31 May 2011

Novel of the year

Aku rasa terganggu pulak bila tak habiskan bacaan novel thriller ke 4 selepas Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta. sekarang yang terbaru Sutera Bidadari. 



Siapa tak kenal Laksamana Sunan



Cerita ini terbahagi kepada empat kisah yang saling terkait antara satu sama lain. Saifudin @ Laksamana Sunan tetap menjadi tunjang utama pengisahan ini. Tiga lagi menceritakan tentang Taghut yang menyusuri asal-usul apabila telah lenyap kesaktiannya. Dilanjutkan lagi mengenai Sang Dewi yang mendiami negeri Inderapuri dalam lingkaran Hindi, yang tanpa jemu menyeru Saifudin agar mampir ke sebuah belantara nan luas. Sang Dewi merupakan makhluk sumpahan. Dan akhirnya dibentangkan pula cerita tentang Saifullah di abad ke 21 yang dikenali sebagai pewaris khazanah Maryam – menjejaki Catatan Maryam dan Keris Nanggroe yang telah dicuri oleh Elizabeth.

Pada tahun 1511 – Saifudin bersama Panglima Awang Bagan, Maryam, Luna, Sadik dan anak keponakan arwah Djailuh yang bernama Abdol Rohman telah melakukan pelayaran ke Negeri Atas Angin untuk memburu si Taghut durjana. Semasa mengharungi pengembaraan inilah banyak pancaroba yang terpaksa dihadapi sehingga hampir-hampir melumpuhkan kudrat Saifudin. Dalam Sutera Bidadari banyak watak utama yang dimatikan dengan bersebab. Watak hero tidak selama-lama bertahan kerana mati itu pasti, hidup...insya-ALLAH. Bagaimana pun muncul pula watak hero pada abad ke 21. Sebenarnya...inilah kelazimannya rentetan perjuangan yang benar-benar mengharapkan keredhaan ALLAH TA’ALLA. Sementara watak Haryani pula menjadi watak undangan sahaja dalam Sutera Bidadari.

Seperti novel-novel saya yang terdahulu – banyak kejutan bersifat saspens terbentuk dalam Sutera Bidadari. Bahkan kali ini turut membentur emosi kerana jiwa dan fikiran itu saling sealiran dalam menghadapi erti kehidupan. Maka itu bukan kejayaan kita sebenarnya apabila meraih sebarang kesuksesan dalam merealisasikan penghidupan ini melainkan dengan hanya izin ALLAH semata-mata. Sebab itu...pujilah ALLAH dan kita tidak akan kehilangan jiwa. Sutera Bidadari tidak ketinggalan dihiasi dengan cinta kerana rasa hati itu sangat membahagiakan sesiapa sahaja. Selamat membaca Sutera Bidadari kelak dan sabarlah menunggu Sunan anda kembali ke minda kita semua. Yang baik adalah teladan untuk kita. Yang buruk kita jadikan batasan agar kita tidak tergelincir dengan permainan dunia ini yang sangat bijak berdusta.


Dipetik dari Ramians. 


Nasib je duit ptptn masuk lambat. terpaksa hold dulu nafsu nak bershopping. siapa yang dah baca boleh lah kongsi dengan aku.. ade yang nak bagi pinjam pun bolehh

Gempak lah karya novel kali ni siap ade promo macam movie baru.



27 May 2011

Masa berlari keluar

Kurang dari 24jam lagi kena kembali ke Merbok untuk menghabiskan sisa semester sebelum dapat diploma.

Bukannya tak bersemangat tapi rasa macam cuti sekejap sangat. tapi dok rumah lama-lama naik bosan la jugak. tu pun cuti sem tak sampai sebulan. ade la dalam 28 hari.

Ni belum di kira dengan hari aku kena outstation kena pergi beli butang seluar abah aku yang tercabut sebab perut dah buncit. kena beli daun kari masa mak aku rajin masak kari kepala ikan. plus kena teman adik perempuan aku beli cekak rambut dia yang patah sebab dipijak oleh orang yang sakit hati dengan dia. siapakah?

Tolak tambah semua tu ade la dalam 20 hari je aku dok kat rumah.





So, dengan masa yang masih ada sisa-sisa , aku perlu ke pekan nak beli barang-barang. 



Pekan Batu Gajah yang harmoni T_T

dhaaa



26 May 2011

Contest edit gambar Eva!

Selama ini aku keje edit gambar sendiri , sekarang nak cuba nasib edit picture orang.


Saksikanlah..



Ni bukan gambar yang aku edit.

Penganjur contest yang punye banner : Miss Eva

 Kelik banner untuk ke belog beliau. Ramai-ramai meriahkan contest abad ini!

Bawah ni baru lah gambar yang aku edit atas kebenaran Eva sendiri.



Kempen kesedaran hijau terbaik dari gudang!!




24 May 2011

Saat terakhir

Salam takziah

Dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat sabtu lalu, kira-kira pukul 2.30 petang seramai 49 orang penghuni tengah mangadakan latihan nasyid dan ada yang menghias dewan untuk majlis sumbangan derma dari Finas yang akan berlangsung pukul 5 petang itu.



Gambar terakhir yang di ambil sebelum kejadian


Aku bace newspaper siang tadi sedih sangat sebab salah seorang sukarelawan yang paling awal tiba masa kejadian tu cakap : dua beradik yang maut tu , mayat mereka tiba-tiba berbau harum. 

Orang-orang kat situ berpandangan , terus mengalir air mata mereka. Dua beradik tu pulak merupakan tahfiz. 


Al-fatihah

23 May 2011

Cinta kedai kopi

Elok je kaki Atiqah (bukan nama sebenar) melangkah masuk kedai Pak Pong Pak Mustape , ada seorang abang polis tegur Atiqah. Abang polis tu pakai uniform polis , tu yang Atiqah tahu dia seorang polis. kalau tak silap Atiqah, kat uniform dia ada tulis nama Hakim (pun bukan nama sebenar). ok..

Hakim tunjuk isyarat cawan ke mulut. Ajak minum la tu. Atiqah senyum je. niat Atiqah just nak beli kuih lempoyang yang chek kiah letak kat kedai ni pagi-pagi buta.

Dah selesai beli , Atiqah pun blah. dalam hati masing-masing , semoga ada pertemuan kedua.


Adegan seterusnya aku tak tahu. ni lah set pengambaran percintaan mak dan abah aku bermula. sebab tu aku guna bukan nama sebenar. motif tak guna nama Encik Yahya and Puan Nor Lida , saja nak bagi surprise.  Happy anniversary yang ke 21 mak dan abah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...