31 May 2011

Novel of the year

Aku rasa terganggu pulak bila tak habiskan bacaan novel thriller ke 4 selepas Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta. sekarang yang terbaru Sutera Bidadari. 



Siapa tak kenal Laksamana Sunan



Cerita ini terbahagi kepada empat kisah yang saling terkait antara satu sama lain. Saifudin @ Laksamana Sunan tetap menjadi tunjang utama pengisahan ini. Tiga lagi menceritakan tentang Taghut yang menyusuri asal-usul apabila telah lenyap kesaktiannya. Dilanjutkan lagi mengenai Sang Dewi yang mendiami negeri Inderapuri dalam lingkaran Hindi, yang tanpa jemu menyeru Saifudin agar mampir ke sebuah belantara nan luas. Sang Dewi merupakan makhluk sumpahan. Dan akhirnya dibentangkan pula cerita tentang Saifullah di abad ke 21 yang dikenali sebagai pewaris khazanah Maryam – menjejaki Catatan Maryam dan Keris Nanggroe yang telah dicuri oleh Elizabeth.

Pada tahun 1511 – Saifudin bersama Panglima Awang Bagan, Maryam, Luna, Sadik dan anak keponakan arwah Djailuh yang bernama Abdol Rohman telah melakukan pelayaran ke Negeri Atas Angin untuk memburu si Taghut durjana. Semasa mengharungi pengembaraan inilah banyak pancaroba yang terpaksa dihadapi sehingga hampir-hampir melumpuhkan kudrat Saifudin. Dalam Sutera Bidadari banyak watak utama yang dimatikan dengan bersebab. Watak hero tidak selama-lama bertahan kerana mati itu pasti, hidup...insya-ALLAH. Bagaimana pun muncul pula watak hero pada abad ke 21. Sebenarnya...inilah kelazimannya rentetan perjuangan yang benar-benar mengharapkan keredhaan ALLAH TA’ALLA. Sementara watak Haryani pula menjadi watak undangan sahaja dalam Sutera Bidadari.

Seperti novel-novel saya yang terdahulu – banyak kejutan bersifat saspens terbentuk dalam Sutera Bidadari. Bahkan kali ini turut membentur emosi kerana jiwa dan fikiran itu saling sealiran dalam menghadapi erti kehidupan. Maka itu bukan kejayaan kita sebenarnya apabila meraih sebarang kesuksesan dalam merealisasikan penghidupan ini melainkan dengan hanya izin ALLAH semata-mata. Sebab itu...pujilah ALLAH dan kita tidak akan kehilangan jiwa. Sutera Bidadari tidak ketinggalan dihiasi dengan cinta kerana rasa hati itu sangat membahagiakan sesiapa sahaja. Selamat membaca Sutera Bidadari kelak dan sabarlah menunggu Sunan anda kembali ke minda kita semua. Yang baik adalah teladan untuk kita. Yang buruk kita jadikan batasan agar kita tidak tergelincir dengan permainan dunia ini yang sangat bijak berdusta.


Dipetik dari Ramians


Nasib je duit ptptn masuk lambat. terpaksa hold dulu nafsu nak bershopping. siapa yang dah baca boleh lah kongsi dengan aku.. ade yang nak bagi pinjam pun bolehh

Gempak lah karya novel kali ni siap ade promo macam movie baru.



27 May 2011

Masa berlari keluar

Kurang dari 24jam lagi kena kembali ke Merbok untuk menghabiskan sisa semester sebelum dapat diploma.

Bukannya tak bersemangat tapi rasa macam cuti sekejap sangat. tapi dok rumah lama-lama naik bosan la jugak. tu pun cuti sem tak sampai sebulan. ade la dalam 28 hari.

Ni belum di kira dengan hari aku kena outstation kena pergi beli butang seluar abah aku yang tercabut sebab perut dah buncit. kena beli daun kari masa mak aku rajin masak kari kepala ikan. plus kena teman adik perempuan aku beli cekak rambut dia yang patah sebab dipijak oleh orang yang sakit hati dengan dia. siapakah?

Tolak tambah semua tu ade la dalam 20 hari je aku dok kat rumah.





So, dengan masa yang masih ada sisa-sisa , aku perlu ke pekan nak beli barang-barang. 



Pekan Batu Gajah yang harmoni T_T

dhaaa



26 May 2011

Contest edit gambar Eva!

Selama ini aku keje edit gambar sendiri , sekarang nak cuba nasib edit picture orang.


Saksikanlah..



Ni bukan gambar yang aku edit.

Penganjur contest yang punye banner : Miss Eva

 Kelik banner untuk ke belog beliau. Ramai-ramai meriahkan contest abad ini!

Bawah ni baru lah gambar yang aku edit atas kebenaran Eva sendiri.



Kempen kesedaran hijau terbaik dari gudang!!




24 May 2011

Saat terakhir

Salam takziah

Dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat sabtu lalu, kira-kira pukul 2.30 petang seramai 49 orang penghuni tengah mangadakan latihan nasyid dan ada yang menghias dewan untuk majlis sumbangan derma dari Finas yang akan berlangsung pukul 5 petang itu.



Gambar terakhir yang di ambil sebelum kejadian


Aku bace newspaper siang tadi sedih sangat sebab salah seorang sukarelawan yang paling awal tiba masa kejadian tu cakap : dua beradik yang maut tu , mayat mereka tiba-tiba berbau harum. 

Orang-orang kat situ berpandangan , terus mengalir air mata mereka. Dua beradik tu pulak merupakan tahfiz. 


Al-fatihah

23 May 2011

Cinta kedai kopi

Elok je kaki Atiqah (bukan nama sebenar) melangkah masuk kedai Pak Pong Pak Mustape , ada seorang abang polis tegur Atiqah. Abang polis tu pakai uniform polis , tu yang Atiqah tahu dia seorang polis. kalau tak silap Atiqah, kat uniform dia ada tulis nama Hakim (pun bukan nama sebenar). ok..

Hakim tunjuk isyarat cawan ke mulut. Ajak minum la tu. Atiqah senyum je. niat Atiqah just nak beli kuih lempoyang yang chek kiah letak kat kedai ni pagi-pagi buta.

Dah selesai beli , Atiqah pun blah. dalam hati masing-masing , semoga ada pertemuan kedua.


Adegan seterusnya aku tak tahu. ni lah set pengambaran percintaan mak dan abah aku bermula. sebab tu aku guna bukan nama sebenar. motif tak guna nama Encik Yahya and Puan Nor Lida , saja nak bagi surprise.  Happy anniversary yang ke 21 mak dan abah.


21 May 2011

Yuk minum tea sama coffee

Apehal tiba-tiba sleng Indonesian malam-malam gini. siap ajak minum tea.


Sebab.. aku excited ade seorang blogger dari Indonesia comment entry aku. mulanya aku comment kat entry dia yang cerita pasal trip dia kat Singapore langsung ke Malaysia, Kuala Lumpur.

Macam mana aku boleh follow belog dia? al-kisah, aku google fashion muslimah. ade pulak picture dia. sopan dengan gaya dia yang tersendiri.




Blogger tealovecoffee said...

cute wedges! ayo beliii :D
hehe saya juga suka beli baju, tampak bagus di patung tapi tak cocok dipakai saya :P

BTW, I'd love to go to KL again ^^
May 21, 2011 11:05 AM
Delete

Blogger faY said...

kamu kan designer. design sendiri mesti nampak cocok!

do visit KL again.

it's malaysian's pleasure..
May 21, 2011 8:26 PM


Tengok dari default picture dia sangat sempoi orangnya. hahaha


Terjah belog cinta tea coffee


Bukan orang sebarangan.

Terima kasih sudi singgah gudang bersepah saya ni cik tia =) 

19 May 2011

Dengar woi



Lama dah tak layan lagu ni. sekali sekala exercise lidah nyanyi lagu laju-laju ni. aku memang tersayat hati kalau dengar lagu ni. terbaik dari gudang!! suka sangat-sangat. sekarang mana ade main dah lagu-lagu macam ni. nasib baik ade youtube.

16 May 2011

Thats why my Ex is still my Ex

Sebagai orang perempuan, aku mestilah claim diri aku amat memahami naluri perempuan.


Dah nama pun perempuan mesti kita ada pandang serong kat bf kita sendiri. berperang dengan perasaan sendiri untuk make sure yang bf kita memang confirm dah lupakan ex dia yang dulu. ape? bf kau takde ex? so, kau tengah bersaing dengan mak bf kau sendiri. mesti dia anak mak sebab tu takde gf sebelum ni. anak soleh gitu. ye tak?




" dalam kepala otak kau ade nama ex kau lagi kan! "


Korang dalam situasi bahaya means tendency untuk bf kau kembali kepada ex dia balik adalah:



Ex dia masih hidup.

Kalau ex si mamat dah meninggal, ape kes kau nak touching bila si mamat teringat arwah ex. confirm-confirm ex si mamat bukan persaingan kau dah.

Kalau ex si mamat hidup lagi , kemungkinan si mamat ingat kat dia tu ade la. mungkin tiba-tiba dia teringat "dulu masa aku dengan si minah, dia tak buat aku macam ni pun. sekarang dengan peah berani dia buat macam tu kat aku"
Atau "dulu masa dengan si minah dia tak kisah pun aku buat macam tu. dengan si peah sekarang ni banyak pulak tak boleh dia ni"


Waspada lah korang ye. Kekadang kita selalu dengar nasihat dari magazine : depan si mamat jangan kita bandingkan dia dengan ex kita.


Realitinya tiada sape pun suka diri kita di bandingkan apetah lagi dengan orang yang pernah hadir dalam diri si mamat sebelum kita.

Ex si mamat adalah orang yang dia adore.

Mungkin si mamat dengan si minah pisah sebab si minah curang. kemudian si mamat couple dengan kamu. si mamat cuba nak lupakan si minah dengan couple dengan kamu la kut or memang si mamat fall in love betul-betul dengan kamu. tapi relitinya ex si mamat yang dulu tu adalah minah yang di cari selama ni. hot , comel , macam model. 


Situasi macam ni , bila tba-tiba si minah which is ex si mamat ni insaf atau dah berubah untuk setia pada si mamat je , tak mustahil si mamat nak kat ex dia balik. 


Kamu memang tak boleh nak compete dengan ex si mamat ni dah melainkan si mamat dah set dalam kepala otak dia yang aku takkan terima si minah even dia melutut depan aku. T_T mahunya kalau ex dia Hanis Zalikha..? si mamat tu tak mahu terima balik? tipu.




Ex si mamat tak sukakan hubungan korang.

Kes ni ade jugak jadi kat member aku. teruk gile si minah tu buat kat kawan aku. tak senang jugak la hidup kawan aku. si minah tu siap kacau family kawan aku , call tiap-tiap hari cerita bukan-bukan pasal kawan aku dengan si mamat.

So, kita tak boleh nak expect si minah akan redha je hubungan korang. macam-macam dia boleh buat. ugutan bunuh, sihir, fitnah and etc.




Tapi ade pulak aku jumpa kat fb si mamat revenge kat ex gf dia. memang fb khas untuk letak gambar ex-ex dia orang yang curang. konon frust gile.

15 May 2011

Wedges terbaik dari gudang

Bila aku rajin , selalu jugak la aku ngendap online shop kat belog mahupun fb.


Dah beberapa kali jugak aku shopping online. sebab utama aku suka shopping online : kemungkinan untuk jumpa dengan orang yang pakai baju or kasut sama dengan kita tu kurang.


Ni aku nak show kasut yang aku rase lawa-lawa.


Nasib je duit aku kering kalau tak , aku grab dah.




Setakat 3 inch setengah ape ade hal?



Aku sangat suke material dari baldu



Suke-suke!



Nampak sopan kalau pakai dengan baju kurung



Untuk sape-sape yang berani mencuba







Sila ke fanpage Princess House


Kat situ ade kasut yang setinggi-tinggi alam sampai yang flat shoe pun ade. 


Kalau baju aku suka shopping kat Cute Korean Style and Butik Alamaya






Aku pakai memang la lain macam sebab aku bukan model T_T

ok dhaaa 

14 May 2011

Cermin usia

Tiba-tiba hari tu kawan aku boleh terbukak cerita pasal cermin. katanye kalau kita ngadap cermin selalu , muka kita nampak lebih tua dari usia sebenar. itu kata dia.





Kalau betul apa yang dia cakap , habis la. aku ni pantang tak tengok cermin. rasa macam tak lengkap je kalau keluar rumah tak bawak cermin besar tapak tangan. 


Satu kisah pasal cermin jugak. mungkin cermin ajaib? 


Satu hari kat kampung, mak aku and adik bongsu dia yang aku panggil mak su sembang-sembang kat bilik depan satu cermin ni.. taraaa sound mode seram.

Oleh kerana mak su aku plan tak nak pregnant dah, mak aku bergurau lah suruh dia pregnant lagi. kali ni biar dapat kembar so cukup la 4 orang tak payah pregnant dah. ok? mak su aku gelak-gelak je. mak aku tambah lagi. "kalau jadi betul-betul, salah sorang kembar tu kasi kat aku. haha"


Ni bukan khurafat tapi sembang kosong mak and mak su jadi nyata. padahal dalam susur galur kedua-dua belah mak aku and laki mak su aku tak ade pulak genetik kembar. rezeki diaorang la tu.


Maka lahir lah si kembar yang sihat di bawah jagaan mak su aku. mak aku punye gurauan nak salah sorang kembar tu tak termakbul. taubat mak su aku nak bagi!




ok dhaaa  

11 May 2011

Menyusukan si kecil dalam bertarung nyawa

Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga.


Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.


Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang. Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan.

Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.





Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah...

Sebak yg amat sangat di dalam dada…betapa besarnya kasih sayang seorang ibu tadi walaupon ketika berada di hujung nyawa tetapi masih sempat menyusukan si kecil sebagai ingatan terakhir buat dirinya sebelum mengucapkan "selamat tinggal anak ku...ibu pergi dulu ye sayang".


Sumber berita tidak diketahui tapi aku dapat article ni dari kawan di fb. bukan setakat tersentuh dah, tersedu-sedu la jugak aku bace cerita ni. 

Guna bukan sebarangan

Hari ini adalah segmen bersama 'Pakar Kulit Jauh Import Mari Untuk yang Bertuah Saja'.


Hari tu aku ada tegur sorang kawan aku yang tak kurang hebatnya dalam menjaga kulit. kalau dia pakai sesuatu produk , dia akan guna whole set. means, dari toner, cream siang, tengah hari, petang, malam, pencuci sebelum mandi, lepas mandi, scrub. pendek kata semua dia beli. nak make sure ia berkesan katanya.


Ia memang tak salah kalau nak pakai semua set tu. kalau guna dari produk yang berbeza pun tak ape janji sesuai dengan kulit muka. 


Yang aku  nak focus kan kat sini ialah pemakaian scrub. 





Scrub terfamous seantero donia.. St. Ives Swiss Formula. ape perkara yang korang kena make sure before keep use scrub regularly is.. muka bebas dari jerawat. sebab kalau muka masih tak pulih dari jerawat or ade jerawat baru nak tumbuh, pastu korang pakai scrub akan merosakkan lagi keadaan muka. itu la yang aku tegur kat kawan aku. dia dok heran 'pasai pa aku dok pakai produk baguih punya complete , tak hilang jugak jerawat'.



'Macam mana nak hilangkan jerawat?'






Keistimewaan St. Ives sebab dia natural. memang korang akan heran 'apesal tak macam cleanser eh?' yela sebab dia natural itu yang tak banyak buih macam cleanser yang lain. 


Additional info: kulit kita kering sebab buih dari cleanser telah mengeringkan kelembapan kulit muka. so, kulit akan hantar maklumat ke otak yang 'eh kulit muka aku kering ni, tolong lembabkan muka aku cepat.' otak pun bertindak dan kelembapan yang dihasilkan menyebabkan munculnya minyak di kulit muka. so penyebab kepada kulit berminyak pulak dah.


Jadi, bila jerawat dapat di atasi, scrub boleh di guna pakai untuk penjagaan pori-pori in case kalau pakai make up lama-lama , tak lah menjejaskan kulit. ok?

Dhaaa  



09 May 2011

Cool koleksi blogger guna header

Belog yang di kelola oleh cikgu wan sangat superb. boleh aku promote belog sendiri. muehehe





Kalau kelik header , terus view belog cikgu. cikgu boleh buh header kita..

Artis baru pandai cover

Artis ni korang memang tak kenal. hahaha artis baru nak naik. dari program realiti Tetamu tak Diundang Mai Rumah Orang Buat Rumah Sendiri. ni lah juara yang kita cari.






Ceritanye gini : wartawan nak interview cik artis ni.
Cik artis bukan main posing mosing , sekali wartawan ni record. tu yang jadi cenggitu. cik artis ni pandai cover bila tau wartawan tengah record bukan snap picture cik artis.


Dialog tak dirancang: Hai saya mak bedah tau. 'speck mata' saya ni macam orang kaya kan. pakai memang romantik tau. 'speck mata' ni warna hitam. tudung ni macam fashion-fashion kan. jadi saya pakai nampak hitam kan. bukak ni boleh cuci blablabla

08 May 2011

A day in my life

Dah lame tak update tiba-tiba muncul entry a day konon. mula-mula bz dengan final exam. tapi tu dah settle almost dua minggu? aku dengan berkobar-kobar nak update kat rumah , hilang terus mood bila tenet tak buleh connect. sekarang dah boleh. so aku berjalan dengan SAN boleh buat modal buh kat belog. ape kena mengena daa




tuan puteri dari kayangan


SAN snap dari luar kereta. aku dok tengok maharaja lawak sorang-sorang kat laptop dia. kihkih




yang lain aku boleh edit tapi tang buncit tu sorry.. kahkahkah




tangan tak pro snap memang ke laut




sekarang aku dah mula lapar. nak pergi makan

* SAN dok bebel ape



chop chop







aku punye yang sikit tu je. orang kurus makan sikit



Habis hilang anggun makan black pepper chicken chop kat food court Jusco. kalau SAN makan, usah risau memang belemoih dah.

Sebenarnya SAN dah kurus banyak kalau nak beza dengan dulu-dulu. kang tak pasal-pasal orang pikir SAN tak bahagia dengan aku. kahkahkah 

 ok dhaaa    

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...