Assalamualaikum.
Biasa dengarkan orang tak boleh terima hakikat mesti keluar ayat "kalau lah aku tak keluar malam jumaat lepas, mesti aku tak kena jangkitan sembelit".
Sembang kalau ni, cicak pon boleh beranak. Tapi nak buat macam mana dah tu je ayat paling sedap. Takkan nak cakap kat diri sendiri, "beruntungnya aku dijangkiti sembelit". Berapa banyak yang terus merasa hikmah setiap kejadian. Paling kurang pon hanya sedar hikmah suatu kejadian bila hikmah tu terbentang depan mata.
Memang manusia takkan pulih dari sakit ni. Sakit tak pernah cukup. Aku pon biasa la takkan nak cakap bagi pihak orang lain. Tak lari banyak pon same je kita manusia. Kadang memang rasa hidup ni tak adil. Kejadian kita tak seadil kejadian orang lain.
Kenapa ada orang tu tak payah berabis duit untuk cantik. Macam aku, aku kena makan collegen kulit, pakai serum, tempek bedak sejuk. Ada yang tak jaga muka langsung siap tidor dengan mekap tapi kulit halus macam bontot beby.
Lepas tu aku muhasabah diri balik. Maybe dia habis duit tang lain. Dia kena bagi anak ikan dia duit ke kan sapa tau. So, aku pon sambung lah tempek bedak sejuk kat muka.
What the FAY say
No comments:
Post a Comment