25 April 2011

How can..?

Aku suka mencapap aku punye link belog kat fb. hehe cari publisiti la tu. setiap kali aku update , aku post kat fb jugak. suatu hari tu macam biasa aku post link , ramai pulak respon.




‎; http://faypunyesan.blogspot.com/ 
Saturday at 19:20 ·  ·  · 

    • Immie Rahim fatin kte suka tgk blog kamu..:)
      Saturday at 21:25 · 

    • Fatin Adila ‎; makaseh immie. tp blogger cekang ade kt cmpus kamu kan.. irine nadia marcello?
      Saturday at 22:40 · 

    • Immie Rahim hah!! sape tue? xknl pun..
      Saturday at 22:57 · 

    • Fatin Adila junior kamu laa ni link :
      Saturday at 23:31 · 

    • Immie Rahim xdpt pun linknye..
      Yesterday at 00:34 · 

    • Fatin Adila huhuhu owg type bnyk kali tamo kua.
      Yesterday at 08:33 · 

    • Immie Rahim owh..dia budak part 2 tp xknl la dia..tp blog kmu lg best la..dia famous ke?
      Yesterday at 10:12 · 

    • Fatin Adila ‎; weh blogger cekang kot. sgt feymes!
      Yesterday at 15:24 · 

    • Immie Rahim yeke??? xknl la..serious xthu kot..kte bkn blogger mcm kmu..hehe
      Yesterday at 15:38 · 





Oleh sebab aku bagi link belog irine tapi tak keluar pulak kat comment tu , aku post kat wall immie link belog irine. aku rasa immie dah view tapi dia tak kenal jugak. haih habis effort aku nak ingatkan dia kat junior dia ni ha. rupa macam aku yang satu campus dengan irine.


3.jpg (1600×1200)

Munge tengah-tengah tu irine ya


Irine tu pulak satu class dengan sepupu aku. Along gemuk a.k.a zharif. tapi si zharif tu immie kenal la pulak.
hihi immie kalau baca ni jangan marah. 



198922_114918578587165_107908305954859_133588_6556694_n.jpg (720×480)

Gemok tu sepupu aku. 

Ok itu je dhaaa  ❤

22 April 2011

Diet mengikut jenis darah ☺

Aku mahu berkongsi dengan ape yang dah aku bace ya. tapi korang kena tahu jenis darah korang lah. aku agak darah aku jenis O? aku pun tak sure. tapi tak pe , aku kasi untuk semua jenis darah ya.






Jenis darah O
Profil diet: Protien tinggi iaitu suka makan daging.


Makanan yang membantu korang mengurangkan berat badan : rumpai laut. yerkk? makanan laut. ikan kut. garam , hati , daging merah , bayam , brokoli and kubis daun. Korang memerlukan diet yang protien tinggi dan rendah karbohidrat. (tak boleh makan nasik la ni..)
Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran mesti seimbang.


Musuh kepada mereka yang darah O adalah bijirin seperti jagung dan germa gandum.














Jenis darah A
Profil diet: Vegetarian


Makanan yang membantu korang kurangkan berat badan: minyak sayuran , makanan soya , sayuran dan buah nenas. Korang kena mengamalkan makanan yang memihak kepada buah-buahan dan sayur-sayuran. jangan curang ok.


Korang yang berdarah A ni memiliki darah yang lebih pekat dari kategori darah yang lain and sistem imunisasi korang lebih sensitif.


So , korang dinasihatkan supaya kurangkan atau jangan ambil produk tenusu , daging dan lemak haiwan.




Jenis darah B
Profil diet: Omnivor yang seimbang


Makanan yang membantu korang kurangkan berat badan: sayur-sayuran , telur , daging rusa (setahun sekali boleh?) dan teh. 


Korang perlu mengamalkan diet yang seimbang antara sayur-sayuran , buah-buahan , bijirin , daging dan produk tenusu.


Tapi korang kena hindari dari ambil ayam atau daging merah macam lembu dan itik yang berlebihan.








Jenis darah AB
Profil diet: Diet campuran yang seimbang


Makanan yang membantu korang kurangkan berat badan: tofu , makanan  laut , makanan tenusu , rumpai laut , sayur-sayuran dan buah nenas. (macam lebih kurang je semua)


Korang kena amalkan pemakanan vegetarian. hanya sekali-sekala korang boleh makan ikan , daging TAPI BUKAN AYAM , dan produk tenusu.








Tapi aku tak rela lah nak berdiet-diet. bak kate mak aku "selagi boleh makan , baik makan". takut nanti dah tak de gigi tak boleh makan dah.. huahua  

Info credit to creativeproduct✌



20 April 2011

Tamak menggoreng ☢

Frustnye tak dapat pergi hari persandingan member baik + kakak brutal bawak motor laju-laju + cikgu perosak. itulah kak ema. jiran aku yang akan kawin 1 MAY ni. actually dia dah booking aku untuk jadi pengepit dia sepanjang hari nak nikah and hari persandingan.

Aku siap sign MoU kira compem aku jadi pengepit kak ema ni. tapi itu cerita before jadual exam keluar.


Punca tak dapat pergi: 1 MAY tu hari last paper final exam. entah macam mane aku nak perform mase paper last tu. hati ofcoz kembang kembung dok pikir nak balik. 


Tapi dalam dok exited nak balik , exam pun makin dekat. aku memang dah prepare. kuali dah di beli. sudip pun dah beli. 



Kuali untuk menggoreng paper H.R. esok




Alatan-alatan menggoreng ya.



Barang-barang baik punye tapi entah menjadi ke tak resepi aku ni hah. kalau subjek agak tahap iron chef terpaksa aku guna resepi segera. 




Kalau aku guna resepi ni , memang kurang menyelerakan.
Examiner check paper aku mesti buang dalam tong sampah dulu pastu ambik balik.




Ok , aku dah dapat idea untuk kasi up sikit menu yang di goreng.
Kalau examiner check sure rasa sayang nak tinggal. 


Picture-picture makanan ni buat aku rase lapar. kalau aku , aku tak banyak cerita. meggi pun sodapp  ✌

17 April 2011

Sekejap tapi lama

Bila wifi buat hal , terbantut kisah cinta aku dengan belog untuk beberapa hari. mungkin almost a week? ok , weekend untuk study week punye ade dalam 5 hari. aku just balik rumah 2 hari. cukup ke? aku rase macam sekejap je , tak sempat nak buat ape. pade aku 2 hari tu sekejap. tapi cuba kalau kau kena pergi kursus or camp yang membosankan , 2 hari tu akan menjadikan hidup kau macam 2 bulan di penjara??


Sempena kepulangan aku , family aku telah membelanja dinner di marrybrown. wah! perasan pulek. bukan sebab kepulangan aku ni ha. sebab tiada sebab. saje makan kat fast food restaurant sekali dua kala.




zoom in!



zoom out! ok takde sape layan



save budget la tu..







aku snap picture ni. 



so , kau snap picture aku balik.


Nak kena balik dah.. nak buat persiapan untuk final ya. gud luck semuaaa   ◕‿◕

08 April 2011

Bermain dengan matahari ☀

Aku nak perkenalkan kepada korang satu benda ni yang aku kenal dari orang terkenal so that korang juga dikenali. memperkenalkan..



 Mari bermain dengan encik matahari






Kalau korang adalah seorang yang aktif bersport , jika korang seorang critical student yang kena berjalan dari bilik nak ke class di bawah terik matahari tapi malas nak bawak payung. ape lah UiTM ni tak pasang bumbung sepanjang jalan kan kulit aku dah gelap.


I tell you laa kalau korang amalkan pakai sunblock , kulit korang akan lebih sekata tonenya sebab matahari takkan burn kulit muke korang yang terserlah tu. means , kalau korang pakai spectacles , kulit muka kat bahagian lain akan lebih gelap dari bahagian mata yang dilindungi specs. Bukan critical student je ade masalah ni mey..




Kim Kardashian pun ade


Aku jugak ade masalah skin colour berbeza antara bahagian muka yang paling terserlah and bahagian yang tak terserlah which is bahagian yang di lindungi tudung. memang ketara. puncanya sebab berkawad tengah panas.


Kini tidak lagi dengan adanya sunplay. promote macam aku ni duta product la pulak.



Image jarak dekat aku kasi.


Keistimewaan : Korang boleh pilih dari SPF paling rendah hingga yang paling tinggi. aku promote SPF130++ sebab aku pakai ni loo. boleh pakai di darat dan di air. nak mandi kat pantai , apply dulu benda alah ni. langsung tak melekit sebab ia liquid. macam korang pakai toner je sunblock ni. sangat mudah.


Cara memakai : Selepas cuci muka bersih-bersih , sapukan toner. lepas toner di muka korang kering , sapu lah sunplay ni. tapi bagi yang pakai foundation , pakai dulu foundation , biarkan kering baru sapu sunplay. apply biar rata kat muka korang.
lepas tu korang nak bubuh blusher , shimmer , eyeshadow , darkshadow and segala benda yang boleh di tempek , korang tempeklah.
Tetapi. mesti ade tetapinya. sunblock mestilah dipakai 10-15 minit sebelum bermain dengan matahari.

For those yang biasanya berada dalam lingkungan air-cond je setiap hari tanpa perlu berada di bawah matahari , hahaha rugilah tak dapat main dengan matahari. ツ
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...