04 November 2011

Suatu ketika dahulu..

Assalamualaikum.

Aku tengah curi masa yang terluang ni ha untuk update belog sebelum mak aku panggil pergi dapur. kejap lagi kena siapkan juadah mak dengan abah aku puasa sunat.

Once upon a time.. Umpama cerita dahulu kala, zaman bahasa baku. kita lihat gambar dahulu.



Budak kebuluran. makan sampai jilat jari kiri.



Aku ingat ni gambar aku dengan abah. 
Adik aku rupanya. 



Budak rambut separa botak tu adik lelaki aku.
Aku tahu laa aku lagi comel. jangan cakap kat semua orang pulak.



Selalunya fenomena ini berlaku bila abah tak mengotakan janji untuk bawak kami ke pampe. (funfair)



Dulu-dulu, aku comel macam Mia Sara lah.
Baju putih tu comel macam kakak dia ni jugak.



Kecik-kecik dah pandai pose bajet comel.



Masa ni cita-cita aku nak jadik pegawai bank. 
Handbag tak cukup besar lagi tu..



Mak gwa layan polka-polka je hoi.



Gambar di ambil semasa tumbesaranku normal sehinggalah adik aku melampaui batas normal.
Memang kena buli dengan adik-adik je.



Si budak ni memang comel dalam keturunan. 
Wallahhualam sekarang comel ke tak. idaknye aku rase.



Group The Siblings. 
Single terbaru: Sekarang aku dah berpunya, mana ada aku single.


Sekian, selamat malam.

Selamat menyambut AidilAdha. 




Realiti Kontroversi

Assalamualaikum.

Yes! kontroversi terbaru. ia terjadi setiap kali 2 minggu sebelum new semester begin.

Alhamdulillah..



Macam ni ke rupa kau bersyukur?



Terasa lebih tenang bila kontroversi ni berakhir.


Dah berakhir ke?

Macam baru bermula. daripada semua orang tertanya-tanya. biar aku paparkan. 



HU YEAH!
Fill in the blanks =)


Memang saja nak bangga riak. Entah kenapa. letak pun tak untung, tak letak pun tak rugi.

Sebenarnya ade spesel dedication kat kengkawan yang jadi backbone. huaaa sayang korang kuat-kuat.

Thank you so much pada Dania Baby and Farah Farhanah. sebab mereka telah mempercayai bakat saya, lalu mengajak saya ke Bukit Merah di ambang paper Account. kepercayaan anda berbaloi! usaha malam tu antara aku dan Pa'ah berhasil! Alhamdulillah..

Untuk group assessment, thanx jugak. kalau tak ada kerjasama kekita, idaknya dapat result macam ni. ^_^
Iaitu untuk subject BEL and ETR. penat memerah idea telah membuahkan hasil. even tak seberapa idea tu..

For my LAW lecturer! a big-big thank you. seperti yang dia cakap at last class bulan-bulan yang lalu, "if you deserve to get an A, I'll give you A. arghh tak percaya! I lof You lah.

Satu-satunya subject yang 4 credit hours. mendebarkan hoi. Alhamdulillah. syukur Ya Allah. penat aku menggoreng hasil idea dan ilmu pinjaman Allah. tak menampakkan kerugian di situ.

Wallaweh! paper politics adalah subject pertama yang menampilkan kertas warna purple. tu favorite color aku hoi! apahal kau tak seiring dengan subject yang lain-lain? apa-apa pun politics tetap kotor di mata aku. semakin banyak aku belajar semakin kotor fikiran aku. muahaha pandai kau ye, kau salahkan subject pulak.

Paling tidak dapat diterima akal! aku tak gagal statistics? am I insane? macam tak percaya. ni lah satu-satunya subject yang berjaya buat aku tidor tak basah, mandi tak lena, hampir aku makan nasik guna straw and gebang tipu-tipunya. masa aku tengah jawab paper ni, aku boleh ambik masa 10mins untuk muhasabah diri. aku tiba-tiba blank untuk jawab 1 soklan fav aku. hu yeah! hebat-hebat. lastnya aku tak cukup masa nak jawab soklan number 5. aku dah terpikir yang semuanya akan musnah! retak! tapi Alhamdulillah..




Thank You Allah.
Family.
Kawan-kawan.
Lecturers.
Nanti aku make up sorang-sorang macam mata kat atas ni.
Cantik lah!





03 November 2011

Kembang perawan



Ketika surya menampakkan cahayanya
Ku gapai hari terangku
Menanti sebuah cerita
Yang pasti akan terjadi di diriku

Kini ku mulai mengerti artinya cinta
Walau senda tawa
Namun hatiku mulai merasa
Bila dekat lelaki aku pun malu…

Akulah kembang perawan
Ingin mulai merasa
Perasaan yang pasti
Milik semua insan

Aku mulai jatuh cinta
Papa biarlah aku
Menikmati semua anugerah
Di hidupku..






Dah macam acara kahwin berpasukan.

Assalamualaikum.

Ini juga update sekitar project yang dah beta jalankan sepanjang semester break. 

Jangan pulak ada yang anggap aku dah kawin. nikah apetah lagi. 

Aku mungkin bakal jadi mak andam suatu hari nanti. tapi ilmu yang aku kutip ni basically untuk diri sendiri. sekurang-kurangnya ada lah sikit ilmu pasal make up-make up ni. 





Punyalah keji perangai. apa satu barang make up aku tak tempek kat muka.
Al-maklumlah kejap lagi nak kena tempek tebal-tebal.


Hari sebelumnya, aku dah jadi mak andam pada partner aku, so hari ni dia yang andamkan aku. masing-masing dalam proses belajar. belum kenal sepak terajang andaman. ??




Jadi DP fesbuk ni, mau menimbulkan kekecohan and gossip liar.
Ada pulak yang tuduh aku kahwin di luar jadual.





Kak Ita gojes and Ila. 
Second weds for them. haha



Adore Kak Ita. sangat baik and cantik.



Corset ni agak besar. Kembang Cendawan jadinya. tssk.



Pakai Contact Lens, mau terserlah bijik mata aku tu..



Semester Break's Project

Assalamualaikum.

Sekian lama meninggalkan belog tanpa diurus sebaiknya, akhirnya aku kembali.

Kembali memaparkan kehidupan beta. hahaha

Project yang telah beta sertai adalah Pesta Convo @ UiTM Seri Iskandar. Ianya berlangsung selama 3 hari tapi hampeh sehampehnya sebab sambutan bukan aje suram, tapi dah gelap gelita.

Beta sangat kecewa dengan pengurusan pihak UiTM tu sebab khemah yang di sewa dah bayar dah, sepatutnya depa plan la cantik-cantik bagi orang ramai datang beli kat gerai kami. ni beta hangin ni. kesian kat peniaga-peniaga lain, boleh dikatakan gulung tikar, karpet, bukak bonet simpan barang jualan balik rumah. HAMPEH!

Bersusah-payah mak aku masak laksa and bihun sup. tapi, hari pertama dah memberi kerugian yang besar, hari kedua juga lagi rugi besar sebab faktor cuaca. Hujan pada waktu petang. Sedih..

Hari ketiga pesta convo tu, aku jual bunga dan towel yang disulam khas untuk majlis convo. Alhamdulillah ia jadi hot stuff. wekk hot stuff la sangat. tapi masih tak dapat cover semula kerugian yang ditanggung plus penat lelah tak lelah. MENCIK!



Beta berulang alik dari rumah ke UiTM untuk memantau sahaja.
Hari ketiga baru beta berniaga. 



Di sebelah petangnya pulak aku ada hal di kedai mak aku.
Ia membabitkan bisness juta-juta.


Sekejap beta, sekejap aku, kau pening ke?

Hari tu merupakan hari pertama aku pakai shawl pemberian dari lalabiu ?? apakah? boprend la senang cakap. warnanya agak "sebatu orang nampak aku" jadi aku jarang pakai. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...