Assalamualaikum
Sejak dua tiga tahun terkebelakang, otak di jamu satu hidangan novel yang klise sungguh ceritanya. Sampai satu tahap aku rasa dalam sepuluh novel, macam baca satu novel je. Tahun lepas aku dah tak lekat dengan novel sangat. Last aku in to novel sangat sangat masa nak ambik paper account. Tau jelah setan bukan boleh tengok aku pegang calculator. Padahal bukan buat calculation. Buat typing hiruf kat calculator pon jadi aku ni.
Dah habis zaman baca novel gamaknya aku ni. Sebab aku tak bernafsu langsung bila pandang novel sekarang. Padahal ade lah dalam dua kodi koleksi novel adik bongsu aku tu. Dulu kat asrama berebut sangat dengki orang lain baca kau pon nak baca sekarang dah depan mata taknak pulak kan. Memang lah tu perangai masa beranak package lahir dengan khianatnya taknak study.
Ok. Serious matters. Why ha novelis ni sangat jumud? Nak kena buat cerita yang sangat tak realistic langsung. Ada ke mak bapak yang begitu kayu macam dalam novel tu. Yang aku tau, di kejiranan aku iaitu Malaysia, Perak, Batu Gajah to be more specific. Mak bapak di sini sangat cool dengan sifat your life under my roof is mine too. Hehe ok ok like this la. Mak bapak nowdays dah takde keje lain ke nak bagi anak kawinnn je keje selain paksa anak keje dengan family company juta juta. Asal anak tu dah besar sikit, suruh kawin. Anak tu taknak kawin, kau bantai anak orang suruh dia kawin dengan anak kau. Klise. Sangat. Serius.
Nak jadi cerita, yang mak kau nak jodoh tu, perempuan gedik nahareiii. Lepas tu nak jadi cerita kau pun buat kawen contract dengan perempuan muka pan asian tapi anak penoreh getah. Klise. Paling klise. Mula mula benci. Bla bla bla.
Ape kejadahnya yang mak dia tu satu hal lah asyik nak suruh anak kawin. Yang laki tu satu hal. Budak darjah nam pon dah ade bf gf wei. Kau dah nak menopos mustahil takde bf gf. Adoi laa rasa macam nak sekolah kan novelis ni sekor sekor.
Buat panas hati aku laa. Hidup bosan, niat nak layan novel plus berangan jadi heroin tak lalu lah aku. Heroin bendul.
Drama celup dari novel pon makin lama makin annoy. Satu dua boleh tahan lagi. Tapi tulah, suara manusia sepertiga macam aku ni tak di dengari sebab budak budak baru nak up zaman sekarang haihhh pelakon kayu patah pon dok bawak mimpi mimpi. Geli.
Sudahnya, aku karang ayat sini. Habis sini keyyy. Bai
Posted via Blogaway
No comments:
Post a Comment