17 March 2014

Perasaan banyak rasa

Macam ikan siakap masak banyak rasa. (title combo with entry)

Tambah tambah perasaan perempuan macam aku. Variety dan aneka rasa. Tapi ade satu rasa tak terjelas dalam kepala otak. Mungkin makan kepala ikan banyak sangat sampai hilang normal pemikiran otak manusia.

Aku pulak suka la pikir deep padahal tak masuk exam pon. Lepas tu ape yang aku pikir tu mustahil ade jawapan. Kalau ade jawapan pon entah betul entah spekulasi.

So, persoalannya siapa ada jawapan untuk soalan aku. Aku tulis sini habis sini key.

Persoalannya, Shamsul Yusof memang nak sangat sangat kat Putseri Sarah tu eh? Hmmm


What the FAY say

10 March 2014

Seni menjawab

Assalamualaikum.

Ni pon antara post yang aku tak sure aku pernah ketengahkan di belog ini atau diketepikan. Tapi sebab isu berbangkit dalam otak, kita kasi chan borak sini.

Aku tak sure la sejak bila aku dah start pasif bila mak tengah berleter berkilo kilo. Dulu zaman darah muda aku ada la bantah or defends diri time mak main tembak je. Yelah, salah orang lain pon aku bboleh terbabit sama. Tapi silap besar wei makin berjela pulak karangan mak aku. Plus kena chop menjawab plus bekas tapak kaki kat perut. So aku ni kan anak sulung pulak lagi lah makan garam ayat "menjawab tu bahaya. Baik diam for your own sake."

It works la jugak. Mak duk bebel bebel supa hantar voice wechat. Bebel sorang sorang tak ke bosan. Lama lama bebel dia makin sekentot macam angin lalu je. Seriously, aku buat derk je masa mak aku dok berleter. Tapi ape yang dia berleterkan tu masuk kepala and aku berdialog dalam kepala jela. Buat style serang hendap je malas nak bising. Lagipun memang aku salah.

Tapi makin lama mak dah jadi kawan pada kiteorangadik beradik sebab dah pakat nala punya besaq kalah mak. Siap mak pun kami adik adikkan. Kena dengan mood dia la. Kalau tak, kena jugak chop kuajaq. Tapi thank god adik aku si pipah ni memang di lahirkan dengan seni menjawab kot. Kalau mak aku berleter, dia boleh fire balek tapi buat versi lawak so boleh patahkan hujah mak yang bak bebola api.

Seriously aku pon tak terjangka kadang tu ape yang keluar dari mulut si pipah. Dah la lawak plus masuk akal plus boleh kena penampar kalau mak zaman dulu kala. Tapi mak zaman ni dah kami adik adikkan wakaka


What the FAY say

04 March 2014

Sembang kalau

Sorry for gambar sejambak. Rasa ala ala Anzalna.

Assalamualaikum.

Biasa dengarkan orang tak boleh terima hakikat mesti keluar ayat "kalau lah aku tak keluar malam jumaat lepas, mesti aku tak kena jangkitan sembelit".

Sembang kalau ni, cicak pon boleh beranak. Tapi nak buat macam mana dah tu je ayat paling sedap. Takkan nak cakap kat diri sendiri, "beruntungnya aku dijangkiti sembelit". Berapa banyak yang terus merasa hikmah setiap kejadian. Paling kurang pon hanya sedar hikmah suatu kejadian bila hikmah tu terbentang depan mata.

Memang manusia takkan pulih dari sakit ni. Sakit tak pernah cukup. Aku pon biasa la takkan nak cakap bagi pihak orang lain. Tak lari banyak pon same je kita manusia. Kadang memang rasa hidup ni tak adil. Kejadian kita tak seadil kejadian orang lain.

Kenapa ada orang tu tak payah berabis duit untuk cantik. Macam aku, aku kena makan collegen kulit, pakai serum, tempek bedak sejuk. Ada yang tak jaga muka langsung siap tidor dengan mekap tapi kulit halus macam bontot beby.

Lepas tu aku muhasabah diri balik. Maybe dia habis duit tang lain. Dia kena bagi anak ikan dia duit ke kan sapa tau. So, aku pon sambung lah tempek bedak sejuk kat muka.


What the FAY say

03 March 2014

Kes ditutup

Assalamualaikum

Harini makan nasik bertambah sepinggan tapi takde rasa kesal sebab bukan selalu mak masak. Mak pon dengan bangga ngaku makin lembut jari kat status fesbuk dia tuari. Ni semua sebab laksa yang dia masak tak laku. Bukan tak sedap tapi yang ada kat rumah ni 3 orang. Sape nak wakil makan untuk 10 orang lagi. Memang aku boleh tapi aku taknak la mati tersedak kuah laksa. Terus merajuk orang tua tu taknak masak dah. Kalau aku tau macam ni jadinya rela aku mati tersedak kuah laksa dari mati kebulur air tangan mak.


What the FAY say
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...