01 July 2011

Orang di Pantai Timur busy ber'event', aku tak reti duduk diam tak buat ape-ape

Assalamualaikum sekalian.


Ni la padahnya tak active dalam club kat uni. yang encik SAN busy dengan event clubnya pulak. padan muka. siapa yang bosan jugak? aku ade satu game ringkas untuk korang.



Jom kita bergelak sebentar atau senyum sejenak.


i) Pilih bulan kelahiran anda:


Januari - Aku cinta
Februari - Aku gigit
Mac - Aku belasah
April - Aku peluk
Mei - Aku terhantuk
Jun - Aku terkentut depan
Julai - Aku menari dengan
Ogos - Aku pergi dating dengan
September - Aku lambai dekat
Oktober - Aku muntah depan
November - Aku jerit dekat
Disember - Aku terlanggar

ii) Pilih nombor hari jadi anda:


1 - Mak aku
2 - Komputer aku
3 - Liverpool
4 - Garfield
5 - Musuh dalam selimut aku
6 - Gangster
7 - Handphone aku
8 - Gerrard
9 - Driver Bas
10 - Semut
11- Kawan baik aku
12 - Polis
13 - Taik kucing
14 - Patung barbie
15 - Lee Chong Wei
16 - Mak Mertua aku
17 - Mak tiri aku
18 - Girlfriendaku/ Boyfriend aku
19 - Makcik kantin
20 - Sharifah Amani
21 - Upin dan Ipin
22 - Siti Nurhaliza
23 - Spongebob
24 - Cristiano Ronaldo
25 - Bapuk/Maknyah
26 - Kawan aku
27 - Raja Lawak/Akademi Fantasia
28 - Jiran aku
29 - Orang gila
30 - Taylor swift
31 - Awek cun/ Jejaka tampan

iii) Pilih warna baju yang anda pakai skrg:

Putih - Sebab aku perasan cantik/hensem
Hitam - Sebab aku gila
Pink - Sebab aku suka single
Merah - Sebab mak aku suruh
Biru - Sebab aku tak tahan
Hijau - Sebab aku baik hati
Ungu - Sebab aku cemburu
Kelabu - Sebab bomoh suruh
Kuning - Sebab suka hati aku la
Oren - Sebab aku baru putus cinta
Coklat - Sebab aku tak tentu arah
Lain-lain - Sebab aku fikir aku hebat

KONGSI JAWAPAN ANDA~ :)





I've got mine. AKU MENARI DENGAN UPIN DAN IPIN SEBAB AKU CEMBURU.

U've got??



24 June 2011

Cape Wire

Assalamualaikum semua.

 Untuk tidak membuang masa selama seminggu tak update , aku nak kasi semua gambar dalam folder Close Gathering class aku di Cape Wire which is more familiar kalau di sebut Tanjung Dawai.



Planning asal , nak gerak pukul 5 tapi agak sejam tunggu semua kumpul and gerak sekali.













Dari campus kami ke Cape Wire dalam 15 minit je. Bila semua orang yang join konvoi dah ready , semua pun bergerak laju-laju.







First round : BBQ 
Boleh la dari tak de. 











Gilak









Second round : snap-snap



Muka ada senyum tapi dalam hati..





Gamaknya memang lapaq betul



Third round : makan-makan and pulang


Actually tema gathering ni hitamerah tapi tak dapat persetujuan majoriti pun..

No wonder ia jadi colorful theme. belasah jela.. 

16 June 2011

Jemputan ke Majlis Perkahwinan saya

Assalamualaikum.


Kepada rakan-rakan budiman, saya nak buat pengumuman penting. tiba-tiba guna ganti nama saya pulak.

Sejak kebelakangan ni, memang tak ade entry terbaru sebab busy dengan majlis yang akan berlangsung esok.






Maaf korang tak boleh datang sebab borang untuk 120 orang dah habis. (?)

Actually aku nak pergi kursus kahwin je lah. huahuahua berangan lebih macam nak bernikah esok.
Gamaknye macam mane rupa aku mase kahwin?



yakk so simple!

Kursus ni aku pergi secara suka rela tak ade orang paksa. saja suka-suka. tapi tak bermakna aku akan kahwin dalam masa terdekat. tidak-tidak-tidak.


Kebetulan ustaz kat UiTM aku ade buat program kursus perkahwinan+murah+senang+flexible.

Aku dengar rumors next year yuran kursus ni makin mahal and tempoh kursus ni seminggu. perghh lame tu. baik aku korbankan siap-siap dua hari yang berharga aku ni di hujung minggu. 




Calon aku pun belum ambik kursus kahwin. Duit kursus kahwin ni aku claim dalam duit hantaran lah. bijak bijak.


p/s: aku dah lama tak update sebab dok ralit bace novel of the year!!



Khatam dah..
Tapi awat ending tergantung?
Ade sambungan lah tuu


05 June 2011

Cuaca yang bersalah

Kebelakangan ini orang kat sekeliling aku akan bercakap pasal nak potong rambut padahal rambut diaorang bukan panjang cecah bontot sampai dok bising rimas rambut panjang. sebab cuaca sekarang memang panas. kalau kat merbok , ade hujan waktu malam sekali pun , selimut aku campak bawah kaki. tak sejuk langsung.

Tak pa lah. rambut mereka. biarlah mereka terjun dengan rambut-rambutnya. (?)

Padahal orang laki pulak sibok-sibok nak simpan rambut panjang ala-ala Gambit. tettt

Aku tak kisah pun macam mana rambut aku. sebab aku bertudung. ade la sekali aku ke saloon nak ubah taste dari ikal mayang ke permanent curly. damn! sumpah tak jadi. keras je rambut macam dawai. memang jahanam dah rambut. nasib baik rambut tak terbantut.

Kalau lah aku seorang yang free hair. aku kate kalau. Aku akan pilih rambut jenis messy look sebab senang jage. iye?



Ni messy sangat. macam rambut aku baru bangun tido



Yang ni better. aku adore yang ni. yeh



So bila bangun pagi , aku sanggul macam ni dah boleh pergi pasar beli bawang.



Tapi realitinya rambut aku tak menjadi macam yang aku nak. 
Lawa lagi rambut asal aku.



Rambut asal sejak lahir. tapi warna hitam pekat.
Mewarisi bahagian mak aku sikit.



Aku mintak amoi tu kasi volume sikit macam gambar ni.
Hampeh tak jadiii



Aku nak potong rambut jugakk

Everyday is blues

Aku tengah di lema ni korang..


Haih berat betul hati aku , mati lah aku kalau hari-hari macam ni..


Lebih besar lagi kes ni dari kes Gambit Saifullah yang sama birthday dengan aku tapi perangai tak sama macam zodiak aku langsung. langsung. aku baik tau. tak hina orang yang support aku. thanks my readers and followers.


Kes aku ni.. pasal tak lain tak bukan kes malas ke kelas pagi. mana aci tiap-tiap hari class start pukul 8a.m. sejak awal semester aku dah biasa ade class start lewat-lewat, sekarang dah jadi geli geleman nak bangun awal. itu saja. so , please fast forward to the weekend.



 Even bilik macam tongkang pecah , sayang nak tinggal pulak.
Tapi class punye pasal kena tinggal kejap.
END
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...