10 October 2011

I'm not a novel's heroin.

Assalamualikum.

Beberapa hari ni agak seronok mengisi masa lapang dengan mengeroh (tidur) petang-petang. tidur awal pun masih rasa nak sambung tidur lagi lagi lagi.

Ok, kisah tajuk kat atas ni secara general je tak mahu sentuh hidung siapa-siapa. aku cakap berdasarkan naluri perempuan.

Why i am not the typical novel's heroin..

Contoh pertama Novel Bicara Hati.


Aku tak mahu jadi macam Zahlia yang kaku je even dah kawin dengan lelaki kacak+kaya+kerabat+tak playboy which is wujudkah spesis macam ni?



Novel paling paku laris

Mungkin dia terlebih matang sangat tapi aku rasa ada ke perempuan macam tu? sopan ehem jaga peribadi bukan main bila suami sendiri ngorat. owhhh rugi

Jadi aku ni yang brutal bila di ajak kahwin free, mainkan lah peranan sebaik mungkin. jadi lah sempoi sikit. ini dak, heroin pelakon air mata je memanjang. tapi berpuluh kali jugaklah aku khatam novel ni T_T


Contoh kedua Novel Andai Itu Takdirnya.





Mula-mula aku refuse untuk baca novel tangkap leleh ni. tapi kebutulan time tu aku tak ada apa benda nak buat, aku baca jelah. baca tak rugi, tak baca tak untung.

Comment aku, heroin dia bukan kategori aku lah sebab kalau tak silap aku, dia kena tangkap basah dengan hero cerita ni. and hero dia adalah seorang yang kasar and pentingkan darjat sama macam family dia. Kalau akulah kan, orang yang kasar macam ni buat apa kawan and dekat-dekatkan diri. sebab heroin tu lembik, lemah gemalai. tak payahlah dekat dengan orang macam tu. tak sesuai depa nak kawan dua. haisshh heran boleh kena tangkap basah segala.

So, dalam perkahwinan tu ada banyak masalah sebab tak saling cinta. hero tu sangat kejam macam-macam buat kat heroin tu. ape sangatlah kudrat perempuan, nangis jelah T_T

Bosan.


Contoh ketiga Novel Kasih Benar Kasih






Tengok pada cover dia sangat cun dah nampak macam cerita funky-funky, rupanya sengal cerita ni.

Heroin dia ok lah cool. tapi terlampau cool sampai nak balas dendam segala kat hubby dia. memang depa kahwin atas pilihan family tapi around the corner majlis depa tu, ada problem sikit. tu yang heroin tak puas hati and sampai setahun still berdendam dengan hubby dia. 

Hero ni baik je. layan je sepanjang setahun si heroin dok buat perangai. kalau setakat sebulan is acceptable. bayangkanlah orang dah kahwin, suami baik. ape kau nak lagi. huh tak paham aku.


Contoh keempat Novel 7 Hari Mencintaiku.




Novel paling tebal yang pernah aku baca selain dari kamus Oxford (untunglah kalau aku baca kamus). 1000++ pages kot! aku habiskan dalam masa kurang 2 hari. 

Cerita dia quite interesting sebab heroin dia sangat brutal. tapi over sangat lah pulak brutal dia sampai tak hormat langsung orang tua. sampai aku baca pun naik tak sedap hati. kang silap hari bulan watak-watak dalam novel tu jadi tak puas hati dengan heroin tu, pakat bubuh racun dalam makanan dia.

Hero dia sangat loving. heroin ni sangat tak bersyukur. biasalah, sebab mula-mula tu depa kena kahwin paksa. typical malay novels T_T


And the rest, aku takkan melibatkan novels Hlovate yang superb tu. siapa yang tak nak jadi heroin macam dalam novel beliau? 

Ini hanya dari my narrow point of view ok. masing-masing ada pendapat sendiri =)

Dhaa





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...