04 March 2011

Cerita lawak yang tak biase dengar


Suatu hari seorang raja bijak yang kebosanan telah memanggil semua penglipur lara istana. lalu berkata  "hari  ni beta nak dengar cerita apa2 cerita yang tak biasa beta dengar, barangsiapa yang boleh bercerita
silakan.. beta akan hadiahkan 2000 dinar!!!

Maka bangunlah seorang penglipur lara, bercerita dgn penuh hebat dan semangat..semua orang berasa lucu dan bergelak tawa, kecuali raja. Raja berkata "cerita nih dah biasa beta dengar!" Lalu hampalah perasaan penglipur itu tadi untuk mendapatkan 2000 dinar.

Maka bangkitlah seorang penglipur lara yang lain tidak berpuas hati atas tindakan tuanku itu tadi..Lalu bercerita dengan ekstrem yg tidak pernah siapa2 pun dengar sebelum ini...Semua org terpegun dan bergelak ketawa, kecuali raja, lalu berkata "Aaaah, citer dah biasa dengar..." Maka malulah si penglupur itu tadi bercampur marah dan dendam.
Bangun seorang Penglipur lara yang bijak melihat gelagat tuanku. Lalu mula bercerita.

Pada suatu masa dahulu, untuk pengetahuan tuanku, arwah bapak tuanku dengan arwah bapak saya kawan baik. Tapi bapak tuanku pada waktu itu hidup susah lalu pinjam duit ke bapak saya. Pinjaman sebanyak 2000 dinar, tapi tak mampu untuk bayar balik. Maka bapak tuanku pun berpesan ke bapak saya sebelum dia mati "Nanti bila anak aku dah besar suruh dia bayarkan balik hutang2 aku tu kepada anak ngko ye?"

"Apa macam tuanku? Cerita biasa dengar ke tak biasa dengar?" tanya si penglipur lara berpuas hati teramat sangat sambil melihat tuanku yang terkial2 nak menjawab.



Hari ni aku macam dihinggapi mood sarkastik , bombastik , chopstik. huh really not in mood. cerita lawak yang aku cari pun macam tak menjadi je lawaknye. 



Rase macam nak senyum ke tak? nak senyum ke tak?


03 March 2011

Pendapat aku pasal disable right click

Perut tengah lapar macam ni pun aku masih ade mood nak menaip. suatu kepelikan sebenarnya bagi aku. perut adalah segala-galanya. kekosongan perut membawa kepada kekosongan idea. (auta)

Ini adalah pendapat aku mengenai disable right click.




Ni perkara biasa yang blogger-blogger lain buat. tujuannya tak nak bagi barang-barang kat blog kita di cilok. mungkin?

Sebenarnya aku pun pernah buat jugak. dulu la. tapi aku rasa macam sakit hati je. ok aku bagi contoh untuk satu situasi: 

Korang tengah berwindow blogging. sekali tu korang tertarik dengan widget dia yang bergayut kat side bar. dalam hati korang "eh cam best lah. nak rembat kat website widget tu lah." (honestly memang skema)
korang right kelik dengan harapan dapat bukak lagi satu tab untuk website tu and belog orang tu juga korang boleh continue bace.

Macam-macam la yang keluar mase korang right kelik. ade yang kau kelik aku terajang! kantoi kelik kanan and what so ever..

Jadi korang ambik keputusan kelik widget yang membawa korang ke webpage lain. meninggalkan belog yang best tak best untuk di bace entrynya.

See , aku rase bile korang meng'able'kan  right kelik , kita boleh open new tabs and belog korang pun orang boleh view. tapi in case kalau korang rase tak secure if ade orang nak cilok gambar atau entry korang , korang tempek la watermark korang kat setiap sudut belog. takde masalah punye..


02 March 2011

Saya Bangga Ada Ibu..

Hari ni aku kene cerita pasal mak aku kat sini sebab..



Kirin Selama Perak atau KSP telah mengumumkan 
contest anak manje. kelik sini!
moh kite join!

Aku punye mak..

Perihal aku dengan mak aku memang nyata kalau bab makan and masak. kalau aku masak ape-ape , mak aku akan makan dan tak comment banyak. tapi selalunye aku akan masak bile mak aku tak ade kat rumah.

Satu hari tu aku tengah masak, tiba-tiba mak aku balik rumah tengah hari tu.. selama ni mak aku tak pernah tengok anak dara dia ni masak. tiba-tiba mak aku jadi terharu sebab anak dia ni dah pandai masak cincai. (ni bukan first time akak masak la mak.. T_T)

Aku paham perasaan mak aku. maybe selama ni dia yang masak, manakala anak dia yang jarang ke dapur dah boleh di harap kalau setakat nak masak tomyam, ape-ape masakan pedas aku boleh siapkan.

Mak aku sangat obses emas! owh yeh kite cerita pasal emas pulak. mak aku suke emas untuk di buat aset bukan perhiasan di badan. ala yang jongkong emas tu..

This is really funny when my dad luahkan perasaan kerinduan kat tempat lahir , mak aku dengan tak rase serba salah comment benda yang aku dah agak ade dalam kepala dia.. mak. mak.


lama x balik kerteh....... rindu gila..hujan emas d negeri orang hujan batu d ngeri sendiri.......jadi nak hujan emas ke ujan batu????????
23 February at 16:45 ·  · 

    • Nor Lida public gold le....
      23 February at 18:54 · 

    • Fatin Adila ‎; hahaha mak obses!
      24 February at 04:45 · 

    • Nor Lida ha ha ha......
      24 February at 19:31 · 


Public Gold tu syarikat Jongkong emas. hehe

Mak abah pun same-same obses emas.

Aku nak gune gambar aku dengan mak aku untuk contest ni.



Puan Nor Lida omey-omey.
Muke kami fotostat =)




CONTEST ME AND HIJAB – KHUMAERA ISMAIL

Memula aku berwalking ke belog dia ni aku ingat macam budak-budak dia ni. comey ayu je. rupanye dah kawen.. sweet betul. terus aku nak join contest ketiga dia. sebab first and second dulu tu aku tak join pun.



comey laa. 
kelik gambar dia kalau rase nak join.
or kelik sini.


Aku dengan segan silunya nak tempek gambar ni untuk bertanding.



aku suke shawl ni sebab dia kaler purple.
which is my feveret kaler =)

kepade cik wawa
mari kita join!




01 March 2011

The Faceblog yang serba pink

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTI FACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMA FACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH


Edit
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...