Untuk karangan ni aku memerlukan perkataan aku dan kau. aku merujuk pade semua golongan perempuan. kiranya aku nak wakili semua perempuan. kau pulak mewakili golongan lelaki.
Jangan ade yang terasa hati sorang-sorang. mari kita terasa sama-sama.
Situasi I : Sebelum kau jadi BF aku , aku ni dah biasa survive sorang-sorang. tapi bila aku dah ada kau , kau claim kau perlu ambik berat pasal aku , risau pasal aku.
Issue nya : Syukur Alhamdulillah aku dapat BF macam kau. tapi kau tak perlu lah sampai tak percaya kat aku. dah aku biasa survive sorang-sorang naik bus yang kau pulak keep telling kat aku benda bukan-bukan akan jadi.
Explaination : Aku bergerak dari rumah nak naik bas pergi keluar dengan kawan-kawan. tapi boleh jadi juga kalau aku keluar sorang-sorang dari campus nak naik bas balik rumah sebab masa tu kawan-kawan aku tak dapat balik. ape kes nak menyusahkan kawak-kawan nak suruh hantar aku pergi stesen bas. kau tu bukan ade dekat sini untuk tolong hantar aku kan. so , aku pun pandai-pandai lah survive sendiri. kau pulak tak habis-habis cakap benda bukan-bukan like ► nanti ade orang jahat la , tiket takde la.
Example : Nak di jadikan cerita , tiket bus tu ade tapi , bus tu sangat lah lembap nak mampus. nasib baik tak mampus. aku pun tadah kan jela telinga kena lah terima salah silap harap maaf. tapi oleh sebab aku taknak di salahkan or merasa lebih down , aku diamkan je hal kelewatan bus and lenguh kaki duk tunggu bus tu. sanggup aku tak cerita sebab tak tahan nanti kena blame lepas tu.
weh kau consider la sikit. kau patutnye tenangkan aku bagi tak down. dah la bus lambat , satu hal pulak bile kena dengar kau punya tak puas hati kat aku. tang mane entah yang kau claim kau tu BF aku? yang pasti aku perlu telan sorang-sorang. macam tade BF heh?
Situasi II : Kau untuk difahami. Aku untuk disayangi
Explaination : Aku langsung tak setuju dengan quotes atas tu. macam haprak. kalau kau claim kau untuk difahami , means kau tak perlu disayangi. tapi normally aku , which is girls , mesti lah banyak bagi kasih sayang. kalau tak pade parents , kau lah makhluk Allah yang aku nak bagi kasih sayang tu. aku tak rase kau je perlu difahami , aku pun nak rase difahami. difahami yang dimaksudkan kat sini faham yang aku perlu disayangi oleh kau. yang kau dungu sangat nak tunggu aku rase terabai baru kau terhegeh-hegeh nak message pagi-pagi buta ape kes.
Example : Aku faham kau ni suka main futsal even aku ni tak reti main futsal dan tak pernah faham pun seseorang yang gilakan futsal tu macam mane. oleh sebab kau claim yang kau untuk difahami lah aku ni faham kau bila kau nak main futsal and segala bagai. dah aku reti faham kau , aku tak rase disayangi pun? kau tipu aku ke? kau bagi alasan heh? aku nak tamak. aku nak difahami , disayangi , dikasihi , segala di lah!
Situasi III : Memang kau ni kaum yang taip message ciput-ciput kah? membazir kredit je.
Explaination : Aku punyelah taip message berjela-jela , kau reply haha , ok , yup. kau pergi campak handphone kau dalam lombong sekarang. sangat menyakitkan hati weh. nak kate kau ni not in a good mood , takkan setiap hari kau takde mood? what??! kau tak tau nak message ape? it's ok kalau nak gayut. ape?! kau lebih suke message dari gayut. heh?
Example : Kau cakap kau tak tau nak message ape dengan aku?! kau update pasal gigi bongsu kau tumbuh kat facebuk tu boleh pulak? kau couple dengan aku or facebuk sampai kau cerita kat dia dulu dari aku? touching la macam ni.
Situasi IV : Dulu mase mula-mula couple kau bukan main eh tunjuk sayang kau tu. apsal sekarang dah tak tunjuk? (normally semua orang pun rase macam ni)
Explaination : Kau ni macam padi tau tak? mase kau baru tumbuh , hijau-hijau je lagi. kau dari jauh duk melambai-lambai kat aku tak kire pagi petang siang malam. lah , sekarang bila dah lame sikit kau pandang aku pun tak. kau rileks je. kau buat derk kat aku.
Example : ambik lah mane-mane contoh dari korang sendiri.
Cukup dah kut untuk satu entry. sekian terima kasih ✌
07 April 2011
04 April 2011
Question mark ¿
Seharusnya aku perlu bersiaran live kat ABP semalam tapi di sebabkan ade class Human Resource dengan Sir Habib tampan , semuanya lingkup. tak jadi tengok ABP sebab sir cakap "semua pemenang untuk pertandingan tu memang dah diorang tetapkan sape menang.." ye kah?
Tak kisah lah sape menang ABP pun. yang penting , banyak story nak habaq. macam biase , lets picture tell the story..
Kemudian..
Macam Fizow Omar tak? tapi mase dalam class nampak macam Zaquan Adha. Sir Habib belah kiri. kanan tu kembar dia. kadang-kadang dia tukar dengan kembar dia suruh ajar class kami. ??? tipu je. kalau betul pun sumpah kite orang tak tau. sejibik kot!
Tak kisah lah sape menang ABP pun. yang penting , banyak story nak habaq. macam biase , lets picture tell the story..
Penumpang-penumpang yang berdisiplin.
Dah banyak kali plan nak makan kat tanjung dawai , last week tercapai jugak..
Humang aih. *teruja*
Kemudian..
Sangat comey mase si kecik ni mintak aku snap picture dia dengan cap tu.
Location : Queensbay and Perangin Mall
Mase nak park kereta kat Queensbay aku rase malas nak cari parking , aku tinggalkan kat car wash. hehehe bijak tak? mase balik , kereta aku macam baru lepas keluar saloon kecantikan.
Ok dhaa ✌
23 March 2011
Bukan pulun tapi Peluang
Di entry yang lepas , aku bercerita pasal kampung halaman. kali ni nak tambah sikit.
Tapi kite jump terus ke penutup. iaitu kami semua dah nak balik.. cuti masing-masing dah lebur. ayuh kembali ke tempat asal.
On the way tu mak aku suruh abah aku singgah kat Pantai Cherating. Pantai tenang pagi tu. beza dengan hari-hari lepas. ombak tinggi-tinggi.
Let pictures tell the story.
22 March 2011
Rumah tangga vs Kampung halaman
Aku mangambil masa yang lama nak update entry baru sebab busy yang amat. bile dah ada masa , semangat pulak tak berapa nak ade. Ok sekarang semangat dah ade.
Walaupun tajuk entry ni rumah tangga , tak de maknanye aku akan berumah tangga. berumah di tepi pantai ade la. ok minggu lepas aku ambik cuti pelepasan seminggu dari lecture sebab family aku kena balik Terengganu. kami semua dah lama tak balik.. entah tok ki ingat ke tak nama cucu-cucu dia.
Sampai-sampai je kat rumah , dah macam kontena langgar tembok. aku baru terpikir nak landing ke sauna ke. badan ni dah naik lenguh naik bas 4jam padahal 3jam tu dah patut sampai rumah siap nasik sepinggan dah hadam dalam perut. ok aku tanak cite pasal bas gila yang aku naik tu.
Hancur harapan aku bila rumah bersepah , perabut , katil entah ke mane. rupa-rupanye barang-barang dah bawak masuk kat rumah baru. tinggal tilam terbentang kat ruang tamu depan tv kat rumah lama. aku excited nak lepak rumah baru , langsung aku tak heran dah dengan angan-angan nak landing segala tadi tu.
Esoknya , aku orang yang paling bertungkus-lumus kemas rumah baru. sebab petang tu nak berangkat pergi Terengganu. memang double excited.
hasil tungkus-lumus
Aku kemas-kemas kat ruang yang nampak di pandang. ruang yang tak nampak di pandang which is dapur and bilik tersadai lagi. so gambarnya di hide dari di tayang. lalala
Finish rumah tangga. terbiar begitu saje sebab nak ke kampung halaman.
Kampung halaman yang terletak di Kerteh dah makin maju. dulu tak de Mesra Mall. ia macam tesco , tapi ade TGV. bila masuk dalam mall ni macam kat JJ la pulak. tapi JJ banyak tingkat. Mall ni setingkat je. tapi tak banyak gerai jual shawl. heran aih? aku baru ingat nak borong shawl or syria. pashmina ade la sikit.
Pasar payang pun dah maju. kat kawasan luar pasar payang dah banyak bangunan yang naik untuk jual baju kaften , batik , sutera. Sutera kat sini sangat cantik! silau mate la.
Tapi rugi sangat tak dapat nak bercanda lebih-lebih sebab kat Kuala Terengganu hujan memanjang. balik dari pasar payang sempat singgah kat Masjid Terapung. dari dulu aku panggil masjid terapung , dah tukar nama rupanye.
Dulu aku rasa masjid ni besar , sekarang dah kecik la?
or aku dah besar?
Masih ade stock piture. tapi simpan untuk next entry. till here. dhaa
12 March 2011
Pink Rawwrr!
Peringatan!! Entry ini penuh dengan caler pink punye.. kalau mate tu tak tertahan memandang , jangan pandang. buat tak tahu je.
Seawal jam 7a.m. aku dah kejut roomate aku si kecik untuk bersukan di hari sabtu. Si kecik dengan mulut gumam-gumam "awal lagi laa.." tarik selimut tutup muka.
dushh patah semangat dah ni. ok aku tidur balik lah macam ni. tak bagi support langsung!
Akhirnya gang pink datang lewat 9suku cenggitu. dari jauh nampak macam auww , datang dekat nampak rawwrr sambil joget chicken dance.
Seawal jam 7a.m. aku dah kejut roomate aku si kecik untuk bersukan di hari sabtu. Si kecik dengan mulut gumam-gumam "awal lagi laa.." tarik selimut tutup muka.
dushh patah semangat dah ni. ok aku tidur balik lah macam ni. tak bagi support langsung!
Akhirnya gang pink datang lewat 9suku cenggitu. dari jauh nampak macam auww , datang dekat nampak rawwrr sambil joget chicken dance.
si kecik rase terharu sebab dalam ni dia nampak betul-betul kecik. T_T
Bib terkeluar tajuk laa pakai kardi hitam.
From left : awan Dania , si Kecik , Bib.
Picture tak mengikut urutan kejadian.
The rest yang pakai selain pink adalah junior. tema hitam putih.
Tengah pujuk Dania.. ajak main futsal.
Nak je aku namekan entry ni : entry khas untuk Si Kecik.
Gambar dia je belambak.
Goal keeper yang kepenatan sampai terlepas satu bijik bola hasil penalty.
Alahai kite orang kalah game futsal tu sebab penalty je. kecohh rawwrr. janji enjoy , menang or kalah campak tepi. untuk bahagian petang punye game jangan di tanye ke mane kami hilang ye.. untuk game pagi sampai tengah hari pun dah macam nak pitam. ok dhaa















































