27 March 2013

Antara ralit dan larut

Assalamualaikum.

Semakin aku mengabaikan belog ni, semakin sakit hati aku bila tengok laptop ni. mungkin atau memang takde kena mengena tapi bila tengok laptop ni macam takde menyumbang ape-ape, baik lah aku biar dia menyala dan refresh setiap saat di belog sendiri.


























Aku adalah manusia bersifat tak boleh melakukan kerja dua benda dalam satu masa. apabila aku melakukan kerja ini, yang itu akan tergendala. dan begitu lah sebaliknya.

Seperti sekarang, aku tengah menaip entry tanpa mempedulikan baju yang kosong untuk di saratkan dengan manik. aku enjoy buat manik sebab aku boleh expresskan seni membarontak di situ. hahaha tapi soft amuk lah. kalau yang hard core, tak jadi baju pantin, jadi baju funeral.


























Sepenuh tumpuan untuk baju pantin ini. bilakah giliran baju aku?

Buat Terok #11: Tapi..

Assalamualaikum.

Sejak dua menjak ni demam novel melanda kat rumah aku. maklum lah dapat beli sebeban buku ehsan kerajaan. hohoho

Sampaikan adik aku sangat sarkastik menjawab pertanyaan orang lain dengan satu ayat je. motif taknak hilang focus masa bace novel gamaknya.



Betapa pengaruh dunia novel tu besar kepada adik aku yang belasan tahun tu sampai dialog dia pun ada unsur novel.

Aku: Awat adik tak petik rice cooker tu? ingat nasik tu boleh masak sendiri ke?
Adik: Tapi..

Ayat dah lah tergantung, siap takde connection pulak tu dia punya alasan. darah tengah mendidih pun boleh suam.

Aku: Adik, boleh tak simpan baju-baju tu semua. kang poren landing atas baju ko!
Adik: Tapi..

Haih..

20 March 2013

Perut kempis

Assalamualaikum.

Baru sembuh dari diarrhea yang sangat terok. habis segala isi perut laju je keluar. sejak dua tiga hari sebelum diarrhea tu, aku memang makan non-stop. baru lepas makan, aku lapar balik. nak kata tak bace doa sebelum makan, dah bace siap doa sebelum makan, semasa makan dan selepas makan pon aku bace. hohoho

Tapi rasa release dah sebab selagi tak keluar segala toksin dalam perut tu selagi tu angin dok berperang gerila.

Rasa seksa lah sebab nikmat selera makan tu Allah tarik sekejap. makan ape pon rasa plain and tak lalu.


































A day before check in jamban, kami makan nasik minyak kat rumah kakak ex-classmate aku masa sekolah rendah. dulu used to be my best friend lah. sekarang tak best friend sangat sebab dah gang lain-lain tapi kalau jumpa sure borak payah berhenti. datang kenduri kawen tapi gambar pengantin tak tangkap pon. ape daa..

14 March 2013

Tepat terkena batang hidong

Assalamualaikum.


Tahukah anda.. sekian lama ayat-ayat ni aku nak karang tapi tak terkarang-karang sebab tak tahu macam mana nak explain. Sejak sekian lama dok berlegar-legar kat kepala hotak sampai menghantui tidur malam aku. seksa pulak rasa.

Nasib lah jumpa benda ni kat fesbuk so mudah lah aku nak terang situasi sebenar terutama aku yang mengalami. :)

Lega rasanya macam taik keras yang di teran keluar dengan jayanya..

























This is so true! so true! memang ini yang aku nak karang tapi satu gambar ni dah explain everything! thank kasih you all.

Heh. aku dah lama perasan perangai perempuan especially aku lah, macam ni. kalau laki kita buat silap, macam takde maaf bagimu. kalau dia sediakan alasan, siap lah kita boleh hujah sampai patah hujah dia. kalah peguam!

Tapi kalau kita buat salah, alasan kita pun tak mau kalah siap fire dia balek. kalau dia berani salahkan kita jugak, memang siap lahhh berak berdiri lah kau.

11 March 2013

Si anti-sosial

Assalamualaikum.

Aku lah tu yang tidak bersosial mampu menjangkau seminggu lamanya.

Hoi sape pilih D kau nak sailang aku ke. wakaka gila depa ni. jumpa benda di fb and sangat menyakat hati aku yang kurang bersosial.

09 March 2013

Aku berhiburan

Assalamualaikum.

Sejak dah tua, banyak kenangan masa budak-budak nak up dulu aku kenangkan. rasa nak sekeh-sekeh pon ade. ape yang mak aku larang kemain itu yang aku bentak-bentak nakkan. sekarang ni bila dah dapat macam petik jari je lansung tak pandang dah.

Memang rasa semua benda dah mudah sekarang. nak pergi mana-mana pon boleh. bila-bila masa dengan sapa. kalau dulu-dulu aku pikir benda yang mak aku larang tu samapi umor aku 18 je sure aku tak bentak-bentak (konon). sebab sekarang bila dah senang, antara malas and bebal je yang halang. mak dah tak kuasa nak larang anak dara lanjut usia ni. pandai pikir sangat kan.

Tetiba pulak kann petang-petang macam ni nak buat statement suam. hohoho semalam aku nonton wayang dengan Ella je berdua kami melulu ke TGV station 18. kami kompius kejap nak tengok Giant or Oz. aku pilih Oz sebab Mila Kunis jadi jahat. so dua jam nonton, memang best!


























Rasanya ni dah tiga kali aku and Ella buat style terkejut tergempak punya planned. sebab plan yang spontan selalunya menjadi.

Habis je movie tu, kiteorang pergi lah toilet TGV. perghh detail punye story. ade motif sebenarnya aku cerita hal jamban. ok begini, dalam salah satu jamban yang Ella masuk, ade dompet. terus kami pikir macam mana nak contact budak tu and belek-belek wallet tu kot ade medical card or ape-ape details dia tapi takde. dalam tu banyak jugak lah duit siap ade dua sampul BR1M lagi. kesian pulak kami dengan budak tu kan. so kami decide nak tinggal phone number kat counter kat TGV kot budak tu datang cari semula and option kami, nak kept wallet tu then hantar surat yang wallet dia ade kat kami.

Tapi counter TGV tu boleh simpankan sebab dalam tu ade IC diorang boleh contact tpi macam was-was pulak kami. kot depa buat sambil lewa je tak contact budak tu naya je. ade BR1M kot! mesti dia tengah kelupoq cari. hope dia datang balek kat counter TGV. alamat budak tu kat Selayang masalahnya. kalau setakat Ipoh ke Batu Gajah ke boleh gak cari. naseb kau lah budak..

07 March 2013

Hantu gigi

Assalamualaikum.

Benda paling aku tak pernah kesah lansung dalam donia ni selain politik, adalah gigi. walaupun masa kat UiTM ambik course politikus, ia tidak berhasil membuat aku peka pasal politik. samalah dengan gigi aku. sejak sem dua aku asyik saket gigi.

Masa tu gigi bongsu nak tumbuh, habeh tergenjat sistem pertahanan badanku. huuu mungkin sakit gigi lebih sakit dari sakaratul maut. wallahhualam tak pernah lah pulak aku dijemput sakaratul maut. tapi sakit gigi kan tersenarai top three saket yang Masya Allah..






























Mempersembahkan nightmare anda. dengan pagar berterabur ini aku tak pernah lah pulak rasa rendah diri. ade jugak sekali dua terlintas nak pakai besi tapi bila pikir balik siong kebanggaan aku akan lenyap, aku batalkan kejap. dua batang gigi terkeluar tajok bahagian bawah memberi peluang nasik dan isi ayam terlekat di celah-celahnya bakal hilang. aku batalkan terus hasrat nak pakai besi.

































Namun begitu aku mempunyai sepasang bulu mata yang mampu membuat Kak Rozi jeles. aku tak payah pakai bulu mata palsu seperti kau. aku ade ok. Kak Rozi tak mungkin ade.







Pesanan berunsur Hari Memperingati Keunikan diri ini di bawakan oleh aku. Be yourself for yourself. :)

03 March 2013

Tips untuk rambut cepat panjang

Assalamualaikum.

Aku bukan pakar dalam bab-bab ni. tapi selama 22 tahun hidup, aku gemar berambut panjang dari pendek. ade haritu, aku potong rambut bagi pendek sebab nak buat curl. motip tak di ketahui.


Tapi cepat je panjang lepas aku potong rambut tu. sebabnya, rambut kita ni macam tumbuhan lah kan. pokok-pokok kan tumbuh, macam rambut lah. so penjagaan dia lebih kurang sama je.

Rambut akan cepat panjang kalau kita selalu basuh means, time mandi kita basahkan rambut sekali. aku tak pernah skip mandikan rambut. kalau sehari tiga kali mandi, tiga kali lah basuh rambut. kalau ade duit lebih pergi lah salon buat rawatan. tapi aku tak pernah lah lagi. kan pokok kalau siram selalu cepat membesar, macam rambut lah jugak hohoho.

Lain pada tu, waktu tidur, release kan rambut tu. jangan lah ikat 24jam. aku memang tak hirau sangat pasal rambut ni. kadang-kadang satu hari tak bersikat. hohoho guna jari pon boleh.

Covered rambut memang bagus. terdedah pada matahari bukan je buat rambut rosak, tapi buat rambut kering so dia takde air nak suburkan akar rambut. pakai tudung tu memang dah terbaik!

Guna baja. pakai lah ape-ape minyak untuk suburkan kulit kepala. selain bagi ransangan pada akar rambut, dapar lah kuatkan akar rambut tu so tak lah rambut tu berguguran macam musim autumn.

DIY your rambut.








































































01 March 2013

Bulan Cinta

Assalamualaikum.

Ceh masa bulan Februari lansung takde perasaan nak rai cinta. masuk March, excited. tak tahu kenapa.

Tapi ade cerita bulan februari yang tertinggal. kawan lama, Kak Nad datang Batu Gajah. peh sampai jugak dia ke rumah aku. asyik aku je tandang rumah dia.

Bawak pergi round Ipoh sedas lepas tu balik rumah sambung gebang. bukan senang orang Penang nak datang Perak. dia datang bawak orang darah manis, Zyda. Zyda dah decide untuk aku design nikah dress dia. sangat humble ape aku cakap semua "ok. ok. ok." senang keje mak, nyah.

Si Zyda berdarah manis ape yang dia suka sangat tah. We olls kat kedai tunang dia makan bihun sup sedapp.

Terbeli macarons yang manis ni. bila pulak aku nak berdarah manis angannya makan macaron ni and rasa darah sendiri akan manis, sigh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...