Assalamualaikum.
Teringat time sesi perkenalkan diri kat Uni. masa ni lah kita bergaul dengan pelbagai lapisan umat. sebab sebelom ni terperok kat negeri sendiri. bila kat Uni, dok negeri orang baru rasa jadi orang.
Time tu, sorang classmate bangun perkenal diri. gaya sempoi, muka Pan-Asian, free-hair and cun. sekali keluar loghat kedah pekat. salute! memang pekat nak mam.
Terus budak-budak class aku panggil dia kokdiang-kokdiang. especially time dia nak perkenalkan diri most every sem untuk most lecturer yang baru mula mengajar. highlight kat sini, dia bukan dari Kokdiang.
Maybe classmates aku pukul rata anggap semua yang pekat loghat Kedah is from Kokdiang. kesian kot. yang sorang lagi calssmate aku yang pekat Perak-nya tak pulak kena cop Perak-beko (pronounce with lidah perak tergeliat).
So aku agak kekeliruan. adakah Kokdiang tu tempat paling ulu sampai ape-ape perumpamaan, metafora, semua misti relate kat Kokdiang. Makcik dari Kokdiang, awek kampung dari Kokdiang.
2 comments:
kokdiang kedah ? hehe . selalu nya kalau memang dah asalnya dari negeri tuu , memang bahasa nya pekat laa .
sy pun pernah org cakap dr kokdiang sbb sy cakap pekat. padahal bahasa kokdiang tak sama sangat dgn bahasa saya. btw, sy org sungai petani dan berbangga jd anak kedah. hihi
Post a Comment