17 March 2014

Perasaan banyak rasa

Macam ikan siakap masak banyak rasa. (title combo with entry)

Tambah tambah perasaan perempuan macam aku. Variety dan aneka rasa. Tapi ade satu rasa tak terjelas dalam kepala otak. Mungkin makan kepala ikan banyak sangat sampai hilang normal pemikiran otak manusia.

Aku pulak suka la pikir deep padahal tak masuk exam pon. Lepas tu ape yang aku pikir tu mustahil ade jawapan. Kalau ade jawapan pon entah betul entah spekulasi.

So, persoalannya siapa ada jawapan untuk soalan aku. Aku tulis sini habis sini key.

Persoalannya, Shamsul Yusof memang nak sangat sangat kat Putseri Sarah tu eh? Hmmm


What the FAY say

10 March 2014

Seni menjawab

Assalamualaikum.

Ni pon antara post yang aku tak sure aku pernah ketengahkan di belog ini atau diketepikan. Tapi sebab isu berbangkit dalam otak, kita kasi chan borak sini.

Aku tak sure la sejak bila aku dah start pasif bila mak tengah berleter berkilo kilo. Dulu zaman darah muda aku ada la bantah or defends diri time mak main tembak je. Yelah, salah orang lain pon aku bboleh terbabit sama. Tapi silap besar wei makin berjela pulak karangan mak aku. Plus kena chop menjawab plus bekas tapak kaki kat perut. So aku ni kan anak sulung pulak lagi lah makan garam ayat "menjawab tu bahaya. Baik diam for your own sake."

It works la jugak. Mak duk bebel bebel supa hantar voice wechat. Bebel sorang sorang tak ke bosan. Lama lama bebel dia makin sekentot macam angin lalu je. Seriously, aku buat derk je masa mak aku dok berleter. Tapi ape yang dia berleterkan tu masuk kepala and aku berdialog dalam kepala jela. Buat style serang hendap je malas nak bising. Lagipun memang aku salah.

Tapi makin lama mak dah jadi kawan pada kiteorangadik beradik sebab dah pakat nala punya besaq kalah mak. Siap mak pun kami adik adikkan. Kena dengan mood dia la. Kalau tak, kena jugak chop kuajaq. Tapi thank god adik aku si pipah ni memang di lahirkan dengan seni menjawab kot. Kalau mak aku berleter, dia boleh fire balek tapi buat versi lawak so boleh patahkan hujah mak yang bak bebola api.

Seriously aku pon tak terjangka kadang tu ape yang keluar dari mulut si pipah. Dah la lawak plus masuk akal plus boleh kena penampar kalau mak zaman dulu kala. Tapi mak zaman ni dah kami adik adikkan wakaka


What the FAY say

04 March 2014

Sembang kalau

Sorry for gambar sejambak. Rasa ala ala Anzalna.

Assalamualaikum.

Biasa dengarkan orang tak boleh terima hakikat mesti keluar ayat "kalau lah aku tak keluar malam jumaat lepas, mesti aku tak kena jangkitan sembelit".

Sembang kalau ni, cicak pon boleh beranak. Tapi nak buat macam mana dah tu je ayat paling sedap. Takkan nak cakap kat diri sendiri, "beruntungnya aku dijangkiti sembelit". Berapa banyak yang terus merasa hikmah setiap kejadian. Paling kurang pon hanya sedar hikmah suatu kejadian bila hikmah tu terbentang depan mata.

Memang manusia takkan pulih dari sakit ni. Sakit tak pernah cukup. Aku pon biasa la takkan nak cakap bagi pihak orang lain. Tak lari banyak pon same je kita manusia. Kadang memang rasa hidup ni tak adil. Kejadian kita tak seadil kejadian orang lain.

Kenapa ada orang tu tak payah berabis duit untuk cantik. Macam aku, aku kena makan collegen kulit, pakai serum, tempek bedak sejuk. Ada yang tak jaga muka langsung siap tidor dengan mekap tapi kulit halus macam bontot beby.

Lepas tu aku muhasabah diri balik. Maybe dia habis duit tang lain. Dia kena bagi anak ikan dia duit ke kan sapa tau. So, aku pon sambung lah tempek bedak sejuk kat muka.


What the FAY say

03 March 2014

Kes ditutup

Assalamualaikum

Harini makan nasik bertambah sepinggan tapi takde rasa kesal sebab bukan selalu mak masak. Mak pon dengan bangga ngaku makin lembut jari kat status fesbuk dia tuari. Ni semua sebab laksa yang dia masak tak laku. Bukan tak sedap tapi yang ada kat rumah ni 3 orang. Sape nak wakil makan untuk 10 orang lagi. Memang aku boleh tapi aku taknak la mati tersedak kuah laksa. Terus merajuk orang tua tu taknak masak dah. Kalau aku tau macam ni jadinya rela aku mati tersedak kuah laksa dari mati kebulur air tangan mak.


What the FAY say

19 February 2014

Ubat tidur

Assalamualaikum

Masa aku dah habis belajar, aku makan tidur lepak rumah. Time tu aku tak la tersadai tak buat ape. Rajin jugak la masak. Aku ni jenis suka guna air. Aku basuh binatang ke sayur ke lama gila sebab entah rasa macam tak bersih. Sampai jari kecut. Bila kecut lama lama ngelupas. Dah tu kering semacam..

Start tu aku dah tak boleh makan guna jari. Kena makan dengan sudu sebab kalau aku makan dengan jari kanan ni, umpama aku menghidang tangan di atas bara api. Pedih gila.. Sebab dah jenis tak reti masak benda tak pedas. Kalau buat sup pon pedas jugak. Kena la bersara makan dengan jari. Terus terang aku rindu gila nak makan dengan jari.

Tu hari aku pergi kenduri aku try makan guna jari. Lauk kenduri takkan hidang sup. Aku pulak takkan tak ambik sambal belacan. Tapi di pertengahan suap makanan agak tinggal separuh nasik kat pinggan jari aku dah menggelegak. Panas pedih. Aku sabar aku habiskan jugak. Biar sakit jangan jadi setan, membazir. Bazir tak bazir jari aku dah nk terputus jugak la. Lepas makan tu pegang jari kipas kipas konon nak hilangkan rasa panas pedih tu. Tapi yang aku rasa nak pelempang orang ade la.

Masa balik kampung, kena cop belagak jugak la makan guna sudu. Siap kena perli "orang batu gajah makan guna sudu?" Masa tu lagi pedih telinga ni dengar dari pedih genggam sambal belacan guna jari ni. Dah tu orang batu gajah tak boleh makan guna sudu? Batu boleh?

Dah tak tahan di lebel  belagak makan guna sudu, i bertekad pergi farmasi beli ubat. Itu jela pon yang aku berani takde la sampai pergi hospital pakar kulit. So malam tadi i sapu itu ubat keliling jari tengah i as jari tu je yang affected. Siap aa sape messed up dengan aku, kasi angkat jari tengah. So, bangun tadi, jari ni very fresh. Tapi 50% sembuh dari penyakit misteri.

Ubat dan tidur compliment each other. Pada aku, bila sakit lepastu ikhtiar dengan ubat, lepastu tidur. Ajaib ubat tidur esok tu insyaAllah.. Jalan la sakit tu.


What the FAY say
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...