Petang-petang gini dengan sound affect guruh, hujan laju-laju, minum air orange bergelen-gelen, update belog memang sesuai kena sangat dengan mood aku.
Hari tu aku rajin nak pergi Kedah tempat aku pernah belajar dulu. tak ade lah dulu-dulu sangat. baru je aku tinggalkan alam Uni. udara Kedah pon tak nyah lagi dari badan ni haa. mula-mula nak bermalam kat rumah kakak Nad. kakak Nad ni lahir tahun yang sama dengan aku tapi birthday dia awal tahun so kena hormat sikit. teehee misti berbakul dia maki aku kalau dia baca. mahu tak bara, dia panggil aku nenek.
So, tak jadi bermalam kat rumah dia sebab dia baru balek dari honeymoon kat Langkawi dengan kak ipar kesayangan dia. bertambah makian dia, aku rasa.
Esok tu, pagi-pagi aku berdesuppp pergi rumah dia tanpa GPS. guna instinct lagi tepat. area rumah dia memang best! sawah padi keliling, sesuai sangat buat sequel drama Usop Santorian.
Kakak Nadia yang sangattt garang.
Tapi bila lama-lama kenal dia, dok serumah dengan dia aku rasa Nad sangat caring, penyayang blablabla. aku pernah lah marah kucing betina bunting sebab dok usha pinggan penoh nasik pelbagai lauk and nak tolak kucing tu pakai kaki. teehee baru nak tolak, belom tolak lagi kay.. then Nad punya dialog biasa "Fatin.. tak baik buat kucing lagu tu, Fatin nak ke orang buat kat Fatin lagu tu? tak mau kan?" =,=
Bila orang garang cakap lembut-lembut, aku pon tak sampai hati nak cabar orang tua enn. wakakaka
Sambung lagi. aku ni dah mengidam nasik ayam Pak Mud pemes ah kat Merbok. budak UiTM yang dah kena tendang Kolej mesti tahu Pak Mud isap rokok daun kembang idongnya. yang special pasal nasik ayam ni, cabai dia. wajib mintak extra cabai semangkok.
Sebelum tu, aku call si budak kecik. aku nak buat surprise tahap serangan jantung. mahu dia tak pelik enn tiba-tiba aku call tak pernah-pernah. aku pon ayat lah konon nak mintak tolong. typical kawan yang dah lama tak contact, tiba-tiba call mesti ade reasons behind kann. aku dah expert pasal menda ni sebab banyak kali kena. tapi aku bukan kawan yang ade reasons behind ok. kalau aku call tiba-tiba tu, anggap lah aku umpama bidadari yang menyinari kala anda dalam kegelapan yang membawa harapan kepada andaaa. petuihhhh
Then angkut Si kecik and Bib makan dekat Pak Mud. kat kedai ni, dia takkan ambik order untuk hangpa. tunggu lah sampai esok belom tentu dapat. so, kena pergi berebut sendiri kat dapur. memang nampak tak beradap. pedulik la kan. lagi satu, kalau hangpa datang nak makan time lunch hour pukul 1, berhenti jelah tepi jalan and patah balik. memang licin dah belanga depa dah siap basuh.
Todiaa cerita pasal Pak Mud je dah penuh entry.
Tapi kami sempat date kejap je sebab petang tu aku nak gerak balik Batu Gajah dah. so tak sempat nak buat clearance kat campus. yelah proses dia berjela-jela enn. nak melawat semua kerabat lama kat Merbok pon tak sempat. so, next time aku terjah lagi.
Dhaaa
1 comment:
huyohh..sesuci lebaran ja ann duk kutuk aku g honeymoon ngn akak ipar trsayang! -.-'
Post a Comment