29 January 2013

Buat Terok #7: Small things, tear us down

Assalamualaikum.

Kalau bace novel, aku suka lah muka kerot-kerot pikir pehal perangai heroin dia macam ni. awat perangai hero dia hudoh. sakit hati nyah. meyampah aku baca aku lempaq hujung katil kejap lepas tu menonggg..


Kadang banyak yang boleh kita relate dengan hidop kita sendiri. writer novel suka buat terok dengan cipta conflict yang buat muka surat dia tebal 5kali ganda ketebalan penuh conflict yang padahal boleh settle dengan beri kemaafan. terus novel bermuka surat 10 je.
So, boring lah hidop kalau takde gadoh pujok. kalau nak kira gadoh aku dengan SAN, macam nak maki. pehal benda kecik pon jadi hal buat bazir text. selalu gadoh pakai fon je. dah dia dok jauh. redho je maki fon.
Sampai satu tahap, aku rasa nak break dengan dia sebab dah tak mampu nak hidup jauh-jauh macam ni. nak jumpa sebulan sekali pon payah. so, dia jangan lah buat hal. sekali dia buat hal kecik siput, memang aku point nak break.


Aku siap imagine macam mana life aku lepas ni kalau takde dia. tak text, call. aku rasa aku boleh sibukkan diri dengan berblog sampai pingsan. kalau bergantung pada ego, aku mampu lagi lupakan dia. tapi dari sudut hati nurani ni memang tak lah. mesti aku tertinjau-tinjau jugak fon.
So, aku nekad nak break jugak suatu hari tu. aku nak cari pakwe baru yang baru balek solat jumaat yang single. kalau ade, aku on. kalau takde?
Tetiba aku imagine pulak, kalau aku maafkan dia and hidup macam biasa balik. eh? macam senang je? terus kepala otak aku macam release. pehhh rasa macam beban tak berak seminggu keluar macam tu je.


Dari hidup sengsara mungkin ambil masa sebulan nak lupakan SAN baik aku say sorry atau terima sorry dia. semudah tanam toge. selama ni hidup bahagiaaa tetiba ade split sikit, dah tension-tension lepas tu nak break, lepas tu menjanda merana cari pakwe baru tapi takde. kan menambah penuaan.

28 January 2013

Buat Terok #6: Artis, manusia biasa

Assalamualaikum.

Aku setuju bila artis-artis cakap dia manusia biasa, normal. tapi ade satu yang aku heran bila bab cinta and kawen. sebab aku rasa kalau kita manusia biasa, kita tak macam tu. ok tak paham.


Artis juga manusia. kita yang bukan artis, tak femes juga manusia biasa. satu persamaan, kita manusia. tapi ada satu perbezaan bila bab ini:

 Takkan ada hasben yang sanggup tengok bini dia kena gomol dengan laki lain time bekerja.
Samalah dengan bini, takkan rela hasben dia kamceng dengan perempuan lain.
So, artis bukan lah manusia biasa, dia manusia luar biasa. haha sanggup tengok ape yang manusia lain tak sanggup tengok benda tu jadi kat pasangan-nya.


Kata manusia biasa.. belom manusia biasa lah kalau dah sanggup tengok partner kena gomol dengan orang lain :)

27 January 2013

Kongsi boyfriend

Assalamualaikum.

Bukan senang nak kumpulkan semua Gangster lima-lima orang ni. bila semua ada, pakat roger ajak date. tapi ni first time kami berlima date bawak hero.

Tunggu aku pose kejap ye Teah. nampak budak baju merah dengan mak tiri baju biru. haaa tu hero kami hari ni. si hensem boy Amir.

Dari kiri: mak tiri Ella, mak tiri De'a, mak tiri Atin and mak tiri Teah. 
Kalau time ni ade markah untuk practical jadi mak, semua lulus aku rasa. semua tak failed jaga kerenah budak umur 2 tahun yang kalau boleh semua permainan kat Kids Zone ni dia nak main. tu tak termasuk kami-kami yang tumpang sekaki nak main.

Yang excited, mak-mak bukan budak tu. tapi aku bet dia excited jugak sebab sape tak excited dapat mak tiri gojes.

Raasanya dari 5-6 tahun dari sekarang bila nak gather-gather balik memang payah. tambah pulak kalau dah kawen ade anak. haihh date bawak anak.

Owh ye, ade yang rasa tak sorang kawan aku yang gojes yang belah kiri ni macam Ersalina (Setia Hujung Nyawa). wahaha in case kalau ade yang perasan lah sebab kami memang cop dia L pon. 


Takde kan? kbye.

26 January 2013

Buat Terok #5: Kokdiang the most ulu place?

Assalamualaikum.

Teringat time sesi perkenalkan diri kat Uni. masa ni lah kita bergaul dengan pelbagai lapisan umat. sebab sebelom ni terperok kat negeri sendiri. bila kat Uni, dok negeri orang baru rasa jadi orang.
Time tu, sorang classmate bangun perkenal diri. gaya sempoi, muka Pan-Asian, free-hair and cun. sekali keluar loghat kedah pekat. salute! memang pekat nak mam.

Terus budak-budak class aku panggil dia kokdiang-kokdiang. especially time dia nak perkenalkan diri most every sem untuk most lecturer yang baru mula mengajar. highlight kat sini, dia bukan dari Kokdiang.
Maybe classmates aku pukul rata anggap semua yang pekat loghat Kedah is from Kokdiang. kesian kot. yang sorang lagi calssmate aku yang pekat Perak-nya tak pulak kena cop Perak-beko (pronounce with lidah perak tergeliat).

So aku agak kekeliruan. adakah Kokdiang tu tempat paling ulu sampai ape-ape perumpamaan, metafora, semua misti relate kat Kokdiang. Makcik dari Kokdiang, awek kampung dari Kokdiang.

25 January 2013

Depan tingkap pon jadi

Assalamualaikum.

Aku tak mau lah nak heran sangat kalau orang suka bandingkan muka aku dalam gambar nampak lain dari realiti.
Kalau dalam gambar nampak tak lawa, depan-depan lagi lawa dari gambar. -ni aku keras. heran.
Sebab realitinya, bukan aku sorang lah aku bet semuaaa orang pon akan pilih shot yang paling cun baru publish kat mane-mane tempat kan. So, yang ni aku tak heran.
"Dalam gambar putih gila, tengok depan-depan tak lawa lansung."
Tapi jangan lah cakap macam tu kat depan aku.. kering lah air mukaku. awak pon sama keyy. 

Berbekalkan tingkap besar nak mam dengan cahaya macam lampu studio, dapatlah aku hasilkan muka separa fake. masih belom fake ye. kalau nak fake, masuk kotak ini! 

23 January 2013

Buat Terok #4: Takot di katakan penyebab

Assalamualaikum.

Korang pernah ke rasa macam ni, contoh:

Kak Rita bercerai dengan Aidil. tiba-tiba anda rasa bersalah sebab minat Aidil sangat-sangat sampai buat stock gambar Aidil yang anda kerat di paper. Anda rasa anda punca mereka bercerai walaupun anda bukan Jue Aziz.

Itu contoh. situasi tu aku selalu rasa. kalau kat dalam rumah aku, apa-apa yang jadi, aku sangat takot kalau diorang pikir aku yang buat benda tu padahal aku takde kena ngena lansung. So, aku akan berusaha membuktikan aku tak terlibat walaupun orang tak syak aku pon. kiranya aku ada alibi. 


Over sungguh. macam mana entah aku nak atasi benda ni. Masa atas jalan raya buatnya polis tahan aku, dari diorang tak syak aku bawak pistol, terus aku yang gelabah pergi ngaku dalam bonet kereta ada pistol. naya aku.


21 January 2013

Dah haru biru

(Title di atas dibaca terus dengan entry di bawah. hal ini kerana, kebekuan idea nak cari tajuk.)

Jadinya belog aku ni sejak aku gatal tangan nak guna blogskin. tapi untuk kali ni aku puas hati lagi lah. tunggu bila aku free nak ngadap coding, aku tukar lagi blogskin ni.

Tapi.. aku rasa macam aku dah hilang identiti. harap-harap still ade yang sudi sesat.



19 January 2013

Sekurang-kurangnya

Assalamualaikum.

Hidup sebagai penganggur sangat boring. hari-hari buat benda sama selagi takde ape-ape perkara terkejut tergempaq. aku naik menyampah bangun lambat, masak tengah hari untuk lunch cum breakfast. nasib baik ade jugak lah kemajuan dalam menu aku. takde lah lauk binatang celup cabai je.




Sebosan-bosan macam mana pon, aku kena menjana kewangan jugak. at least aku nak keluar date, tak payah mintak duit kat mak bapak. so, settle.

16 January 2013

Dia pon nak jugak..

Assalamualaikum.

Aku nak tanya ade sape-sape yang nak ambik testimoni aku ni tak? aku pon pakai product gempak macam beutskin, tabita, nobikata.



Ape betoi ke testimonial diorang tu? aku tak mampu lah nak beli product memahal tu. pakai ape yang ade je tu pon tumpang ehsan mak and adik. sorang pakai skinz sorang pakai safi balqis, aku gaul dua-dua.

So ni testimoni hasil guna dua product tersebut.



Masalah kulit yang aku alamai bermula dari dagu: panas berapi kau, mungkin dosa-dosa dari mulut aku. terbaik. Bulu hidung kesan menghidu gossip terlalu banyak. Taik lalat, motif untuk menonjolkan peribadiku yang pengotor, taik letak luar. Mata berdarah-darahan, kesan melihat kemungkaran! taik mata juga sama motif dengan taik lalat. bulu kening extra kesan dosa yang makin extra tetiap hari. kat dahi tu buka ciuman tapi lebam tumbokan padu sebagai peringatan.

Hasil penggunaan product Skinz+Safi Balqis botol biru:





Oh lupa, plus wudu' sekali keyy.




13 January 2013

Benda baru juga bawa bala

Assalamualaikum.



Nak kata aku ni metroseksual tak lah jugak. sebab ni semalam baru first time buat manicure. buat kat tempat tah pape pulak tu. aku memang dah lama usha tempat nak manicure.

Kalau aku tak buat manicure tu semalam, aku sure lepas ni aku pergi jugak nak try buat. yelah selama hidup ni, tak pernah-pernah buat. so semalam dah buat, lepas ni tobat lah tak buat dah.



Habis jahanam jari and kuku aku. rasanya kuku asal aku yang bersalut kunyit campur bau dedak sikit berpuloh kali ok.

Terus tak nak jadi metroseksual kalau macam ni bahananya.

Cuak jugak muka aunty tu bila jari manis aku berdarah. kuku jari kelingking aku nipis terus bahana pekerja aunty tu tonyoh macam kuku aku ni jambatan bosi. aku pulak memang tak reti nak sound-sound ni. aku diam jelah tapi aku cakap terus terang jari ni sakit and pedih.



Tak nampak lah pulak tapi kesan dari manicure tu, aku dah tak boleh makan sambal belacan kaww dengan tangan. mahu sebulan nak recover kecelakaan ni. dah lah tak shining lansung. siap bergerutu kuku gwa kalah orang melombong bijih timah.



12 January 2013

Hati aku baik

Assalamualaikum.

Malam ni aku buat keputusan nak delete ruang iklan churp-churp and nuffnang. rasa clear sikit pemandangan.

Patutnya dari dulu lagi aku sampahkan. buat berat belog and menyampahkan aku je. sekarang move pada niat asal berbelog.

Niat berbelog just for fun. instead of tulis diary, aku sangat pemalas menulis guna pen. menulis guna keyboard and bila di publish, perasaan dia sangat lain. lagi best kalau ade yang respond :)



Goodnight.



11 January 2013

And the rest

Assalamualaikum.

Maghrib time. tak mandi lagi. tetiba tersedu, kalau nak kata tumbesaran tak cukup gamaknya nak besor mane lagi. ni bahana makan laju.

Kerja mak aku sebagai tailor buat aku bergaul or maybe handle jugak sikit dengan macam-macam kerenah sampai aku pon terbelajar macam mane nak split idea customers yang humangaihhh. tu aku belajar dari mak aku even mak aku takde lah ajar directly kat aku on how to handling cerewet customers.

Aku pulak bukan jenis pandai bermanis mulut. kalau orang datang kedai mak aku nak tempah baju, then, that is it. aku tak pandai nak mumbling-mumbling kencang. senyum then ukur-ukur, consult-consult sikit. salam.



And, tak sampai hati aku nak blacklist customer ni since dia fall in love sangat dengan karya mak aku. dia ok, but tak ok sangat. badan kurus kedekiang. nak baju muat-muat badan. itu ok. takde yang peliknya. normal lah nak baju perfect ikot body kalau boleh nak baju melekat kat skin.

Tapi dia tak ok bila membebel or maybe nak ramah lah. dia cakap badan dia too thin owh memang sangat kedekiang. dah tahu badan kering buat lah lagi baju muat-muat badan lagilah nampak awak tu kedekiang yang oi.

And the rest baju dia semua muat-muat badan. lantak kau lah jangan nak bising "nape aku nampak keding sangat."



Ampunkan dosa ngumpatku Ya Allah..


10 January 2013

Buat Terok #3: Mak tak kasi

Assalamualaikum.

Mak aku selalu larang benda yang tak elok means jangan buat benda-benda yang tak elok kat mana-mana pon lah. banyak yang aku redah je tak ikot pon larangan mak aku.

Tapi masa aku sekolah rendah, aku ade jiran cum my classmate. dia ok cuma satu hari aku rasa dia tak ok. haha

Satu hari tu tiba bila aku tak datang sekolah. malam tu aku datang rumah dia nak usha homework. padahal aku ni takde lah baik sangat nak buat homework tu kalau dia ade belas kasehan mesti dia kasi aku tiru.

Tapi agak-agak lah dia boleh jawab "mak kite tak kasi tunjuk homework kat kamu."



Tak beragak betol kau ni. takkan setakat homework pon mak kau tak kasi tengok. bukan aku nak tiru padahal niat asal begitu. aku tahu lah aku ni bodoh dulu-dulu. takkan kau tak pikir nanti aku dah besar aku pandai, aku buat belog aku reveal kesah kau kat sini. like kau kesah?

Lantak kau lah. aku terpikir nak guna teknologi yang ade waktu tu. iaitu, tawakal. pergi sekolah esok hari then bila cekgu tanya kenapa homework tak siap, aku point dia boleh. tapi aku tak pilih teknologi tu.

Aku budak baik tak sampai hati pulak nak menyerongkan pandangan kawan-kawan pada dia. padahal dia dah buat terok dengan aku! mak tak kasi jebontot lu.



Mak aku selalu pesan jangan buat ape yang Allah tak kasi je. takde pulak mak aku pesan "jangan kasi homework kat classmate yang tak datang sekolah keyy."

:)


08 January 2013

Si pusat dalam

Assalamualaikum.

Benda kecik macam pusat ni, dah lama bermain-main dalam kajian aku.

Kisahnya bila mak aku keluar statement "abah style kuat shopping sebab pusat dia cetek."

Aku tak perasankan lagi. sebab ape daa kena ngena pusat dengan shopping. aku check pusat aku. cetek! ni keturunan ni. abah aku pusat cetek. check mak aku punya, dalam tak tembus dasar wey.

Hurm ni ade yang aku check sorang-sorang pulak pusat depa. adik perempuan aku, memang jimat, pandai kumpul duit. pusat dalam tenggelam jari aku cucuknya. adik bongsu aku, hampir rata je permukaan pusat dengan perut. and dia seorang yang boros plus baran sekali. baran tu aku belom kaji.



Maybe ade perkaitan pusat dan tabiat berbelanja. aku pikir-pikir balik, mak aku sangat jimat. sangat-sangat. kalau mak aku tukang simpan duit, abah aku ngabehkan.

Aku pulak pantang ade duit, malam tu tak lena tido takot ade yang kebas duit tu sebelum sempat aku joli. terus pariapa esok tu jugak. lepas tu mati kering beli benda tak pekdah.

Aku buat spot check kat boyfriend aku. buat gila nak seluk baju dia check pusat! memang tak lahh. aku suruh dia check. wahaha pusat dalam. dalam. sure dalam aku sure. dia jimat + kedekut.



Si pusat dalam plus bun cha ya ta.


07 January 2013

Buat Terok #2: Mana nak letak muka

Assalamualaikum.

Asal anak tak jadi kawen, ayat typical makcik-makcik akan keluar. putus tunang pon ayat sama. kerbau nak buat korban kena lenyek pon keluar ayat sama.

"Mano den nak lotak muko ni haa. kobau den idamkan ni ha kona lenyek dah. malu den dengan oghang kampung."  - Makcik,  50-an.

Memang buat terok. ape nak kesah kalau anak cucu tak jadi kawen, nak buat terok tak tahu nak letak muka kat mana. hiks boring looo



06 January 2013

Kalau dah memang sedap

Assalamualaikum.

Sedap banyak makna. maksud sedap ni adalah lagu yang sedap.

Kenapa ade yang nak kesah penyanyi tu nyanyi tak sampai penghayatannya, takde soul, nadi tak berdenyut. mende?



Asal aku dengar sedap lagu tu, aku layan lah tak kisah dia punya muka out, performance ke laut. janji sedap kat telinga aku. kadang-kadang bila dengar orang komen macam tu macam ni, aku rasa macam ape benda komen dia tu? nak dia nyanyi macam mana lagi? sampai putus urat nadi kot?

Berdasarkan telinga aku, malam ni punye AJL, aku nak buat ramalan nujum secondhand sikit lah.

Dengan duablas lagu tu aku rasa semua sedap. so, biar aku yang jadi juri.



Kalau untuk tempat pertama aku nak bagi kat Amir Jahari - Tanpamu. aku takde lah suka sangat dengan lagu ni. tapi ok lah.. saje nak buat ramalan lain dari yang lain.

Kedua pulak aku bagi kat Shila Amzah - Patah Seribu. actually aku nak bagi dia tempat pertama tapi macam cliche lah pulak sebab dia menang kat Shanghai then dalam negara sendiri macam pelik kalau dia tak menang. so, tempat kedua ok whattt.

Ketiga.. aku nak bagi kat Stacy - Pelangi Senja. kat telinga aku lagu ni sedap so kalau tak menang telinga depa pekak.

Vokal terbaik. ni susah ni. telinga aku setakat sedap kat lagu je. suara-suara ni, aku tak kesah. lagu wonderpets pon ok. tapi bagi kat Shila Amzah - Patah Seribu. pukul rata senang. dia terhebat dah so kena menang.

Persembahan terbaik jatuh kepada Hafiz & Adira - Ombak Rindu. lagu ni macam kena menang je. yelah lagu berhantu kan. tapi aku tak suka pon lagu ni. tapi macam tak logik Hafiz tak menang.



Nama pon ramalan. lagi pulak dari aku yang entah pape pilih pemenang sesedap rasa. malam ni kita tengok sape yang kena!


05 January 2013

A perangai that we called lebah menghisap madu

Assalamualaikum.

Aku hampir lupa yang aku ade tumblr.

Aku start sign up tumblr sejak merajok dengan belog. time tu aku malas gila nak update belog. aku lansung tak bukak belog. sampai lah aku tetiba tergerak naluri nak log in belog. tengok-tengok dashboard dah baru. terus sesat.

Bila dah rajin berbelog, aku lupakan tumblr. kesian dia.






















Kat tumblr ni ade banyak lah jugak aku post. tapi semuanya gambar je. aku tak tulis pape pon. maybe aku dah merajok dengan belog. kat belog aku rajin tulis tapi takde siapa bace. bunyi cengkerik.

So, aku show off lah kat tumblr. bajet akan ade yang bukak tengok tumblr aku. padahal aku tak pernah show link tumblr kat sesape pon. malu.

Memang aku macam lebah. dah habis bunga tu aku sedut madu, aku tinggalkan. pindah ke satu bunga lain pulak. habis madu sepah di buang betoi.

Sekarang madu di tumblr habis aku sedut. kembali balik pada belogsepot. tunggu madu belog ni habis. tunggu.



03 January 2013

Buat terok

Assalamualaikum.

Hari ni sambal belacan kurang umphh sebab asam jawa dalam tempayan habis.

Semalam, abah aku balik kerja pukul 10 a.m lebih time aku bizi kemas umah. aku buat derk style focus gila. lepas tu aku hilang jejak abah. mungkin keluar main bowl dengan mak. tak pon lepak kedai mak then ajak keluar ngeteh.

Aku sambung kerja bajet banyak sangat setakat kemas dapur sapu sampah.



Aku masuk bilik, tengok handphone ade dua message. abah and demok. bukak message abah dulu. kot dia ajak main bowl. sekali, amanat suruh sidai baju pukul 11. now machine tengah process. aku reply, ok. abah pergi mane?

Takde reply, so aku baring-baring kejap. pukul 11 aku style patuh pergi sidai baju kat koridor bilik mak abah aku. 80% baju siap sidai. sekali aku terperasan ade kaki melonjor kat katil. sebab aku ade kat koridor, pandangan agak terbatas. aku pergi usha dekat-dekat. ceh! buat terok. abah aku tengah qada tido.

Naseb aku takde buat aksi lucah.


02 January 2013

Masa depan

Assalamualaikum.

Aku dah boring dengan template blogger ni. bila aku window blogging, kebanyakkan blogger budak-budak, lawooo gila depa punye layout rase taknak keluar dari blog diorang.

Mulalah nak salahkan mak bapak tak hantar aku pergi sekolah computer mase kecik-kecik tu dah besar dungu je tak reti bace coding. haishhh terpaksa berguru dengan budak-budak.



Apesal depa terer sangat. kadang-kadang dah set dalam kepala yang ni misti belog budak kecik. lawo sangat! dah orang tua punye blog, bughuk. ok. blog aku bughuk.

Aku nak ubah belog ni 360degree. wait n see budak-budak! harharhar

Sempena tahun baru, ni lah azam aku. nak lawakan blog. bia muka bersepah jangan blog bersampah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...