30 April 2014

Hidup Tergantung

Assalamualaikum.

Motif aku baca novel ni selain nak hilangkan bosan dan memudahkan tidur, aku suka novel yang boleh bagi idea pasal hidup. So that boleh la bayang jadi heroin novel.

Tapi sakit hati pulak bila novel pon boleh buat cerita takde point. Kenapa kita bace novel sebenarnya? Sebab life dalam novel ending dia kita boleh tau. Baca muka surat pertama and last, terus dapat jawapan.

Tak sama macam hidup sebenar. Tak mudah nak dapat jawapan dengan skip satu muka surat pun.

Tu aku fedup kat novel yang haritu aku baca. Boleh pulak takde jawapan macam mana dia boleh terlepas hukuman gantung. Tapi still tak mengganggu story line but still mengganggu tidur aku. Awat dia tak kena hukum gantung?

Kalau nak cerita sekerat sekerat baik aku baca paper. Gossip contohnya. Sampai mati aku rasa tak dapat jawapan untuk jalan cerita depa depa ni. Antaranya

Memey dengan Norman Hakim kena tangkap khalwat tapi tak kena hukum ke ape ke. Depa betul berkhalwat?

Kenapa Adam and Fiza bercerai? Punca, macam mana, situasi?

Takde siapa boleh jawab, boleh kemuka cerita satu per satu. Kalau iye ade pon ia boleh di pertikai. Entah sahih entah auta karut.

Arghhh


What the FAY say

28 April 2014

Patut marah ke

Assalamualaikum

Ade satu point bila kita marah gila gila kat orang yang kita sayang. Tapi dengan rendah diri orang tu mengaku salah and menyesal ape dia buat.

Situasi: orang yang kita sayang tu lebih kepada kawan baik la. Sebab ni takde kaitan soal hati dan ego. Tapi lebih kepada sayang yang ikhlas.

Kesalahan: harming herself. Yep, tak melibatkan orang lain tapi terpulang kalau dia pon nak rasa terancam.

Aku dalam situasi harming myself.

So, aku paham dia nak marah gila gila dengan perangai aku yang satu tu. Tapi aku boleh je nak bentak balik. Kenapa perlu nak marah? Tak jejas kau kan? Tapi aku dengan muka penuh menyesal merayu dia maafkan aku.

Aku makin sesak kenapa dia nak act like that. Macam dia sangat menjaga etika. Like seriously, kau macam aku jugak. Kita sama.

Masa tu aku rasa tak berbaloi aku buat salah sikit je dengan kemarahan dia tu. Tak berbaloi.


What the FAY say

17 March 2014

Perasaan banyak rasa

Macam ikan siakap masak banyak rasa. (title combo with entry)

Tambah tambah perasaan perempuan macam aku. Variety dan aneka rasa. Tapi ade satu rasa tak terjelas dalam kepala otak. Mungkin makan kepala ikan banyak sangat sampai hilang normal pemikiran otak manusia.

Aku pulak suka la pikir deep padahal tak masuk exam pon. Lepas tu ape yang aku pikir tu mustahil ade jawapan. Kalau ade jawapan pon entah betul entah spekulasi.

So, persoalannya siapa ada jawapan untuk soalan aku. Aku tulis sini habis sini key.

Persoalannya, Shamsul Yusof memang nak sangat sangat kat Putseri Sarah tu eh? Hmmm


What the FAY say

10 March 2014

Seni menjawab

Assalamualaikum.

Ni pon antara post yang aku tak sure aku pernah ketengahkan di belog ini atau diketepikan. Tapi sebab isu berbangkit dalam otak, kita kasi chan borak sini.

Aku tak sure la sejak bila aku dah start pasif bila mak tengah berleter berkilo kilo. Dulu zaman darah muda aku ada la bantah or defends diri time mak main tembak je. Yelah, salah orang lain pon aku bboleh terbabit sama. Tapi silap besar wei makin berjela pulak karangan mak aku. Plus kena chop menjawab plus bekas tapak kaki kat perut. So aku ni kan anak sulung pulak lagi lah makan garam ayat "menjawab tu bahaya. Baik diam for your own sake."

It works la jugak. Mak duk bebel bebel supa hantar voice wechat. Bebel sorang sorang tak ke bosan. Lama lama bebel dia makin sekentot macam angin lalu je. Seriously, aku buat derk je masa mak aku dok berleter. Tapi ape yang dia berleterkan tu masuk kepala and aku berdialog dalam kepala jela. Buat style serang hendap je malas nak bising. Lagipun memang aku salah.

Tapi makin lama mak dah jadi kawan pada kiteorangadik beradik sebab dah pakat nala punya besaq kalah mak. Siap mak pun kami adik adikkan. Kena dengan mood dia la. Kalau tak, kena jugak chop kuajaq. Tapi thank god adik aku si pipah ni memang di lahirkan dengan seni menjawab kot. Kalau mak aku berleter, dia boleh fire balek tapi buat versi lawak so boleh patahkan hujah mak yang bak bebola api.

Seriously aku pon tak terjangka kadang tu ape yang keluar dari mulut si pipah. Dah la lawak plus masuk akal plus boleh kena penampar kalau mak zaman dulu kala. Tapi mak zaman ni dah kami adik adikkan wakaka


What the FAY say

04 March 2014

Sembang kalau

Sorry for gambar sejambak. Rasa ala ala Anzalna.

Assalamualaikum.

Biasa dengarkan orang tak boleh terima hakikat mesti keluar ayat "kalau lah aku tak keluar malam jumaat lepas, mesti aku tak kena jangkitan sembelit".

Sembang kalau ni, cicak pon boleh beranak. Tapi nak buat macam mana dah tu je ayat paling sedap. Takkan nak cakap kat diri sendiri, "beruntungnya aku dijangkiti sembelit". Berapa banyak yang terus merasa hikmah setiap kejadian. Paling kurang pon hanya sedar hikmah suatu kejadian bila hikmah tu terbentang depan mata.

Memang manusia takkan pulih dari sakit ni. Sakit tak pernah cukup. Aku pon biasa la takkan nak cakap bagi pihak orang lain. Tak lari banyak pon same je kita manusia. Kadang memang rasa hidup ni tak adil. Kejadian kita tak seadil kejadian orang lain.

Kenapa ada orang tu tak payah berabis duit untuk cantik. Macam aku, aku kena makan collegen kulit, pakai serum, tempek bedak sejuk. Ada yang tak jaga muka langsung siap tidor dengan mekap tapi kulit halus macam bontot beby.

Lepas tu aku muhasabah diri balik. Maybe dia habis duit tang lain. Dia kena bagi anak ikan dia duit ke kan sapa tau. So, aku pon sambung lah tempek bedak sejuk kat muka.


What the FAY say
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...