.

Tetiba rumah rasa sunyi. takde suara, gelak, nangis budak-budak. rasa kehilangan something. rasa nak suruh mak mengandung lagi.

Syukur ade sepupu kecik-kecik. dapat tumpang riang masa diorang datang lepak rumah family aku semalam. happy gila terus plan nak bawak semua main bowling. dengan dua family, dua buah kereta MPV full.



























Kami yang muda remaja gerak lebih awal sebab warga emas banyak urusan. so dalam kalangan semua ni aku paling warga emas. aku kept asking them "happy tak, happy tak?" depa angguk-angguk. ^happy^ aku memang over.



Tapi ade jugak yang lebih over.




Bermulanya misteri di sebuah kotak yang dari jauh memang dok memanggil-manggil aku. sejak sampai Ipoh Parade aku dah terbayang kotak misteri ni. aku tak senang duduk nak tunggu diorang habis main bowl. rasa macam nak pergi sendiri ke kotak tu tapi macam "seorang selamanya".

Settle diorang main bowl, aku deras bawak diorang ke kotak misteri. hehehe impian aku jadi nyata untuk posing sederhana tapi hasil luarbiasa! inilah kotak misteri. buatan jepun nasib ade english jugak.































Tumbesaran mata sangat extra. heee tu yang misteri. bermata bundar dan kusam tapi bila di screen ni nampak sangat gojes! rasa nak bagi flying kiss kat semua orang.





Bukan sekali aku masuk kotak tu, tapi dua kali. lepas tu bahagi-bahagi gambar kenangan tu kat adik and sepupu aku. dapat lah sorang sekeping. ade yang dapat dua keping sebab next round tu ade yang tak masuk kotak. hehe


25 December 2012

Troll at subuh time

Assalamualaikum.

Macam selalu, aku bangun solat subuh agak-agak nak dekat pukul 7 heee tu biasa. yang luar biasa tu pagi tadi.

Mak aku buat style terkejut tergempak macam dah lewat sangattt. aku buat rilex.. cool, tengok handphone jam pukul barape. laaaa hai baru pukul 5.42 a.m.

Mak ni buat lawak ke ape. kejut macam pagi ghaye aidilfitri pulak. pagi ghaye pon aku tak bangun awal cenggini. aku buat derk tutup mata sambung tido. subuh tak masuk lagi lah mak.

Heh silap tengok jam. sayup-sayup dengar mak aku gelak.



21 December 2012

Penerajang yang tak bersalah

Assalamualaikum.





Aku semedang terjaga time tidur. tengah dok mamai tu, dush sebijik kena kat hidung aku. tangan adik aku terajang muka aku. haihhh sabar jelah ade adik atlet. time malam buta pon nak practice rejam peluru. kang peluru ke mana gigi ko ke mana aku rejam.

Tapi nak salahkan siapa? bukan dia sengaja pon. tapi dalam tak sengaja pon, dah namribu kali aku kena.

Umpama beby yang baru belajar tatih, lain tatihnya dengan mug berisi Milo fuse last packet di sepaknya. time tu nak salahkan sape? beby tu? rase nak salahkan diri sendiri.. dah tahu ade beby dalam rumah, letak lah lagi barang-barang beby mudah capai.



Nak ku maki tengah malam buta tu? silap tahun aku kena maki balik kacau dia tidur. salah aku jugak dah tua pon tak berani nak tidur sorang-sorang. haihhh nampaknya benda ni akan berterusan sampai ade orang yang betul-betul peneman seumur hidup..


20 December 2012

Mendiva at Pangkor Island

Assalamualaikum.

Plan tak sampai dua hari, terus prepare pergi Pangkor. terbaik lah takde cancel-cancel or postpone-postpone.

Kami pergi hari Isnin tapi still umat manusia berjuta demonz. hotel Puteri Bayu tu siap fully booked sampai hujung tahun ni. kiteorang pakat tembak je datang. so, rooms yang available pon standard room je. then, untuk keselesaan kiteorang ambik dua bilik.





Kali ni, naik ferry kat Marina Island. cepat and cekap. next time memang Marina lah pilihan ai. tapi kami lambat beberapa minit je. so boring jugak tunggu next ferry.



Teruja.



Udara Pangkor already. 

























Kalau sampai awal pon tak guna jugak. room kat hotel ni belum ready lagi even dah pukul 1 lebih. diorang estimate dalam pukul 3setengah baru ready. so kami bertebaran kat tepi pantai makan bihun. elok dah kenyang, diorang call and room dah ready! hoyeh

























View hotel ni tak best. tapi kalau dapat family villa memang the best. bukak pintu depan rasa nak terjun pantai. bukak pintu tepi rasa nak tenggelam dalam kolam.

























Semua pon berperangai childhood time ni. jangan salahkan ibu yang mengandung. lepas letak bags and kemas-kemas sikit. salin baju terus nak terjun kolam. time ni lah pundi kencing aku penuh asyik telan air je. macam dugong nak beranak tak reti berenang.

























Bbq time.

























Mom did an open burning. teehee laku habis ayam perap mak. 



The last activity, snorkeling at Coral Island. memang gempak, cuak nak terkapai-kapai dengan goggle besar bapak. mula-mula aku tak berani lansung nak nyelam dengan goggle tu. hahaha takot lemas. then tengok mak aku seronok bagi ikan makan, aku pon slow-slow sua muka and bernafas guna paip tu. tapi depa bagi kat aku yang usang punya! asal aku sedut, dengan air masin aku telan. tuih!

Aku tukar dengan adik aku, baru lah nikmat sikit. dapat tengok ikan kat hujung kaki. kalau tak selam, tak rasa lansung ade ikan. best!



16 December 2012

Anjakan usia

Assalamualaikum.

Semalam aku and family bergelandangan depan tibi waktu maghrib. tiba-tiba teringat zaman dulu, kalau maghrib je jangan harap boleh ngadap menatang pat segi tu. tapi sejak dah besar semua adik beradik, pakat rilex je termasuk semalam. wahhh heaven takde dah piat-piat telinga.



Dah settle solat maghrib, sambung ngadap petak tibi. lagi heaven aku pegang remote. hari sabtu banyak cerita best. tak teringat pulak ade APM. tetiba abah cakap malam ni bukan ade APM ke? yelahhh abah lagi expert. terharu, dulu-dulu nak tengok AF pun kena sorok-sorok. la ni, abah yang tolong ingatkan.

Terasa perubahan zaman. tapi paling best bila parents makin sporting. heee 


15 December 2012

Second time pergi I-City pun still peghak

Assalamualaikum.




Nampak tak peghak di situ. kali ni pergi dengan family haruslah terlebih excited. abah aku isi club card I-city RM100 pakat berlari-lari anak termasuk tua dan muda cop barisan depan sekali main semua benda kat I-city.

Alhamdulillah.. habis semua seratus ringgit takde sisa langsung. heh



Alhamdulillah jugak, memory card camera penoh gambar aku. heee tips dia di sini, jangan pegang camera tapi berdiri lah depan camera. 



Time tu tak kira lah mainan tu mencabar or tak yang penting, aku nak naik semua. aku jenuh pujuk adik-adik sepupu aku naik sekali. tapi diorang boleh pandang sebelah mata je tengok mainan tak adventure katenye.


30 November 2012

Langkahan seluas longkang

Assalamualaikum.

What a psycho title.

Bulan seblas dah nak blah. aku enjoy bulan seblas and tak sabar untuk bulan doblas. yeay sama-sama.

Budak diploma UiTM tengah bizi dok convo aku pon teringin jugak. aku anak sulong, ni fes time mak aku masuk dewan tengok anak dia pakai jubah besar gabak.

Tapi tunggu bulan doblas ye mak.



Ingat kan langkah kami sekeluarga ke Shah Alam je 5hb ni. tapi.. sampai JB hoih!

Syukur exam imigresen 3hb seblas haritu aku pass. tak sia-sia aku melangut tak study. seriously aku tak berharap lansung sebab aku dah gerenti failed. aku tak boleh jawab paper 1. ada 50 soalan tak silap aku, ada pilihan jawapan. aku main ini mini mai ni mo je ha.

Soalan siap tanya berapa mukasurat international pasport. adoila aku tak pernah bace lah pulak pasport. mukadam pon aku tak tahu berapa mukasurat.

Nampak tak permainan dia di situ.

Setelah berita ke'pass'an exam tu aku terima, kena ready untuk program ni pulak. then baru lah diorang belek-belek semua candidates. dah belek-belek, and pass belek-belek, baru diorang panggil interview. sooo panjang lagi perjalanan tu. belom tentu dapat or tidak.

Sekali lagi. nampak tak permainan diorang di situ. 



Datin Halimah kau. JB!



Sedang-sedang elok lah tarikh convo aku 5hb then 8hb kena ade di JB.

Abah aku pon laju je sambung cuti sampai 10hb. hiks panjang langkah, boleh rentas laut china selatan. 



Owh Justin Bieber. JB



12 November 2012

Rambutan belakang rumah

Assalamualaikum.

Bangun lambat, mulalah hormone testosterone tak seimbang.

Tunggu abah settle kopek udang. dalam otak pikir nak tibai cabai kering mak dah siap blend dalam peti ais. buat sambal udang cincai. yeeeha. hormone-hormone.

Sempat tulis satu entry sementara udang di kopek.




Done. now nak masak.

Update: aku bajet dah post dah lah entry ni. sekali, abah tutup suiz streamyx. cess tak boleh tengok orang senang.

Btw: memang ade rambutan belakang rumah. tinggi sampai melunjor masuk koridor bilik. siapa berani meh petik.



10 November 2012

Something

Assalamualaikum.

Hari ni aku belajar something. sebab dulu tak cukup di ajar.

Dulu: tangguh kerja sekolah sebab kemungkinan untuk cikgu kutip homework is tipis. esok tu confident pergi sekolah without buat homework. biasalah, time aku tak buat homework cikgu rajin nak kutip pulak..




Tapi still tak nak belajar dari kesilapan bawak ke uni life.

Dan tadi pun..

Tadi: aku dah siap masak and aku pikir, "tak payah lah asing lauk untuk mak. nanti mak balik bukan makan pun.."

Macam biasa, mak aku balik and seeking for nasik. yeeeha aku tak asing lauk and semua lauk tinggal serdak.

Nasib baik mood mak aku lawa.

So, I was like "kalau buat homework, bukan cikgu nak kutip pun.." then, kalau tak buat homework: comfirm ke cikgu tak kutip homework tu..

So, "kalau asing lauk, mak bukan makan pun.."

Then, you can conclude by our own.

Something: apa salahnya buat something yang kita tak tahu result yang pasti.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...