10 January 2013

Buat Terok #3: Mak tak kasi

Assalamualaikum.

Mak aku selalu larang benda yang tak elok means jangan buat benda-benda yang tak elok kat mana-mana pon lah. banyak yang aku redah je tak ikot pon larangan mak aku.

Tapi masa aku sekolah rendah, aku ade jiran cum my classmate. dia ok cuma satu hari aku rasa dia tak ok. haha

Satu hari tu tiba bila aku tak datang sekolah. malam tu aku datang rumah dia nak usha homework. padahal aku ni takde lah baik sangat nak buat homework tu kalau dia ade belas kasehan mesti dia kasi aku tiru.

Tapi agak-agak lah dia boleh jawab "mak kite tak kasi tunjuk homework kat kamu."



Tak beragak betol kau ni. takkan setakat homework pon mak kau tak kasi tengok. bukan aku nak tiru padahal niat asal begitu. aku tahu lah aku ni bodoh dulu-dulu. takkan kau tak pikir nanti aku dah besar aku pandai, aku buat belog aku reveal kesah kau kat sini. like kau kesah?

Lantak kau lah. aku terpikir nak guna teknologi yang ade waktu tu. iaitu, tawakal. pergi sekolah esok hari then bila cekgu tanya kenapa homework tak siap, aku point dia boleh. tapi aku tak pilih teknologi tu.

Aku budak baik tak sampai hati pulak nak menyerongkan pandangan kawan-kawan pada dia. padahal dia dah buat terok dengan aku! mak tak kasi jebontot lu.



Mak aku selalu pesan jangan buat ape yang Allah tak kasi je. takde pulak mak aku pesan "jangan kasi homework kat classmate yang tak datang sekolah keyy."

:)


1 comment:

Cerita Saya, said...

Kita pun kena macam tu dulu. Lepas kawan buat macam tu terus kita tak tegur dia mintak tlg ajar pun kita buat bodoh je. Kau kan pandai, kau boleh buat semua. Hahahha. Kejam kan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...