Showing posts with label Beauty. Show all posts
Showing posts with label Beauty. Show all posts

07 March 2013

Hantu gigi

Assalamualaikum.

Benda paling aku tak pernah kesah lansung dalam donia ni selain politik, adalah gigi. walaupun masa kat UiTM ambik course politikus, ia tidak berhasil membuat aku peka pasal politik. samalah dengan gigi aku. sejak sem dua aku asyik saket gigi.

Masa tu gigi bongsu nak tumbuh, habeh tergenjat sistem pertahanan badanku. huuu mungkin sakit gigi lebih sakit dari sakaratul maut. wallahhualam tak pernah lah pulak aku dijemput sakaratul maut. tapi sakit gigi kan tersenarai top three saket yang Masya Allah..






























Mempersembahkan nightmare anda. dengan pagar berterabur ini aku tak pernah lah pulak rasa rendah diri. ade jugak sekali dua terlintas nak pakai besi tapi bila pikir balik siong kebanggaan aku akan lenyap, aku batalkan kejap. dua batang gigi terkeluar tajok bahagian bawah memberi peluang nasik dan isi ayam terlekat di celah-celahnya bakal hilang. aku batalkan terus hasrat nak pakai besi.

































Namun begitu aku mempunyai sepasang bulu mata yang mampu membuat Kak Rozi jeles. aku tak payah pakai bulu mata palsu seperti kau. aku ade ok. Kak Rozi tak mungkin ade.







Pesanan berunsur Hari Memperingati Keunikan diri ini di bawakan oleh aku. Be yourself for yourself. :)

03 March 2013

Tips untuk rambut cepat panjang

Assalamualaikum.

Aku bukan pakar dalam bab-bab ni. tapi selama 22 tahun hidup, aku gemar berambut panjang dari pendek. ade haritu, aku potong rambut bagi pendek sebab nak buat curl. motip tak di ketahui.


Tapi cepat je panjang lepas aku potong rambut tu. sebabnya, rambut kita ni macam tumbuhan lah kan. pokok-pokok kan tumbuh, macam rambut lah. so penjagaan dia lebih kurang sama je.

Rambut akan cepat panjang kalau kita selalu basuh means, time mandi kita basahkan rambut sekali. aku tak pernah skip mandikan rambut. kalau sehari tiga kali mandi, tiga kali lah basuh rambut. kalau ade duit lebih pergi lah salon buat rawatan. tapi aku tak pernah lah lagi. kan pokok kalau siram selalu cepat membesar, macam rambut lah jugak hohoho.

Lain pada tu, waktu tidur, release kan rambut tu. jangan lah ikat 24jam. aku memang tak hirau sangat pasal rambut ni. kadang-kadang satu hari tak bersikat. hohoho guna jari pon boleh.

Covered rambut memang bagus. terdedah pada matahari bukan je buat rambut rosak, tapi buat rambut kering so dia takde air nak suburkan akar rambut. pakai tudung tu memang dah terbaik!

Guna baja. pakai lah ape-ape minyak untuk suburkan kulit kepala. selain bagi ransangan pada akar rambut, dapar lah kuatkan akar rambut tu so tak lah rambut tu berguguran macam musim autumn.

DIY your rambut.








































































14 June 2012

Le Dita Von Teese

Assalamualaikum.



Mak cik Dita vogue anggun.

Perempuan ni selain puji kekacakan lelaki, sesama perempuan pon dia akan puji. belum lagi bab yang lain-lain. kasut, bags, makeup blablabla..

Aku kalah tang Makcik Dita ni, Makcik Rozita lagi lah kalah. taksub sangat aku tengok gaya vogue dia tapi memang sexy nokharomm dah lah ade taik lalat seputik sesangat antique dengan rambut hitam pekat lebat.



Aku tak tahu lah kalau dia buat pelastik surgery ke tapi memang makin tua makin lawo nak map. umur nak dekat 40 kalau aku time ni dah kedut mang aih.



Tang mata dia tu. makeup natural tapi mengancam. redlips! aku nak sangat try lipstick merah menyala tapi kulit kuning langsat tapi more to hitam manis mau ke lipstick merah ke tebiat. kening dia satu hal. sangat perfect.



Makcik! tell me your beauty routine peliss. jangan kedukut sangat lah.. 



Aku rasa ni satu-satunya attire dia yang paling sopan. yang lain.. bapak sexy biasalah dulu model playboy mags. sekarang dia ni still burlesque and dia bagitahu aku, dia akan stop menari bila reach 70 years old. dia lah bagitahu. kalau dia tipu aku maka tipu jugalah aku.

Oleh sebab obses sangat nak jadi ala-ala Makcik Dita. aku up satu video kalau ada yang obses macam aku. Dita wannabe?




Enjoy!

Dhaaa


18 February 2012

Mata-mata

Assalamualaikum.

Quick update je sangat simple entry tak yah pikir punye.

Aku obses dengan makeup mata. suatu hari nanti aku nak makeup hebat-hebat kalah semua orang. so aku suka tengok mata omputih depa punye mata lawa terjegil luas kelopak boleh buh banyak color. orang arab pun sama. jelez ah.



Gedabak kelopak mata dia.



Kening lawa, mata lawa, bulu mata lawa.



Sumpah ni memang lawa!!


Dhaa


11 May 2011

Guna bukan sebarangan

Hari ini adalah segmen bersama 'Pakar Kulit Jauh Import Mari Untuk yang Bertuah Saja'.


Hari tu aku ada tegur sorang kawan aku yang tak kurang hebatnya dalam menjaga kulit. kalau dia pakai sesuatu produk , dia akan guna whole set. means, dari toner, cream siang, tengah hari, petang, malam, pencuci sebelum mandi, lepas mandi, scrub. pendek kata semua dia beli. nak make sure ia berkesan katanya.


Ia memang tak salah kalau nak pakai semua set tu. kalau guna dari produk yang berbeza pun tak ape janji sesuai dengan kulit muka. 


Yang aku  nak focus kan kat sini ialah pemakaian scrub. 





Scrub terfamous seantero donia.. St. Ives Swiss Formula. ape perkara yang korang kena make sure before keep use scrub regularly is.. muka bebas dari jerawat. sebab kalau muka masih tak pulih dari jerawat or ade jerawat baru nak tumbuh, pastu korang pakai scrub akan merosakkan lagi keadaan muka. itu la yang aku tegur kat kawan aku. dia dok heran 'pasai pa aku dok pakai produk baguih punya complete , tak hilang jugak jerawat'.



'Macam mana nak hilangkan jerawat?'






Keistimewaan St. Ives sebab dia natural. memang korang akan heran 'apesal tak macam cleanser eh?' yela sebab dia natural itu yang tak banyak buih macam cleanser yang lain. 


Additional info: kulit kita kering sebab buih dari cleanser telah mengeringkan kelembapan kulit muka. so, kulit akan hantar maklumat ke otak yang 'eh kulit muka aku kering ni, tolong lembabkan muka aku cepat.' otak pun bertindak dan kelembapan yang dihasilkan menyebabkan munculnya minyak di kulit muka. so penyebab kepada kulit berminyak pulak dah.


Jadi, bila jerawat dapat di atasi, scrub boleh di guna pakai untuk penjagaan pori-pori in case kalau pakai make up lama-lama , tak lah menjejaskan kulit. ok?

Dhaaa  ☢



22 April 2011

Diet mengikut jenis darah ☺

Aku mahu berkongsi dengan ape yang dah aku bace ya. tapi korang kena tahu jenis darah korang lah. aku agak darah aku jenis O? aku pun tak sure. tapi tak pe , aku kasi untuk semua jenis darah ya.






Jenis darah O
Profil diet: Protien tinggi iaitu suka makan daging.


Makanan yang membantu korang mengurangkan berat badan : rumpai laut. yerkk? makanan laut. ikan kut. garam , hati , daging merah , bayam , brokoli and kubis daun. Korang memerlukan diet yang protien tinggi dan rendah karbohidrat. (tak boleh makan nasik la ni..)
Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran mesti seimbang.


Musuh kepada mereka yang darah O adalah bijirin seperti jagung dan germa gandum.














Jenis darah A
Profil diet: Vegetarian


Makanan yang membantu korang kurangkan berat badan: minyak sayuran , makanan soya , sayuran dan buah nenas. Korang kena mengamalkan makanan yang memihak kepada buah-buahan dan sayur-sayuran. jangan curang ok.


Korang yang berdarah A ni memiliki darah yang lebih pekat dari kategori darah yang lain and sistem imunisasi korang lebih sensitif.


So , korang dinasihatkan supaya kurangkan atau jangan ambil produk tenusu , daging dan lemak haiwan.




Jenis darah B
Profil diet: Omnivor yang seimbang


Makanan yang membantu korang kurangkan berat badan: sayur-sayuran , telur , daging rusa (setahun sekali boleh?) dan teh. 


Korang perlu mengamalkan diet yang seimbang antara sayur-sayuran , buah-buahan , bijirin , daging dan produk tenusu.


Tapi korang kena hindari dari ambil ayam atau daging merah macam lembu dan itik yang berlebihan.








Jenis darah AB
Profil diet: Diet campuran yang seimbang


Makanan yang membantu korang kurangkan berat badan: tofu , makanan  laut , makanan tenusu , rumpai laut , sayur-sayuran dan buah nenas. (macam lebih kurang je semua)


Korang kena amalkan pemakanan vegetarian. hanya sekali-sekala korang boleh makan ikan , daging TAPI BUKAN AYAM , dan produk tenusu.








Tapi aku tak rela lah nak berdiet-diet. bak kate mak aku "selagi boleh makan , baik makan". takut nanti dah tak de gigi tak boleh makan dah.. huahua  

Info credit to creativeproduct✌



08 April 2011

Bermain dengan matahari ☀

Aku nak perkenalkan kepada korang satu benda ni yang aku kenal dari orang terkenal so that korang juga dikenali. memperkenalkan..



 Mari bermain dengan encik matahari






Kalau korang adalah seorang yang aktif bersport , jika korang seorang critical student yang kena berjalan dari bilik nak ke class di bawah terik matahari tapi malas nak bawak payung. ape lah UiTM ni tak pasang bumbung sepanjang jalan kan kulit aku dah gelap.


I tell you laa kalau korang amalkan pakai sunblock , kulit korang akan lebih sekata tonenya sebab matahari takkan burn kulit muke korang yang terserlah tu. means , kalau korang pakai spectacles , kulit muka kat bahagian lain akan lebih gelap dari bahagian mata yang dilindungi specs. Bukan critical student je ade masalah ni mey..




Kim Kardashian pun ade


Aku jugak ade masalah skin colour berbeza antara bahagian muka yang paling terserlah and bahagian yang tak terserlah which is bahagian yang di lindungi tudung. memang ketara. puncanya sebab berkawad tengah panas.


Kini tidak lagi dengan adanya sunplay. promote macam aku ni duta product la pulak.



Image jarak dekat aku kasi.


Keistimewaan : Korang boleh pilih dari SPF paling rendah hingga yang paling tinggi. aku promote SPF130++ sebab aku pakai ni loo. boleh pakai di darat dan di air. nak mandi kat pantai , apply dulu benda alah ni. langsung tak melekit sebab ia liquid. macam korang pakai toner je sunblock ni. sangat mudah.


Cara memakai : Selepas cuci muka bersih-bersih , sapukan toner. lepas toner di muka korang kering , sapu lah sunplay ni. tapi bagi yang pakai foundation , pakai dulu foundation , biarkan kering baru sapu sunplay. apply biar rata kat muka korang.
lepas tu korang nak bubuh blusher , shimmer , eyeshadow , darkshadow and segala benda yang boleh di tempek , korang tempeklah.
Tetapi. mesti ade tetapinya. sunblock mestilah dipakai 10-15 minit sebelum bermain dengan matahari.

For those yang biasanya berada dalam lingkungan air-cond je setiap hari tanpa perlu berada di bawah matahari , hahaha rugilah tak dapat main dengan matahari. ツ
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...