03 January 2013

Buat terok

Assalamualaikum.

Hari ni sambal belacan kurang umphh sebab asam jawa dalam tempayan habis.

Semalam, abah aku balik kerja pukul 10 a.m lebih time aku bizi kemas umah. aku buat derk style focus gila. lepas tu aku hilang jejak abah. mungkin keluar main bowl dengan mak. tak pon lepak kedai mak then ajak keluar ngeteh.

Aku sambung kerja bajet banyak sangat setakat kemas dapur sapu sampah.



Aku masuk bilik, tengok handphone ade dua message. abah and demok. bukak message abah dulu. kot dia ajak main bowl. sekali, amanat suruh sidai baju pukul 11. now machine tengah process. aku reply, ok. abah pergi mane?

Takde reply, so aku baring-baring kejap. pukul 11 aku style patuh pergi sidai baju kat koridor bilik mak abah aku. 80% baju siap sidai. sekali aku terperasan ade kaki melonjor kat katil. sebab aku ade kat koridor, pandangan agak terbatas. aku pergi usha dekat-dekat. ceh! buat terok. abah aku tengah qada tido.

Naseb aku takde buat aksi lucah.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...