26 September 2011

Oh ya! tiba-tiba teringat..

Assalamualaikum

Hari tu aku telah post pasal booth ETR tapi tak cukup stock gambar.

Hari ni picture dah cukup. just untuk totonan umum =p

Suka-suka!



Single terbaru kami : Rindumu ku pendam dalam laci study dulu, 
nanti dah habis exam akan ku cover semua rindu itu.



Panel kami!! Dua orang yang sangat cantik. 
Bodek markah lebih.



Celebs di booth daging arnab fresh dari gudang!



Kecik muka mengantuk or penat or cintan cintun?



Booth terhebat tak nak kalah.
Tu dia pintu gerbang perkahwinan idaman ku!!!



Orang lain punya booth lagi hebat.



Karipap ini sangat paku laris. 
50 posen sebijik pun sanggup.
Ada variety flavor.
Feveret aku: Sadin, Yam and daging.



Bersama pemilik pengusaha daging arnab.
PENGUSAHA tu!



Mangsa kejadian yang Ya Allah comels gila!



Kecik telah bertemu cintanya di sini.
Sangat geli-geli.

Habis dah gambar. Aku berazam nak study ni. good luck myself. 


Hibernate sekejap.

Assalalamualaikum.

Lama sangat-sangat kan aku tak update. saja gedik malas nak update huh sebab aku rasa bila nak update belog memerlukan satu commitment yang besar.

Jadi commitment yang besar itu telah tiba, dapat lah update belog ala kadar. jadi tak kisah lah ada orang singgah setakat R&R atau datang baca dengan kusyuk tapi tak dapat sebarang info pejadah pun dari entry ni.

Baik baca buku Law yang bertimbun case nak kena conclude.

Ape-ape pun, ni kan personal belog. aku nak express kan sikit lovey mood aku hari ni. sebab aku terasa rindu.

Rindu tahu.


Si Gemok bila nak kurus.



Ni muka orang yang kena penampar jarak jauh.


Kami jauh tapi ada telephone untuk dekatkan kami. 

Juga facebook. tapi masih rindu jugak. 

Sudah lama tak webcam. apetah lagi 3G. huh tak boleh di harap laptop and handphone ni. buang dalam longkang belum tentu ada orang nak ambik. T_T

Jadi.. aku nak sambung study. dhaa




19 September 2011

Critical parts

Assalamualaikum.

Waktu macam ni sepatutnya aku kena get ready untuk paper Entrepreneurship pada hari rabu.

Tak sangka dah settle project 'business proposal' kami yang suatu ketika dulu aku rasa aku buat kerja yang tak akan pernah settle.

Hari di mana kami kena setting booth untuk product jualan, promosi and penilaian oleh dua orang panel, jadi kelam-kabut bila tengok booth orang lain --> humang aih macam booth kat tapak jualan Jom Heboh! lawa-lawa.

Segera kami duduk di meja bulat dan sebulat suara nak keluar cari sesuatu yang menarik.

Bayangkan waktu tu, maghrib! malam ni kena settle separuh pasal booth so that esok tak kalut.

Lastly, di Uptown Sungai Petani kami jumpa florist shop and sewa pintu gerbang orang kahwin punya tu!

Tapi kami ambik separuh je. tak muat nak sumbat semua dalam kereta. ok lah tu. setakat nak gantung board kami which labels Fanatiq Enterprise. So, settle set up booth.



Booth orang lain, sumpah cantik-cantik. satu ni je gambar yang ada kat aku. nanti aku mintak kat diaorang yang lain.

Continue later yah!

Ok dhaaa

15 September 2011

Masterpiece. (not mine)




Gadis : Apesal awak ikut saya ni?
Lelaki : Saya tak tau. Awak cantik sangat. Saya rase, saya dah cintekan awak.
Gadis : Hmm, awak tak jumpe lagi kawan saya, die lagi cantik dari saya.
Lelaki : Hmm?
Gadis : Die dekat belakang awak.
Lelaki : *pusing* tak de sape pun.
Gadis : Kalau awak betul-betul cintakan saya, tak mungkin awak akan pusing!


Sayang : Abang lepas ni kita putus.. abang curang dengan sayang.
Abang : Bila abang curang?? Mana bukti???
Sayang : Abang jangan tipu lagi. Abang cakap ada meting tapi abang pergi dating..
Abang : Ya rabbi. Bila???
Sayang : Kenapa tadi sayang call abang ada perempuan lain jawab?? Berlagak cakap orang putih dengan                 sayang..
Abang : Apa dia cakap??
Sayang : SORRY PLEASE TRY LATER
Abang : Aku terajang kau kang, sebulan ko makan gune kaki!

HAHAHAHA


Mat :        Pak Haji!
Pak Haji : Ada apa mat?
Mat :        Anak Pak Haji maen judi.
Pak Haji : Astagfirullah!
Mat :        Tapi menang.
Pak Haji : Alhamdulillah......

Just joking

03 September 2011

Thank God its Raya

Assalamualaikum w.b.t.

Bila spirit nak update belog tengah berkobar-kobar, eloklah aku update sekarang sebelum ade gangguan yang tak terduga.

Stock gambar tengah banyak ni. itu pun puas lah aku paksa si Ela buh picture-picture yang ade dalam handphone dia kat fb.

So, terlahirlah entry kali ini dengan segudang gambar-gambar aku and the gang yang datang beraya kat rumah aku semalam.



Oleh kerana Ela sampai dulu, aku shooting dengan dia.



Mana korang-korang ni?



Ok Datin De'a and Te'ah dah sampai.



Datin De'a memang meletop.
Sure orang lain tak terlawan.



Tengah-tengah tu Te'ah.



Unwell-known Celebs



Laksa + air orange bergas blurpp



Ni first time aku bergambar kat cermin besar kat rumah aku..
Selama ni tak berkesempatan pun. sob..sob..



Tengoklah si Datin tu. tak boleh nak senget lagi?



Menuju ke rumah Aini.



Kali ni Ela yang bawak kereta. 
Boleh aku membuta. T_T



Celeb jemputan sudah tiba.
Baju dia tak boleh nak burung merak lagi ke?



Cermin lagi ^_^



Kengkawan yang paling comel jatuh kepada mereka berdua..


Sekian saja untuk kali ini. lain tahun aku update lagi pasal raya. 

Good days ya!



Sebulan Beraya

Assalamualaikum.

Dari itu hari aku berniat nak puasa enam. eh eh silap. berniat nak hupdate belog aku ni..

Asyik terbantut aje dari raya pertama sampai raya ke lima baru reti nak update. banyak betul agenda padahal satu je masalah aku sekarang ni iaitu: malas nak update. gambar tak banyak, so mood nak update pun lesap.

Semalam gang aku datang beraya. baru semangat nak update! ade ciri-ciri belog beraya gitu.

Tapi, ade picture aku beraya dengan family jugak.. takkan non-hado langsung kan.. jadi, aku tempek picture dengan family dulu lah.



Erm.. memang kerja aku melarikan tema raya tiap-tiap tahun.



Technical problem with that camera. 



Paparazzi berlambak kat depan kami. 
Sampai silau mata mak aku.



Makan-makan time.



Tahniah kepada family pak ngah yang berjaya sedondon. Purple.



Boleh jugak kalau jubah ni aku pakai masa bertunang.
Jimat kot..



Yes! cari duit raya.


Next entry, raya bersama kaum friends. dhaa


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...