06 January 2013

Kalau dah memang sedap

Assalamualaikum.

Sedap banyak makna. maksud sedap ni adalah lagu yang sedap.

Kenapa ade yang nak kesah penyanyi tu nyanyi tak sampai penghayatannya, takde soul, nadi tak berdenyut. mende?



Asal aku dengar sedap lagu tu, aku layan lah tak kisah dia punya muka out, performance ke laut. janji sedap kat telinga aku. kadang-kadang bila dengar orang komen macam tu macam ni, aku rasa macam ape benda komen dia tu? nak dia nyanyi macam mana lagi? sampai putus urat nadi kot?

Berdasarkan telinga aku, malam ni punye AJL, aku nak buat ramalan nujum secondhand sikit lah.

Dengan duablas lagu tu aku rasa semua sedap. so, biar aku yang jadi juri.



Kalau untuk tempat pertama aku nak bagi kat Amir Jahari - Tanpamu. aku takde lah suka sangat dengan lagu ni. tapi ok lah.. saje nak buat ramalan lain dari yang lain.

Kedua pulak aku bagi kat Shila Amzah - Patah Seribu. actually aku nak bagi dia tempat pertama tapi macam cliche lah pulak sebab dia menang kat Shanghai then dalam negara sendiri macam pelik kalau dia tak menang. so, tempat kedua ok whattt.

Ketiga.. aku nak bagi kat Stacy - Pelangi Senja. kat telinga aku lagu ni sedap so kalau tak menang telinga depa pekak.

Vokal terbaik. ni susah ni. telinga aku setakat sedap kat lagu je. suara-suara ni, aku tak kesah. lagu wonderpets pon ok. tapi bagi kat Shila Amzah - Patah Seribu. pukul rata senang. dia terhebat dah so kena menang.

Persembahan terbaik jatuh kepada Hafiz & Adira - Ombak Rindu. lagu ni macam kena menang je. yelah lagu berhantu kan. tapi aku tak suka pon lagu ni. tapi macam tak logik Hafiz tak menang.



Nama pon ramalan. lagi pulak dari aku yang entah pape pilih pemenang sesedap rasa. malam ni kita tengok sape yang kena!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...