29 August 2011

Welcome Syawal

Assalamualaikum w.b.t

Ok semua dah bersedia dengan persiapan raya?

Setakat ni aku rilex je guna and pakai ape yang ade. tapi ada jugak barang-barang baru untuk raya ni. nama pun raya.

Selepas cuti raya ini, masa agak suntuk dah. tak boleh lengah-lengah dah sebab waktu study week aku dan group assignment kena membentangkan project Entrepreneurship (VIVA).

Dalam project ni kami buat Product Roselle. terhasillah satu belog tipu-tipu untuk syarikat kami. Fanatiq Enterprise. Besar hati aku sekiranya ada antara korang sudi follow belog tu. lepas habis VIVA kami tu, hangpa nak unfollow belog tu pun tak apa. aku pun bukan nak constant update belog tipu-tipu tu.


Last word: aku dah tak sabar nak makan ketupat favourite sampai pecah perut.



Ehsan Google.
Selamat menyambut hari raya Aidilfitri kepada semua rakan-rakan,
saudara-mara, jiran-jiran, guru-guru dan semua yang mengenali aku.



27 August 2011

The end of Ramadhan.

Assalamualaikum.

Ini stock terakhir Ramadhan.

Sudah mau raya hah! semua settle. baju raya tahun ni biasa-biasa je. mula-mula family aku nak beraya kat rumah je, taknak balik kampung. tapi semua jiran-jiran pakat balik pakat senyap sunyi Batu Gajah. so, malam raya gerak balik Kedah.

Boring betul.

Tapi ada stock gambar masa saat-saat akhir Ramadhan.



Entry pasal makan lagi..
Nama pun bukak puasa.



We @ frutti frutti!
Bukan tutti frutti.



@ Pizza hut too



Frutti frutti sama mahal macam tutti frutti.
Dah baya mahal-mahal wajib tangkap gambar segudang.



Myra and Dania yang fotogenit.



Lynda roommate Myra.



Gambar aku & Myra penuh dalam phone Pa'ah.
bhahaha



*Ayu Raubedah*



Belon ni Dania dah kebas.



Kebetulan Anna Zain (hujung kanan) ada di sini bersama hubby dia.






Celeb..


Sudut ni sangat cantik.



Ade pulak gambar kereta aku kat diorang.
Terharu.. T_T


Last word.. Selamat Hari Lebaran ikhlas dari Fatin Adila Yahya with love.

anak bulan dah kelihatan. selasa mungkin raya! Hati-hati di jalan raya. =)





26 August 2011

The middle of Ramadhan

Assalamualaikum.

Ye aku tahu sekarang ni dah akhir ramadhan..

Memang dah lama sesangat aku tak update belog sebab agak tak rajin.

So sebab tu lah cerita ni stock tergendala punya. Kejadian ni memang terjadi masa pertengahan Ramadhan. tengah duk busy dengan projek roselle aku tu sempat lagi plan nak bukaka puasa kat luar.

Ada satu hari tu, kami plan nak berbukak puasa kat Hotmas. tapi alamat minum air masak jelah kalau sanggup tunggu orang lain bukak puasa dulu. meja semua fully booked. masa tu baru pukul 4. niat nak pergi booked siap-siap tapi hoyeh semua meja dah bertuan.

So, tak nak menghampakan perut aku dan kawan-kawan. aku sedaya upaya adjust masa yang sesuai.



Memperkenalkan muka mereka bertiga yang terexited dapat pergi Hotmas



Padahnya bila datang awal tapi waktu berbuka belom tiba. 
Makanan sudah tiba.
tiba-tiba



Ini Dania yang sangat happy go lucky.
Dia lah sayang-sayang saya.



Lamb chop black paper Pa'ah yang paling lambat sampai.



Yang ini aku punya!!
Grilled chicken black paper.



Dania berkongsi makan dengan boboy dia.
Boboy tu ada kat atas pinggan dia. T_T
Bf dia bagi.. tu yang over tu. 



Chicken chop si Kecik yang tak berapa nak kecik.



Nasik goreng mereka-mereka yang lain.

Hotmas ni memang terbaik! kalau masa bulan tak puasa, orang sentiasa ramai. tapi 5 minit lepas ambil order terus boleh dapat makan. sedap and banyak pulak tu. aku memang suka restoran macam ni!

Last but not least..


Pinjam boboy Dania. 
Sesuka hati aku buh nama dia boboy. 
bhahaha

18 August 2011

Serangan asid di bilik aku




Tertuduh


Aku ingatkan semut api and kerengga adalah insect yang paling bahaya tapi ada lagi rupanya insect sebesar kuman yang memang bahaya. Kecoh penghuni kolej Murni pasal Charlie. Saiz dia memang kecik sampai kita tak sedar pun kewujudan makhluk Allah ni.

Menatang ni akan datang bila tiba musim dia. Sekarang musim orang menuai padi if I’m not mistaken lah. Jadi, Charlie hanya wujud di negeri yang ada padi lah? Yes I’m the lucky one to meet that tertuduh and the mangsa of serangan Charlie. Bila terkena, tak ubah macam kena simbahan asid.

Memang asid lagi pedih sampai cair muka tapi bila tengok roommate aku sengsara sebab terkena bisa Charlie tu I was like “why that such insect mesti ada dalam dunia ni?”


Wallahualam..

So, ni hasil carian aku kat google. aku tak dapat lah nak tunjuk gambar sebenar roomate aku tu. 








Kalau dah tersilap langkah, maksudnya korang dah terusik Charlie tu, korang jangan garu tempat luka tu, bisa dia akan merebak. 

Kes kawan-kawan aku yang lain, diaorang kena masa tengah tidur. Charlie tu merayap kat muka, dia ingatkan nyamuk or semut. sekali dia tepis, zapp berparut muka. some case, parut tu akan kekal. tapi kalau rawat cepat-cepat, sebelum parut tu kehitaman, pakai bio-oil insyaAllah hilang..



14 August 2011

Sejam terakhir sebelum berbuka..

Assalamualaikum..


Kuih paling gangster= Lompat Tikam
Kuih paling sexy= Puteri Mandi
Kuih paling keji= Taik Itik
Kuih bajet cute= Cek Mek Molek
Kuih untuk awet muda= Seri Muka
Kuih paling alim= Kuih Ketayap
Kuih penyakit lelaki kronik= Batang Buruk
Kuih suka pukul= Kuih Lompang
Kuih dalam zoo= Badak Berendam


Sengaja buat huruf besar hehe ini je yang aku nak post. belog dah berhabuk lame tak jengah. 

Nasib baik cikgu aku post benda menarik ni kat fb. sempoi kan cikgu aku..

Selamat mentekedarah kuih =)


08 August 2011

Sumber kemerengan

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan.

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy,jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itudipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellinipada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Tahukah Anda antara kereta kebal dan tok guru ilmu kebal, ahlak kereta kebal adalah lebih baik kerana kereta kebal walaupun ia kebal tapi tak pernah membanggakan diri dan riak akan kekebalannya.

15. Jika anda kentut secara konsisten selama 6 tahun 9 bulan, anda akan menghasilkan gas yang cukup untuk menciptakan energi yang diperlukan dalam membuat bom atom

16. Semua beruang kutub kidal. Sekiranya anda berdepan dengannya, sila berunding untuk menggunakan anggota sebelah kanan sahaja, pasati anda dapat melepaskan diri.

17. KELAWAR sentiasa membelok ke kanan apabila keluar dari gua. Mungkin kerana lampu isyarat sebelah kirinya rosak ataupun side mirror kirinya terjatuh.

18. JERUNG tidak boleh buka mulut dalam jangka masa yang lama kerana boleh mengakibatkan ia mati lemas. Manusia yang membuka mulutnya dalam janka masa yang lama menunjukkan ia akan ‘koma’ buat seketika terutamanya selepas makan tengahari.

19. Tahukah anda?..Apabila kita membuang air kecil, badan kita akan menjadi sejuk kerana telah melepaskan haba melalui bahan kumuh. Jika kita men’gencing’ orang lain, maka haba akan terlepas dari badan orang itu lalu kita akan dilempang olehnya.

20. Percayakah anda?..Wanita mengelipkan mata dua kali lebih kerap daripada lelaki dan jantung wanita juga berdegup lebih laju berbanding jantung lelaki. Tapi percayakah juga anda bahawa, lelaki selalu ada dua mata air dan jantung mereka juga berdegup dengan lebih laju jika diketahui oleh isteri.

21. Gelas kaca pecah dengan kelajuan 4,827 km/j. Pecah Kaca, Pecah Gelas, Sudah Baca Harap Balas pula ialah ayat yang selalu diguna oleh budak-budak sekolah ketika bercinta.

22. Hanya ada empat perkataan sahaja dalam bahasa Inggeris yang berakhir dengan bunyi-’dous’ iaitu tremendous, horrendous, stupendous dan hazardous. Ini membuatkan seseorang yang bernama Fidaus berasa bangga sekejap.

23. Jangan terkejut, kalau diceraikan satu per satu dan kemudian disusun semula, seluruh batu yang terdapat pada Tembok Besar China, cukup untuk mengelilingi bumi pada garisan khatulistiwa dengan ketinggian 2.5 meter dan jangan terkejut dengan penceraian artis-artis tempatan kerana itu semua publisiti murahan yang dapat menaikan populariti pada carta bintang paling popular.

24. Tahukah Anda……. tahukah anda………. tahukah anda………. walaupun hidup beribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya.

25. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca koleksi terbaik ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku. ehehehehhehehehehe eh…..Sentuh la telinga korang dgn siku sampai ia kena…….Tak normal la korang maknanya




Benda ni aku dah search berkurun dah. hari ni baru teringat nak post kt entry. 

Sumber: link




06 August 2011

Si kawanku Chakkk!

Assalamualaikum.

Kejadian kat kelas Entrepreneurship  ni dah lama berlaku tapi hari ni baru sempat nak tempek gambar.



Yang tudung hitam sangat exited nak snapshot guna webbie
tudung coklat muka sedih : pelakon airmata
tudung tompok-tompok berharap tudung hitam sila blah



Masih tak kisah dengan persekitaran class Miss Intan



Muncul dua orang celebs tunjuk bakat



Pendengki juga tidak ketinggalan



Kembali kepada muka kegemaran nak mintak di rejam



Nampak kat situ ade riak wajah tak puas hati?



Sekarang nampak? nampak?


Bila Miss Intan mengamuk.. semua pakat buat busy karang vission and mission syarikat masing-masing. tahu takut..

Memang sekarang orang yang tengah taip ni takut. sebab dalam bulan ramadhan ni banyak benda nak kena settle seelok-eloknya sebelum raya supaya masa raya nanti makan ketupat tak lekat celah kerongkong. lepas tu mati mata tercelik sebab kerja bertimbun-timbun tak siap.

Lepas raya hanya ade kurang dari dua minggu sebelum study week. dengar je study week, ofcos dah nak dekat exammm. why masa so cepat berlalu? 

Business plan sangat mencabar sekarang ni. 


01 August 2011

Hangat tak hingat

Assalamualaikum..

Tersentap bila baca belog Kak Elia jejariruncing tadi. selama ni aku ade dengar desas desuzz diaorang putus tunang tapi aku suka lagi kalau berita ni dapat dari Elia.

Seriously kalau aku kat tempat dia, memang tersiksa jiwa raga. aku rasa sebelum KFCM famous, Elia yang banyak support dia punya career.

Betul lah ada orang cakap, tapi aku tak ingat siapa. "Sedangkan Mawi pun boleh berubah apetah lagi KFCM"

Masa pertunangan diaorang sangat loving rasa macam happy ending novel. tapi nampaknya kejam lah dia biar Elia terkontang-kanting cari penghujung cerita ni.

Kalau dah tak sudi kenapa tak terus terang. masa cinta dulu kau bukan main sanjung.. macam tu kah lelaki?

Tapi aku nak petik satu ayat dalam novel lama yang pernah aku baca. ade lah masa dalam umur 14 tahun. belasan tahun dah pandai telan ayat cinta!

"dalam soal cinta, perempuan tak pernah dewasa"

Yup, aku rasa memang betul. 

Aku sendiri kadang-kadang naik confused dengan pendirian aku. apetah lagi Hubby sayang aku.

Kadang-kadang bila aku merajuk, aku nak dia pujuk dengan tegas. maksudnya, kalau aku maki hamun dia, dia kena maki aku balik. terus aku senyum. terpujuk sendiri! 

Tapi kadang-kadang, cara macam tu tak jalan. samapai dia naik buntu nak guna jalan mana. depan belakang jalan mati. 

At last, i just need an apology. but aku pernah bagi tahu yang aku paling tak suka dia keep saying i'm sorry i'm sorry i'm sorry. 

Haishh aku sendiri hard to understand my feelings, my wants which is unlimited. Kalau aku bagitahu dia 1, and dia buat 1. but what i want is more than that. 2, 3, 4, 5...

Maybe, lelaki ni memang kena di ajar satu persatu. 

Bila aku cakap aku meluat dengar suara dia and sila letak phone, tapi hati sendiri harap janganlah dia letak phone. T_T tapi dia dah letak.. so lurus.



Lurus bendul macam Kathy Beth Terry

Tapi aku rasa aku cukup bertuah sebab hal-hal yang kami gaduhkan pun hal kecik-kecik tak disebabkan orang ketiga empat lima nam.

Saja suke-suke nak gadoh. aku just pikir macam ni: even dia ada buat aku sakit hati, bukan dia tak pernah buat aku rasa dicintai. so, itu lah yang buat aku terpujuk even bukan dia try harder untuk pujuk. again, aku keliru dengan kehendak sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...