09 February 2013

Buat Terok #10: Dua ringgit

Assalamualaikum.

Aku pernah merasa situasi agak kritikal iaitu nak start a conversation dengan orang yang baru kita kenal. kebetulan pulak takde sape-sape yang kita kenal. nak taknak kena lah mula bercakap kang sepi selamanya pulak.

Tapi.. jangan lah malukan diri sendiri. mungkin nampak cool tapi kalau orang tu teringat sure dia gelak guling.

Taknak sepi selamanya try nak ramah: Ko pernah pergi kedai 2 ringgit tak?
Orang tu: Uhhh?
Taknak sepi selamanya try nak ramah: Gila lahh semua barang dia 2 ringgit. tak kira kecik ke besar.
Orang tu: Uhhhhhh?
  

07 February 2013

Buat Terok #9: Tau takpe

Assalamualaikum.

Kadang benda ni kita tak perasan. tapi takde pulak yang menegur sebab benda simple takde lah sampai jadi jenayah. tapi menyusahkan tu ade lah sikit.

Lets say, kat rumah kita just ade you and your parents. then, adik/kakak/abang dari mane cerok entah balik rumah on weekends or for holidays. selama ni ok je kau buat kerja rumah sendiri dah kau sorang-sorang je kat rumah. nak harap sape lagi.

Tapi dah adik beradik balik time-time tu jugak kau macam patah kaki tangan nak buat kerja jadi kekok kalau adik beradik tak involve. heh it is saya. heh saya is perangai begitu.

Aku jadi pantang bila ade orang lain kat rumah ni and bersenang lenang padahal kerja jadi mudahkan kalau kau tolong. tolong la buat-buat sebok pon takpe asal tak saket hatiku ini.

Hohohohohohohoho gila buat terok.


06 February 2013

WW: Sesiapa pon jua

Assalamualaikum.


Dua jeans dah aku apply menda ni and it works. aku pelik jugak sebab masa mula-mula beli jeans tu, ok je aku pakai takde pon terbukak sendiri zip tu. lama-lama dia turun sendiri. nasib baju aku style labuh. kalau tak mau aku meraung. takkan pasal aku dah gemuk?

Aku tahu mesti ade jugak yang pernah alami cenggini. jangan malu, pergi geledah laci cari keychain.

05 February 2013

Buat Terok #8: Baran pedas

Assalamualaikum.

Kaum keluarga aku terdiri dari suku masyarakat yang berdarah panas. masing-masing punya baran sendiri. ini termasuk abah aku yang baran dia takkan cool down time makan sambal belacan.
Dia boleh maki kat sambal belacan tu. padahal kalau menatang tu takde atas meja makan, di makinya juga sambal belacan. makanan wajib maki katenye.


Satu hari, Maksu dan famili dia datang. semuanya ok till time makan. gelak, berterabur nasik, tambah lauk, jilat jari. tetiba we all terdiam sebab heard someone shouting at the kitchen which is kat corridor lah lebih kurang.
"Pedaih hoiii" - dad's voice like hell.
Itu better than he tempik depan sambal belacan at meja makan.

03 February 2013

Wall deco 3D

Assalamualaikum.

Dah lama aku berangan nak bilik ala-ala gerlish. aku naik buhsang tengok bilik kusam je nasib tak berlumut. sawang sikit-sikit ade. ni sebab banyak sangat godaan. godaan yang macam tulah.
Nasib lah ade mak aku yang prihatin just beli wall deco and terpulang lah kitaorang nak tereban tang mane menatang wall deco tu.
Aku jadi excited sebab dia punya color lawa, bunga timbul siap ade rama-rama macam hidup pulak.

Waaa walaupun tak memerlukan creativity and tahap idea yang tinggi, tapi kena ade ketekunan jugak nak buat kerja tampal-tampal ni.

Kalau nak tunggu aku hias bilik ni, gamaknya abah aku pencen pon belom tentu dapat tengok. 

 Hoyeh ade rama-rama. tapi telah di awet.

Aku bajet nak letak frame gambor kat tengah-tengah tu.

Burung makan rama-rama tak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...