11 May 2011

Menyusukan si kecil dalam bertarung nyawa

Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga.


Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.


Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang. Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan.

Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.





Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah...

Sebak yg amat sangat di dalam dada…betapa besarnya kasih sayang seorang ibu tadi walaupon ketika berada di hujung nyawa tetapi masih sempat menyusukan si kecil sebagai ingatan terakhir buat dirinya sebelum mengucapkan "selamat tinggal anak ku...ibu pergi dulu ye sayang".


Sumber berita tidak diketahui tapi aku dapat article ni dari kawan di fb. bukan setakat tersentuh dah, tersedu-sedu la jugak aku bace cerita ni. 

Guna bukan sebarangan

Hari ini adalah segmen bersama 'Pakar Kulit Jauh Import Mari Untuk yang Bertuah Saja'.


Hari tu aku ada tegur sorang kawan aku yang tak kurang hebatnya dalam menjaga kulit. kalau dia pakai sesuatu produk , dia akan guna whole set. means, dari toner, cream siang, tengah hari, petang, malam, pencuci sebelum mandi, lepas mandi, scrub. pendek kata semua dia beli. nak make sure ia berkesan katanya.


Ia memang tak salah kalau nak pakai semua set tu. kalau guna dari produk yang berbeza pun tak ape janji sesuai dengan kulit muka. 


Yang aku  nak focus kan kat sini ialah pemakaian scrub. 





Scrub terfamous seantero donia.. St. Ives Swiss Formula. ape perkara yang korang kena make sure before keep use scrub regularly is.. muka bebas dari jerawat. sebab kalau muka masih tak pulih dari jerawat or ade jerawat baru nak tumbuh, pastu korang pakai scrub akan merosakkan lagi keadaan muka. itu la yang aku tegur kat kawan aku. dia dok heran 'pasai pa aku dok pakai produk baguih punya complete , tak hilang jugak jerawat'.



'Macam mana nak hilangkan jerawat?'






Keistimewaan St. Ives sebab dia natural. memang korang akan heran 'apesal tak macam cleanser eh?' yela sebab dia natural itu yang tak banyak buih macam cleanser yang lain. 


Additional info: kulit kita kering sebab buih dari cleanser telah mengeringkan kelembapan kulit muka. so, kulit akan hantar maklumat ke otak yang 'eh kulit muka aku kering ni, tolong lembabkan muka aku cepat.' otak pun bertindak dan kelembapan yang dihasilkan menyebabkan munculnya minyak di kulit muka. so penyebab kepada kulit berminyak pulak dah.


Jadi, bila jerawat dapat di atasi, scrub boleh di guna pakai untuk penjagaan pori-pori in case kalau pakai make up lama-lama , tak lah menjejaskan kulit. ok?

Dhaaa  ☢



09 May 2011

Cool koleksi blogger guna header

Belog yang di kelola oleh cikgu wan sangat superb. boleh aku promote belog sendiri. muehehe





Kalau kelik header , terus view belog cikgu. cikgu boleh buh header kita..

Artis baru pandai cover

Artis ni korang memang tak kenal. hahaha artis baru nak naik. dari program realiti Tetamu tak Diundang Mai Rumah Orang Buat Rumah Sendiri. ni lah juara yang kita cari.






Ceritanye gini : wartawan nak interview cik artis ni.
Cik artis bukan main posing mosing , sekali wartawan ni record. tu yang jadi cenggitu. cik artis ni pandai cover bila tau wartawan tengah record bukan snap picture cik artis.


Dialog tak dirancang: Hai saya mak bedah tau. 'speck mata' saya ni macam orang kaya kan. pakai memang romantik tau. 'speck mata' ni warna hitam. tudung ni macam fashion-fashion kan. jadi saya pakai nampak hitam kan. bukak ni boleh cuci blablabla

08 May 2011

A day in my life

Dah lame tak update tiba-tiba muncul entry a day konon. mula-mula bz dengan final exam. tapi tu dah settle almost dua minggu? aku dengan berkobar-kobar nak update kat rumah , hilang terus mood bila tenet tak buleh connect. sekarang dah boleh. so aku berjalan dengan SAN boleh buat modal buh kat belog. ape kena mengena daa




tuan puteri dari kayangan


SAN snap dari luar kereta. aku dok tengok maharaja lawak sorang-sorang kat laptop dia. kihkih




yang lain aku boleh edit tapi tang buncit tu sorry.. kahkahkah




tangan tak pro snap memang ke laut




sekarang aku dah mula lapar. nak pergi makan

* SAN dok bebel ape



chop chop







aku punye yang sikit tu je. orang kurus makan sikit



Habis hilang anggun makan black pepper chicken chop kat food court Jusco. kalau SAN makan, usah risau memang belemoih dah.

Sebenarnya SAN dah kurus banyak kalau nak beza dengan dulu-dulu. kang tak pasal-pasal orang pikir SAN tak bahagia dengan aku. kahkahkah 

 ok dhaaa    ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...