09 July 2011

Bangun pagi, bukak pintu, buat iklan colgate

Anda tahu tak anda tahu tak.

Memang korang takkan tahu selagi aku tak habis cerita.

Sebelum tu, aku nak bagi salam. Assalamualaikum. excited nak cerita sampai tak dan dah nak taip salam.

Al-kisah pagi tadi aku bangun dengan sedikit ceria. semalam tido lena. buka-buka tingkap macam, waaa indahnya dunia sambil nyanyi macam dalam cerita Enchanted.



Sambil jerit aaaaa aaaaa aaaaa
Sekali lalat yang masuk mulut.



Ok lah aku duk diam-diam.


Aku terus menuju ke pintu bilik menyambung kecerian aku. bukak pintu, buat aksi stretching ala ala atlet dah lama pancit. wahhhh menguap siap.

Sekali ade makcik sapu sampah kat corridor lerr. habis punah reputasi aku. tercalar image anak dara bangun pukul 10. aku bangun awal tadi dah tapi belum berani menjenguk keluar. huhuhu cover malu.

Senyum kambing aku bagi kat makcik tu. hehehe kan dah jadi iklan colgate. 

Terus masuk bilik laju-laju simpan muka bawah bantal. tapi tak jadi. rasa nak lompat-lompat.



Aku gembira. 
Kau gembira ade sampai macam ni? tiba-tiba jadi gembira.
Terajang nak?


But the point is.. this is what we call weekend. bila masuk minggu baru, aku jadi haru biru. tu pasal weekend jadi terharu. ah sudah, serupa pantun pulak. pantun tiga suku.



Gagah perkasa. hebat tak kira dengan beban kiri kanan.


Kat tangan kanan ade newspaper, buku, note, dompet di keluarkan sebab nak tunjuk lagi banyak beban lagi hebat. ade jugak nasik tomato bungkus, roti gardinea butterscotch sedap gila. aku makan 4keping kenyang macam makan sepinggan nasik.

Tangan kiri hanya ada 8batang keropok lekor. sambil jalan naik bilik, eloklah kita habiskan barang sebatang dua.

Memang jelas aku ni berat sebelah. handbag tak mau yang besar-besar. bila pakai handbag kecik pergi kelas, nak sumbat helmet pun tak muat apetah lagi nouvo S. siottt

Tabiat aku, tak bukak helmet lepas turun dari moto. dah sampai bilik pun sampai lupa nak bukak. mula lah heran apesal kepala aku macam berat? ade penunggu ke lepak kat kepala aku? ahh sudahh

Enough ok. nanti semakin banyak tabiat buruk yang aku simpan molek-molek dalam gudang habis terburai keluar.  

Good day uolss!




08 July 2011

Tangan menaip

Assalamualaikum. Salam jumaat.

Motif update, sebab tiba-tiba mate jadi berpinau-pinau tengok note yang dah macam gudang colour. berwarna-warni dok highligth sana-sini.


Lagi seminggu dah cuti mid term semester. lepas je cuti tu memang bertimbun assignment nak kena submit, presentation, preparation test and quiz. blablabla
Aku perlukan tenaga lebih. seperti kenderaan untuk ke sana sini.



Kerja pun jadi mudah bila ade kuda ini.

Masa semester dua aku naik keldai je. atas ehsan adik aku, dia bagi pinjam kuda ini yang lebih up.
HAHAHA



Ini keldai tunggangan saya. sekarang tidak lagi sebab dah ada kuda

Sekarang macam dah malas nak naik kuda. aku nak naik kereta. FAIZ pulangkan kereta! 



Dia bagi pinjam kuda pun sebab dia dapat naik gajah.

Aku tak kira, lepas mid term aku nak bawak gajah pulak. lepas ni aku akan lebih banyak kena  buat kerja di luar. projek juta-juta tengah tunggu aku.



Aku dan gajah tak boleh dipisahkan. T_T

Anyway, thanks to you much Faiz bagi pinjam kuda. sangat berjasa. juga sim card UPAX kau tolong beli guna ic kau. aku dah pernah beli upax itu pasal guna ic kau paeh. even kat rumah hari tu punya cuti semester kita perang terok, kau still tolong kakak kau ni. hahaha kejam gila aku pergi remove dia dari fb gara-gara bengang. bangang


Bulan ini dan bulan-bulan seterusnya

Assalamualaikum.

Even exam lambat lagi tapi ade la rasa tekanan macam exam lagi seminggu. padahal baru quiz. haih mentang-mentang dah di penghujung semester. masing-masing berharap tak ade paper yang sangkut. alamatnya tak dapat grade sama-sama. fuuu


Aku pun harap semua kawan-kawan ade bersama masa grade. nanti aku nak lepak dengan siapa? Ya Allah tolong lah bagi kamu semua lepas semua paper.


Kawan-kawan aku semua ni baik. semua pun sepakat membawa berkat. tak ade yang masing-masing nak tunjuk taring.



Mereka semua baik dan cantik-cantik.



Calon-calon isteri



Aku dah gemok



From left : Owka, Kecik, Azah, Aku, Bib



Berangan camera yang snap ni adalah dslr



Kamu semua kawan-kawan yang terbaik dari gudang lah!!


Motif puji kawan-kawan sampai berbakul?

Kawan-kawan sangat penting untuk make sure hari-hari yang aku lalui macam dalam taman bukan kat pulau tengah-tengah lautan.

Ayat buku tak mahu kalah!


01 July 2011

Stuck in July

Hai sekalian orang.


Aku tak tahu kenapa ramai yang bercakap pasal bulan july. ade ape dengan july?

Personally, dalam banyak-banyak bulan dalam calendar aku paling suka bulan july. cantik and cool macam orang-orang yang terlahir di bulan july. termasuk aku.

Jadi siapa-siapa yang lahir di bulan July terutama hari ini , sila berbangga dan ucap sendiri selamat hari kelahiran untuk anda.




Kek pemberian ikhlas dari aku. xoxo kek birthday aku yang tahun lepas punye. ambik lah makan. tak basi lagi ok. still looking good as shown in the picture. =P


Dalam keluarga aku , seramai 4 orang berada di posisi bulan July sebagai bulan penambahan angka umur masing-masing. Which is my Abah, Me, my Younger brother ang my Younger sister. My encik SAN too.




Mark your own date before late. T_T


I love July. Please love me too..

Orang di Pantai Timur busy ber'event', aku tak reti duduk diam tak buat ape-ape

Assalamualaikum sekalian.


Ni la padahnya tak active dalam club kat uni. yang encik SAN busy dengan event clubnya pulak. padan muka. siapa yang bosan jugak? aku ade satu game ringkas untuk korang.



Jom kita bergelak sebentar atau senyum sejenak.


i) Pilih bulan kelahiran anda:


Januari - Aku cinta
Februari - Aku gigit
Mac - Aku belasah
April - Aku peluk
Mei - Aku terhantuk
Jun - Aku terkentut depan
Julai - Aku menari dengan
Ogos - Aku pergi dating dengan
September - Aku lambai dekat
Oktober - Aku muntah depan
November - Aku jerit dekat
Disember - Aku terlanggar

ii) Pilih nombor hari jadi anda:


1 - Mak aku
2 - Komputer aku
3 - Liverpool
4 - Garfield
5 - Musuh dalam selimut aku
6 - Gangster
7 - Handphone aku
8 - Gerrard
9 - Driver Bas
10 - Semut
11- Kawan baik aku
12 - Polis
13 - Taik kucing
14 - Patung barbie
15 - Lee Chong Wei
16 - Mak Mertua aku
17 - Mak tiri aku
18 - Girlfriendaku/ Boyfriend aku
19 - Makcik kantin
20 - Sharifah Amani
21 - Upin dan Ipin
22 - Siti Nurhaliza
23 - Spongebob
24 - Cristiano Ronaldo
25 - Bapuk/Maknyah
26 - Kawan aku
27 - Raja Lawak/Akademi Fantasia
28 - Jiran aku
29 - Orang gila
30 - Taylor swift
31 - Awek cun/ Jejaka tampan

iii) Pilih warna baju yang anda pakai skrg:

Putih - Sebab aku perasan cantik/hensem
Hitam - Sebab aku gila
Pink - Sebab aku suka single
Merah - Sebab mak aku suruh
Biru - Sebab aku tak tahan
Hijau - Sebab aku baik hati
Ungu - Sebab aku cemburu
Kelabu - Sebab bomoh suruh
Kuning - Sebab suka hati aku la
Oren - Sebab aku baru putus cinta
Coklat - Sebab aku tak tentu arah
Lain-lain - Sebab aku fikir aku hebat

KONGSI JAWAPAN ANDA~ :)





I've got mine. AKU MENARI DENGAN UPIN DAN IPIN SEBAB AKU CEMBURU.

U've got??



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...