03 March 2014

Kes ditutup

Assalamualaikum

Harini makan nasik bertambah sepinggan tapi takde rasa kesal sebab bukan selalu mak masak. Mak pon dengan bangga ngaku makin lembut jari kat status fesbuk dia tuari. Ni semua sebab laksa yang dia masak tak laku. Bukan tak sedap tapi yang ada kat rumah ni 3 orang. Sape nak wakil makan untuk 10 orang lagi. Memang aku boleh tapi aku taknak la mati tersedak kuah laksa. Terus merajuk orang tua tu taknak masak dah. Kalau aku tau macam ni jadinya rela aku mati tersedak kuah laksa dari mati kebulur air tangan mak.


What the FAY say

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...