31 October 2012

Nervous

Asslamualaikum kepada belog sendiri.

Juga kepada sesiapa yang tersesat masuk sini. setelah puas mendeny kewujudan natang belog ni tetiba aku di datangi satu mimpi yang membawa alamat. alamat tanpa tujuan. ekceli ini mukadimah paling keji.

Ngaku saja yang kau kufur nikmat, hakikat, kap wau fa wau ra. betul kah jawi aku?

Dulu ngeluh takde line tenet nak online belog tu sebab tak update tapi sekarang semua ujung jari tinggal nk taip je pon ko punya kufur tidak-tidak kan kewujudan belog ni. sampai nak menaip laju-laju pon jadi nervous macam pertama kali naek pelamin. 



Memang aku ni ade satu perangai busuk hati. waktu-waktu genting, yang perlukan aku focus pada satu benda, time-time tu lah minat nak tulis belog bercabang-cabang. time study kt uni dulu, aku sanggup bangun pepagi tapi tak lah pagi sangat subuh dinasor dah pon pukul 7suku. motif nak online sebab time tu tenet lajuuu. orang dok sedap krohh lagi or ade yang pergi kelas. hari-hari laen, aku kelas pagi susah nau nak bangun paginya. busuk hati sial.

Time nak exam, lagi busuk hati dah makin hitam hati dok rajin pulak bace belog orang tinggal jejak segala. slide miss, sir bagi haromm nak jejak. tu belom kira aku dok memikior karangan 6 mukasurat nak tulis dalam belog. kot-kot lah kau nak bawak bertobat baca al-mathurat bagi cerah sikit masa depan natang tak pernah.

Dah sekarang kau tak reti pulak nak update belog time takde buku nak kena ngadap, takde assignment nak kena submit, test hujung minggu. memang dasar. hujung minggu ni ade exam, dan-dan tu lah kau nak tulis belog.. exam rahsia kerajaan. dah settle exam tu baru aku reveal kat belog.

Ahhh tensionnya dengan perngai aku ni.. bawak-bawak lah bertobat budak patin oii.

Ni pon ending paling keji. ngutuk nasihat diri sendiri yang tak makan rasuah saman.

Ok dhaa

 

Owhh kemon

Assalamualaikum!

Dah terlepas nak ucap salam Ramadhan plus birthday sendiri. perghhh gila takde life aku ni. birthday kali ni bersamaan 1 Ramadhan.

Masa tu aku still pening lalat berjalan tak pijak tanah. seriously Pangkor is so hot. Pangkor for the first week is like honeymoon to me. besttt tapi yang jadi mean-nya, minggu terakhir before balik. hari-hari berulang-alik dari bilik ke class. dalam class sejuk gila. cuaca kat luar memanggang. so, perubahan cuaca membawa pada demam, pening lalat.









Orang kata, luas perjalanan luas pengetahuan. luas pergaulan luas kenalan. Pangkor memang best. first day datang tu ingatkan aku akan terkontang-kanting sensorang tapi sebab sikap tak semulajadi peramah aku ni, dapat kawan, buat kawan, buat gang.

Update: ni entry dalam draft sejak sekian lama. banyak aku nk cerita ekceli sampai tak tersampai maksud title entry. aku pon lupa motif masa aku bagi title owhh kemon. so bialah ia bergantung begitu dan begini. terimala aku seadanya. wallah!


 

08 July 2012

Hari yang cerah kini sudah gelap

Assalamualaikum!

Petang-petang gini dengan sound affect guruh, hujan laju-laju, minum air orange bergelen-gelen, update belog memang sesuai kena sangat dengan mood aku.

Hari tu aku rajin nak pergi Kedah tempat aku pernah belajar dulu. tak ade lah dulu-dulu sangat. baru je aku tinggalkan alam Uni. udara Kedah pon tak nyah lagi dari badan ni haa. mula-mula nak bermalam kat rumah kakak Nad. kakak Nad ni lahir tahun yang sama dengan aku tapi birthday dia awal tahun so kena hormat sikit. teehee misti berbakul dia maki aku kalau dia baca. mahu tak bara, dia panggil aku nenek.

So, tak jadi bermalam kat rumah dia sebab dia baru balek dari honeymoon kat Langkawi dengan kak ipar kesayangan dia. bertambah makian dia, aku rasa.

Esok tu, pagi-pagi aku berdesuppp pergi rumah dia tanpa GPS. guna instinct lagi tepat. area rumah dia memang best! sawah padi keliling, sesuai sangat buat sequel drama Usop Santorian.



Kakak Nadia yang sangattt garang.

Tapi bila lama-lama kenal dia, dok serumah dengan dia aku rasa Nad sangat caring, penyayang blablabla. aku pernah lah marah kucing betina bunting sebab dok usha pinggan penoh nasik pelbagai lauk and nak tolak kucing tu pakai kaki. teehee baru nak tolak, belom tolak lagi kay.. then Nad punya dialog biasa "Fatin.. tak baik buat kucing lagu tu, Fatin nak ke orang buat kat Fatin lagu tu? tak mau kan?" =,= 

Bila orang garang cakap lembut-lembut, aku pon tak sampai hati nak cabar orang tua enn. wakakaka



Sambung lagi. aku ni dah mengidam nasik ayam Pak Mud pemes ah kat Merbok. budak UiTM yang dah kena tendang Kolej mesti tahu Pak Mud isap rokok daun kembang idongnya. yang special pasal nasik ayam ni, cabai dia. wajib mintak extra cabai semangkok. 

Sebelum tu, aku call si budak kecik. aku nak buat surprise tahap serangan jantung. mahu dia tak pelik enn tiba-tiba aku call tak pernah-pernah. aku pon ayat lah konon nak mintak tolong. typical kawan yang dah lama tak contact, tiba-tiba call mesti ade reasons behind kann. aku dah expert pasal menda ni sebab banyak kali kena. tapi aku bukan kawan yang ade reasons behind ok. kalau aku call tiba-tiba tu, anggap lah aku umpama bidadari yang menyinari kala anda dalam kegelapan yang membawa harapan kepada andaaa. petuihhhh

Then angkut Si kecik and Bib makan dekat Pak Mud. kat kedai ni, dia takkan ambik order untuk hangpa. tunggu lah sampai esok belom tentu dapat. so, kena pergi berebut sendiri kat dapur. memang nampak tak beradap. pedulik la kan. lagi satu, kalau hangpa datang nak makan time lunch hour pukul 1, berhenti jelah tepi jalan and patah balik. memang licin dah belanga depa dah siap basuh.

Todiaa cerita pasal Pak Mud je dah penuh entry.

Tapi kami sempat date kejap je sebab petang tu aku nak gerak balik Batu Gajah dah. so tak sempat nak buat clearance kat campus. yelah proses dia berjela-jela enn. nak melawat semua kerabat lama kat Merbok pon tak sempat. so, next time aku terjah lagi.

Dhaaa




05 July 2012

Kau kenapa?

Assalamualaikum.

Selamat bulan Sya'ban! lagi 15 hari nak puasa kan.. tapi aku dah raya malam ni. well, baru habis puasa ganti. fuhh lega. selagi tak habis ganti puasa, rasa macam tak settle bayar hutang dengan along, angah, achik.



Sebenarnya perasaan aku sangat berbaur-baur sekarang. baur, baur tu macam ni. macam rasa sebu dalam perut. bila bihun goreng campur murtabak dan beberapa ketul karipap tak lupa jugak 3 gelas air soya.

Begini, next week aku ade program. program? boleh lah dikata sebagai program kat Pangkor wah lokasi honeymoon pulak enn. tapi aku taknak ah honeymoon kat Pangkor dekat sesangat. lama gila prog ni! dari 9hb sampai 18hb. time ni lah parents aku nak buat kenduri sambut Ramadhan. siapa-siapa yang free masa, datang rumah ok. ces, aku pulak ade kat Pangkor kan.. tapi kalau prog ni tak jadi kot tercancel aku update belog cerita pasal benda lain. cari story cover malu. wakaka

Apesal Karoot Komedia X lawak gila? tiba-tiba enn tapi aku memang boleh gelak meroyan tambah-tambah last week punya. 



Time gelak memang aku tak sedar donia silap-silap jiran aku boleh kenal sape punye suara lah tu kan. masa keluar rumah nak start enjin kereta sopan je enn sopan lah sangat. tutup pintu kereta pon lapan kali baru rapat konon sopan padahal.. Allah SWT jelah tahu azab orang puasa punya lembik nak tutup pintu kereta pon tak larat. teehee



So, ganti puasa jangan tak ganti! ramadhan dah nak dekat jangan jeles, lepas ni aku nak  melantak puas-puas nanti kempunan pulak dah nak puasa sebulan. korek hidung, telinga siap-siap nanti tersumbat =) penting tu.

Dhaaa




23 June 2012

The legend of.. jebon

Assalamualaikum sayangggg

Dah memalam macam ni baru nak update kann nak buat macam mane tiba-tiba ilham tertonggeng depan mata. gambar berdozen dah. so tak payah lah nak reka karangan berjela-jela.

Vacation untuk julung-julung kalinya ini kami pilih Marina Island yang julung-julung kalinya jugak kami datang. Pak gat tu pon tak dan nak lupa muka kami, kami muncul balik. tapi yang istimewanya kali ni julung-julung kalinya kami complete!

Ella berjaya menceburkan ponggongnya dalam kereta Teah untuk menjebonn bersama yey.





Masa otw from Batu Gajah to Manjung dengan kelajuan 100km sejam enjin kuasa kuda, aku dengan Ella perut boya dok bising lapaq-lapaq. gila tak lapaq aku minum seteguk air je tak sempat capai seketul jagong buat tapau. masa time ni, nyesal gila tak jamah yong tau fu mak aku tapau kat aku semalam.

Sesampai kat rumah Aini, campak segala bag. senduk nasik terus, gila sedappp time lapaq kau hulur bubur beby pon sodappp.

Time tengah hari kat Manjung sumpah hot macam kat gurun dah. bayu laut sekali bertiup mau kering tekak semua cairan ke ketiak. panassss



Agak habis basah ketiak mandi peloh, lepak kat dalam tempat beli ticket. siap ade rest and go. legaa sat ade air-cond. rasa macam nak tido pulak. 



Background music "Bring me life" now.



Pindah ke Teluk Batiks nak feeling ombak senduuu.

Masa ni, hanya kami berempat. Dea dah kami amanahkan pada Alip pergi meronggeng lah mereka berdua.



Saje nak tunjuk kekembangan. T_T



Cara nak sebut yang betul: fey punye san. 
Instead of: fai punye san!
(macam kau kesah kannnn)



Back to Marina Island nak pick up Dea yang di kidnap Alip.



Yeeehaa 5 of us!



From left: Ella, Dea, Teah, Me, Aini the great cooker.
Mengambil kesempatan ade photoG tak professional.
Tak pro pon at least ade muka kami.



Dah berjebon for sure lah lapo tapi aku maintain cool sebab dompet tebal aku hanyalah artificial semata-mata. aku ni bekas pelajar, masih menganggor.. nasib lah ade sahabat sedonia yang memahami.





Tak tau nak explain how lucky am I.. 

Dhaaa



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...