03 November 2011

Semester Break's Project

Assalamualaikum.

Sekian lama meninggalkan belog tanpa diurus sebaiknya, akhirnya aku kembali.

Kembali memaparkan kehidupan beta. hahaha

Project yang telah beta sertai adalah Pesta Convo @ UiTM Seri Iskandar. Ianya berlangsung selama 3 hari tapi hampeh sehampehnya sebab sambutan bukan aje suram, tapi dah gelap gelita.

Beta sangat kecewa dengan pengurusan pihak UiTM tu sebab khemah yang di sewa dah bayar dah, sepatutnya depa plan la cantik-cantik bagi orang ramai datang beli kat gerai kami. ni beta hangin ni. kesian kat peniaga-peniaga lain, boleh dikatakan gulung tikar, karpet, bukak bonet simpan barang jualan balik rumah. HAMPEH!

Bersusah-payah mak aku masak laksa and bihun sup. tapi, hari pertama dah memberi kerugian yang besar, hari kedua juga lagi rugi besar sebab faktor cuaca. Hujan pada waktu petang. Sedih..

Hari ketiga pesta convo tu, aku jual bunga dan towel yang disulam khas untuk majlis convo. Alhamdulillah ia jadi hot stuff. wekk hot stuff la sangat. tapi masih tak dapat cover semula kerugian yang ditanggung plus penat lelah tak lelah. MENCIK!



Beta berulang alik dari rumah ke UiTM untuk memantau sahaja.
Hari ketiga baru beta berniaga. 



Di sebelah petangnya pulak aku ada hal di kedai mak aku.
Ia membabitkan bisness juta-juta.


Sekejap beta, sekejap aku, kau pening ke?

Hari tu merupakan hari pertama aku pakai shawl pemberian dari lalabiu ?? apakah? boprend la senang cakap. warnanya agak "sebatu orang nampak aku" jadi aku jarang pakai. 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...