31 December 2011

Stock gambar bergelandangan

Assalamualaikum w.b.t.

Holiday aku nak habis dah.. al-kisah seminggu sebelum balik umah sambut mid-term break, aku pulun lah plan macam-macam. penuh memory phone aku tulis agenda cuti seminggu ni. tapi haromm tak jalan langsung. ceit membazir memory space je.

Selalunya memang lagu tu pun. dah tak heran apetah lagi kesal. tapi menyesal di kemudian hari tu ada.





Dalam banyak-banyak agenda yang tak menjadi tu, ade gak yang jadi..

Berseronok-ronok di Melaka. hihi dapat pegi Melaka rombongan Pak Ya (pak aku) tajaan Cik Ida (mak den).



Pemilik belog bersama kepala rombongan



Dimanakah Laksamana Sunan beta yang khabarnya dikidnap oleh Alfonso Makankaki?
Cepat sikit pulang kang beta tertinggal train.



Duta bangunan karat. ahaks 




Bahtera yang tak bergerak di belakang kami haha ade atas darat sebab tsunami




Time aku launching arrow tepat tengah-tengah bulatan tu, tangan aku reflect tang batang idong. mak aih macam senget dah idong beta. wuuu



Awat tak sampai Batu Gajah lagi mak?



Melaka best, makan tak best, tido best.



Budak ni akan ke Melaka jugak. ikut agensi rombongan mak pak nye pula.


Ahaa setakat ni, agenda tersebut berjalan lancar.

Next agenda tunggu entry lepas ni.

Dhaaa

30 December 2011

Ni sekadar entry

Assalamualaikum.

Semua orang tekun melayan Maharaja Lawak Mega kan.. final kan..

Ni frust takdak package mustika bak ang.

Ni yang buat aku sign in belog lantas aku tekun taip ayat.

Baru-baru ni, ada sorang lecturer dari faculty Art n Design datang and invite aku untuk jadi salah sorang erm.. macam mana aku nak habaq. sat lagi ada yang senyum senget macam caya tak caya.

Nak percaya mati mak, tak percaya mati bapak.

Hahahaha

Aku di invite untuk jadi model batik merbok. (gosok-gosok mata)

Tak boleh blah! aku tak pergi casting even any audition pun.

Tapi berbekalkan kaki zirafah langkah longkang lebar 4kaki, aku setuju.

Seriously, benda ni sangat baru. perasaan aku time tu sangat awkward.





Perasaan aku masa jalan sensorang dengan heels tinggi melangut semua kawan aku tengok aku adalah seperti kau masuk ke dewan exam lewat 10mins and kau dengan bergaya berjalan lenggang lenggok menuju ke meja. usually meja tu depan sekali. teheee

For sure lah berdebar, malu segan silu orang duk usha atas bawah atas bawah.





Supermodel T_T



Dah cabut bulu mata selebat hutan simpan


Frankly speaking, since that day aku rasa confidence level aku lebih bagus..

Tak sia-sia Sir Rozman bagi peluang kat aku. terharu wuuu

Tatata tawan-tawan. nak kiwi kasut adik-adik sat. macam korang heran herrr




Tanda tanya dalam kepala

Assalamualaikum.

Aku tertanya-tanya apakah motip aku update post sekentut tu je seperti entry di bawah ni?

Binggung. Apakah??

Sekarang aku di semester akhir diploma. haruslah kena merempat.. takde kolej kediaman dah yang nak terima kami ni. umpama penyu yang beranak lalu menimbuskan telurnya dalam pasir.



dum dam dam dam (sound effect fireworks)

Ah? Apakah perkaitannya?


Tu lah permasalahan utama kenapa aku tenggelam.

Nak bw pon tak memandang dh aih. punya lah payah.

Hampa jangan tacing-tacing plak, sebab aku tak mai jenguk sape-sape yang dah tinggal jejak kat shoutbox tu..

Aku takdak punca kuasa internet kat umah sewa tu. aku ni tak mampu nak bayar broadband tetiap bulan..

Tunggu balik umah mak pak aku baru dapat online. nasiblah ade wifi.

Banyak laa story yang aku nak cover. celah mne aku nak start?


Oh ye..

Yang aku perasan orang sekelilig termasuk orang yang mengelilingi aku dok cakap pasal satu movie ni. om? ombak? ombak rindu kot. ah ombak rindu. perlu pergi tengok di cinema kate housemate aku..

Dengan muka tekun, jari tekan nombor tepon counter ticket tapi hampa.. cinema di Sungai Petani kedekut taknak bagi kami tengok Ombak Rindu..


Movie yang available adalah Twilight..

Movie ni depa tak kedekut pulak. memang sampai sekarang takde rezeki nak tengok Ombak Rindu. Twilight pun ok lah..

Tapi aku still tertanya-tanya siapa lagi romantic? Aaron Aziz kah? Robert Pattinson kah?



Atau Taylor Lautner?



Muka tak puas hati tak dapat tengok Ombak Rindu


Naek limo weh


Lepas cuti mid-term break ni, mahu cirit aku.. macam-macam kerja nak kena settle. 
(rasa macam lawyer pulak, bajet banyak sangat kerja) Quiz and test.. Trip and dinner 
(bajet model popular)

Dah lah sampai sini dulu. aku nak makan 2nd round

Tata

Berikan tepukan untuk kemunculan semula ku ini

Assalamualaikum.

Macam lah ade orang heran aku muncul ke tenggelam. ye dak?

Dengan beberapa masalah dari sekarang, aku bakal tenggelam semula tahun depan.

Tak lame dah tahun depan tu..




Tatata

26 November 2011

Dian? Hana? Fathia?

Assalamualaikum.

Aku tak tahu la yang aku ni ketinggalan zaman or katak bawah tempurung.

Sebab baru tadi aku tahu kewujudan Dian Pelangi yang GOJESSS!

Ermm errmm rasanya macam dia lagi gojes dari Hana Tajima.

So, secara luaran lah setelah aku stalk belog Dian, banyak persamaan dia dengan Hana. Dua-dua dah kahwin. Dua-dua cantik, fashion designer, dah kahwin, tinggi lampai, gambar depa lawa-lawa.

DIAN PELANGI








My name is Dian Pelangi. nick, Dian. I am Indonesian.
Pelangi means Rainbow in English, Arc-en-ciel in France, Regenbogen in Germany, and in Arabian, قوس قزح.


I was born in South Sumatra, January, 14, 1991. I am 19 years old now.
My Father is a garment-owner, my mother is a boutique-owner.


Sebijik aku copy paste dari belog beliau. Actually dia dah 20 la sebab entry beliau masa tahun 2010. sangat lambat tangkap kewujudan beliau.


HANA TAJIMA








Persamaan yang nyata: walau macam mana sekalipun cara mereka berdua belit tudung tetap nampak cantik and sesuai dengan muka depa. tak lah macam aku ni, dah rupe belit karpet kat kepala.


So, ape kes pulak dengan Fathia Latif pelakon tu?


Masa aku stalk belog Dian, aku macam terdetik dalam hati. "Muka dia ni macam siapa ya?"


Yes, aku teringat. macam Fathia iras-iras tang mata. 



Dian Pelangi


 Fathia Latif




Dian & Fathia.

Fathia pun look gojes in hijab.

Ok dhaaa



Maal Hijrah 1433

Assalamualaikum.

Alhamdulillah kita semua di panjangkan umur untuk bersua dengan Tahun Baru untuk umat Islam.

Sebab nak menyambut tahun baru ni, aku dapat cuti sehari =)

Alhamdulillah. Ade bahan nak update belog.

Hari ni, jiran aku kahwin. Actually, majlis sambut menantu je. tapi agak meriah. rumah aku pun dah macam rumah orang kahwin. sibuk bebenar mak aku.



Budak ni datang before kenduri start.
Actually dia tengah teran berak. 
Si kembar dia tak berapa sihat. moody.



Aku agak hairan dua tiga hari ni outfit aku asyik pink je.
Memang aku rasa pink sangat cantik sekarang.



Ade aiskrim hoi.
Wajib aku pergi berebut dengan budak-budak sekarang!


Selamat Tahun Baru Hijrah.


19 November 2011

Maskara VS Sikat

Assalamualaikum.

Sekarang ni kalau nak belajar make up, tak payah nak susah-susah pergi class andam mengandam or bukak kitab. setakat bukak laptop search dekat youtube. kat situ ramai cikgu-cikgu. tiap-tiap hari kau belajar menconteng muka je hah.

Tapi dalam ramai-ramai cikgu tu, satu cikgu ni memang bijak sangat-sangat dalam apply make up semua ni.

Ala-ala Maria Elena. ahakk




Yang tak tahan part lesung pipit. perghhh jambuss

14 November 2011

Game show kegemaran Family

Assalamualaikum.

Macam yang kita tahu, Jepun ni memang kreatif dengan segala idea yang mostly weird lah.

Tapi ada satu game show fav aku dan keluarga di ambang maghrib. (sekarang dah tak ade..)

Tiba-tiba malam ni rajin pulak aku nak search tv show ni kat youtube.

Kalau tengok sorang-sorang boleh sawan. ajak yang lain-lain sekali jadi sawan. kadang-kadang aku terpikir "macam mana depa boleh terpikir nak buat macam ni?" Hebat.



Gambar hiasan



Masquerade Show

Dhaa

Tiada tajuk yang sesuai..

Assalamualaikum.

Blurr laa. petang-petang macam ni boring betul. nak nulis belog pun malas.

Owh lupa pulak. Adik aku yang sorang tu adalah candidate SPM tahun ini.

Adik yang sorang lagi bakal terima result UPSR. khamis ni khabarnye.

ALL THE BEST.




Join Mak Abah main bowling.



Aku orang yang ke 645832 pakai kasut ni. bau cekam.



Budak bakal terima result UPSR.


Entry pukul rata saja.. dari tak ade ape nak update.

Kepada hubby mok, keep it up study untuk MUET next week. 

=)


06 November 2011

Aidil Adha ini tahun

Assalamualaikum..

Salam Aidil Adha kepada seluruh umat Islam di dunia.

Dalam perut aku ni dah bercampur-campur makanan. Nasik impit ada, bihun sup ada, ketupat ada, lemang ada, air orange + sarsi. perghhh dah macam selut.



Meh singgah sebelum korang dapat sisa-sisanya saja.



Naik darah tinggi and kencing manis aku.
Makanan lazat sayang nak tinggal.
Aku pergi sambung makan sekarang.


Once in a shine moon

Assalamualaikum.

Aku dah lama teringin nak jawab soklan tag tapi faktanya aku tak pernah kena tag. sadis..

One of my fav belog yang aku selalu stalk, Fyna here telah update mengenai soklan tag.

Aku dengan shok sendiri teringin sangat-sangat nak men'try' jawab. aku tak perlu jawapan ye or tak dari korang.

TAG

Menda alah tag ni ada rules ok. bukan sembarangan tag. Rules nya adalah:

Tak boleh tag semula orang yang sama
(kisah ape aku kalau aku tag sis Fyna balik. sebab dia tak tag kat aku pun!)

Letakkan semua peraturan ini di dalam entry
(memang lah.. kalau aku taknak letak, aku tak la mention rules bagai kat perenggan atas entry aku ni)

Tag 11 orang dan linkkan dalam entry ni
(ramai betul. followers aku pun sekerat je)

Pastikan mereka tahu mereka telah di tag
(erm.. nak aku jejak mereka sampai lubang cacing?)

Ceritakan 11 perkara mengenai diri di dalam entry
(orang yang buat soklan ni mesti suka nombor 11)

Jawab semua soklan yang telah diberi oleh orang yang tag anda, kemudian buat soalan khas untuk mereka yang kena tag pula..
(soklan ramalan SPM aku dulu tu pun orait jugak)


First of all, aku nak jawab soklan dari sis Fyna.

1. Apa yang aku suka tentang belog Fyna?
Aku suka cara sis Fyna share pasal makeup and product yang dia guna.. sangat lovely sis Fyna ni.

2. Tahun berapa close myspace?
Rasanya December 2010. tu pun bukan aku close, tapi dah terlupa password. sayang betul.. 1000++ friends tu.

3. Artis pertama yang menjadi pujaan.
Seingat aku, ruffedge lah kut. lagu khayalan. fuhh berhantu kut. 

4. 1st barang makeup yang dibeli.
Mestilah compact powder. brand silky girl. dulu-dulu aku sangat setia dengan bedak ni.

5. Dengan siapa last cakap di telefon?
Mak. sebab masa sibuk masak kat dapur, aku selongkar cari belacan tak jumpa. telefon mak cepat-cepat kang kempunan makan sambal belacan.

6. Pernah datang Baling?
Yes. selalu sangat sebab aku ada beberapa orang kawan asal dari Baling. 

7. Boleh cakap Kedah tak?
Of course! bahasa perantaraan kat rumah aku adalah bahasa kedah. Number I/C aku 02 ok.

8. Close dengan ayah or mak?
Sangat close dengan mak. tapi kadang-kadang aku prefer abah untuk share masalah.

9. Your 1st love? When?
Cinta pertama aku adalah kepada boprend aku sekarang. huaa guling. serius lain lah cinta monyet and cinta pertama. aku anggap cinta monyet never become a first love.

10. 1st time pakai heels. 
Yes! aku ingat lagi. masa tu standard one or two or three. famous heels yang ada bunga dalam heels tu. haha susah nak mengujakan dalam words.

11. Mandi sehari berapa kali?
Paling banyak 3kali. paling sikit 2 kali. tapi bila demam makin kerap mandi. nak turunkan suhu katanya. 


11 perkara pasal diri aku.


1. Aku lebih suka duduk kat rumah sebab aku malas nak bersiap lawa-lawa masa nak keluar rumah.

2. Masa hari Rabu, aku tak suka tengok tv3 waktu malam sebab siaran dia sangat tak best time tu.

3. Aku dah lama tak makan daging masak hitam. gila terliur aku sekarang ni.

4. Selalunya kalau aku masuk bilik air untuk mandi, rasa macam buat concert. 10 lagu semuanya.

5. Cita-cita aku masa kecik-kecik nak jadi reporter lepas tu deejay radio. ^_^

6. Tomyam yang sedap dari sudut pandangan aku adalah tomyam yang pekat dan masam.

7. Mak aku cerita, masa aku kecik-kecik dulu, aku tak akan keluar rumah kalau rambut aku tak bersikat.

8. Aku sangat anti-jogging. aku prefer tidur awal, bangun awal untuk jaga kesihatan. itu lebih bagus.

9. Aku tengah main The Sims Social masa menaip entry ni. game paling evergreen.

10. Nombor bertuah untuk aku adalah 21. tapi tak bermakna aku nikah umur 21.

11. Aku suka tengok manusia yang cantik-cantik. tapi bukan yang muka cantik pakai spec besar penyepak dengan muka sombong mulut ke depan. T_T


11 soklan untuk anda..


1. Cerita sikit pasal model handphone anda sekarang. Beli guna duit siapa.

2. Negeri yang anda rasa paling best kat dalam Malaysia ni.

3. Anda rasa apa tujuan anda berbelog.

4. Bila last anda dengar radio.

5. Kat rumah ada kucing tak?

6. Cartoon kegemaran? Kenapa?

7. Ada bf/hubby? Anda save namanya sebagai apa di dalam phone?

8. Subject SPM yang anda rasa paling susah adalah..

9. Bila kali pertama bawak motor/kereta?

10. Barang yang paling penting yang perlu ada dalam handbag/dompet.

11. Pernah terlibat dengan accident? Cerita sikit.





11 orang mangsa tag ialah!

1. Sis Love

2. Si mata bolat

3. Cik Wawa

4. Cik rocket

5. Jiji

6. Scooter Girl

7. Cik Qaseh

8. Cik Emyadila

9. Cik Teah

10. Cik Domo

11. Cik Edayu


Dhaa


04 November 2011

Suatu ketika dahulu..

Assalamualaikum.

Aku tengah curi masa yang terluang ni ha untuk update belog sebelum mak aku panggil pergi dapur. kejap lagi kena siapkan juadah mak dengan abah aku puasa sunat.

Once upon a time.. Umpama cerita dahulu kala, zaman bahasa baku. kita lihat gambar dahulu.



Budak kebuluran. makan sampai jilat jari kiri.



Aku ingat ni gambar aku dengan abah. 
Adik aku rupanya. 



Budak rambut separa botak tu adik lelaki aku.
Aku tahu laa aku lagi comel. jangan cakap kat semua orang pulak.



Selalunya fenomena ini berlaku bila abah tak mengotakan janji untuk bawak kami ke pampe. (funfair)



Dulu-dulu, aku comel macam Mia Sara lah.
Baju putih tu comel macam kakak dia ni jugak.



Kecik-kecik dah pandai pose bajet comel.



Masa ni cita-cita aku nak jadik pegawai bank. 
Handbag tak cukup besar lagi tu..



Mak gwa layan polka-polka je hoi.



Gambar di ambil semasa tumbesaranku normal sehinggalah adik aku melampaui batas normal.
Memang kena buli dengan adik-adik je.



Si budak ni memang comel dalam keturunan. 
Wallahhualam sekarang comel ke tak. idaknye aku rase.



Group The Siblings. 
Single terbaru: Sekarang aku dah berpunya, mana ada aku single.


Sekian, selamat malam.

Selamat menyambut AidilAdha. 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...