10 July 2011

Tanda-tanda Hubby kita merajuk.

Diam Seribu Bahasa: Dia diam saje sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan atau dia anggukkan kepalanya saja. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ini. Jika benda ini berlaku, sah lah tu dia merajuk dengan kita.
Owhh baru aku tahu.. kau pehal merajuk sampai tak nak bercakap-cakap segala. ingat comel merajuk tu?

Buat Tak Tahu: Dia akan buat tak tahu dengan kita. Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je. Paling teruk, dia buat-buat tak dengar (pekak betul-betul baru tau!). Ini cara protes yang paling teruk sebab dia bukan je buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud.
Ewahh nak main protes-protes pulak. nak protes pergi protes kat perhimpunan Bersih 2.0

Menolak Untuk Makan Bersama: Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to face dengan kita. Dia akan bagi alasan seperti "awak makan la dulu, saya kenyang lagi la..lagipun, saya dah makan dengan kawan saya tadi" (walhal perut lapar... nak uji dorang, kita dok je sila depan dorang, sambil makan...)
Betul-betul! part kita dok je sila depan dorang, sambil makan.. yes! mesti terliur tengok aku makan. last-last cari makan sendiri kat dapur. tulah, orang dah offer makan sekali siap nak tolong suap tapi jual mahal. 

Masam Muka: Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling kita geram. Dah lah tak nak cakap dengan kita dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je! 
Betul lah tu. kalau hubby baby aku merajuk, aku jadi geram. geram rasa nak cubit-cubit. rasa saja ok. alah, ape susah. kalau dia buat muka masam, aku senyum kambing siap tangkap gambar tahap kemasaman dia tu. 

Baca Surat Khabar: Bab ni memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram & ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta.
Buang tebiat ke baca newspaper malam-malam buta. stock newspaper baru dah siap cetak, awak baru nak bace news lapuk. hakhakhak

Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam: Dia akan tengok TV tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia di TV tapi hatinya ke lain. Kita kena peka beb!
Alahh.. hati awak kat saya kann. malu-malu pulak. tengoklah tv sampai lewat malam, ade lah tu yang teman kat sebelah. hihihihi

Keluar Rumah Tanpa Beritahu: Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnya. Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana confirm dia akan buat dek je!
Selalunya kalau dia keluar tak bagi tahu sebab emergency. time tu aku duk sedap kroh kroh. dia blah lagu tu jela. tak nak kacau aku tidur katanya.

Matikan Telefon Bimbit: Ha ni satu lagi tabiat lelaki. Dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita mengganggu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat... Alaa, bila dah rindu call jugak last-lastnyer!
Owhh macam tu kah? tapi selalunya aku yang off phone masa dia merajuk. dia tu ramai peminat. kalau off phone 10 lari tinggal aku seorang. ape kau merepekk

Hisap rokok: Macam tak pernah dapat rokok setahun...
Ni kredit untuk aku!!! yes yes yes my hubby baby tak hisap rokok! apetah lagi sisha, tembakau, daun ketum, nicotine, blablabla




Ni semua aku curi dari all about love. edisi lovey dovey ye hari ni. kagum sungguh. yang text colour purple, gubahan hati aku yang cuba merosakkan tabiat merajuk lelaki. sungguh comel dia merajuk tapi bila pujuk kena cara, kalah budak-budak manja dia.





09 July 2011

Bangun pagi, bukak pintu, buat iklan colgate

Anda tahu tak anda tahu tak.

Memang korang takkan tahu selagi aku tak habis cerita.

Sebelum tu, aku nak bagi salam. Assalamualaikum. excited nak cerita sampai tak dan dah nak taip salam.

Al-kisah pagi tadi aku bangun dengan sedikit ceria. semalam tido lena. buka-buka tingkap macam, waaa indahnya dunia sambil nyanyi macam dalam cerita Enchanted.



Sambil jerit aaaaa aaaaa aaaaa
Sekali lalat yang masuk mulut.



Ok lah aku duk diam-diam.


Aku terus menuju ke pintu bilik menyambung kecerian aku. bukak pintu, buat aksi stretching ala ala atlet dah lama pancit. wahhhh menguap siap.

Sekali ade makcik sapu sampah kat corridor lerr. habis punah reputasi aku. tercalar image anak dara bangun pukul 10. aku bangun awal tadi dah tapi belum berani menjenguk keluar. huhuhu cover malu.

Senyum kambing aku bagi kat makcik tu. hehehe kan dah jadi iklan colgate. 

Terus masuk bilik laju-laju simpan muka bawah bantal. tapi tak jadi. rasa nak lompat-lompat.



Aku gembira. 
Kau gembira ade sampai macam ni? tiba-tiba jadi gembira.
Terajang nak?


But the point is.. this is what we call weekend. bila masuk minggu baru, aku jadi haru biru. tu pasal weekend jadi terharu. ah sudah, serupa pantun pulak. pantun tiga suku.



Gagah perkasa. hebat tak kira dengan beban kiri kanan.


Kat tangan kanan ade newspaper, buku, note, dompet di keluarkan sebab nak tunjuk lagi banyak beban lagi hebat. ade jugak nasik tomato bungkus, roti gardinea butterscotch sedap gila. aku makan 4keping kenyang macam makan sepinggan nasik.

Tangan kiri hanya ada 8batang keropok lekor. sambil jalan naik bilik, eloklah kita habiskan barang sebatang dua.

Memang jelas aku ni berat sebelah. handbag tak mau yang besar-besar. bila pakai handbag kecik pergi kelas, nak sumbat helmet pun tak muat apetah lagi nouvo S. siottt

Tabiat aku, tak bukak helmet lepas turun dari moto. dah sampai bilik pun sampai lupa nak bukak. mula lah heran apesal kepala aku macam berat? ade penunggu ke lepak kat kepala aku? ahh sudahh

Enough ok. nanti semakin banyak tabiat buruk yang aku simpan molek-molek dalam gudang habis terburai keluar.  

Good day uolss!




08 July 2011

Tangan menaip

Assalamualaikum. Salam jumaat.

Motif update, sebab tiba-tiba mate jadi berpinau-pinau tengok note yang dah macam gudang colour. berwarna-warni dok highligth sana-sini.


Lagi seminggu dah cuti mid term semester. lepas je cuti tu memang bertimbun assignment nak kena submit, presentation, preparation test and quiz. blablabla
Aku perlukan tenaga lebih. seperti kenderaan untuk ke sana sini.



Kerja pun jadi mudah bila ade kuda ini.

Masa semester dua aku naik keldai je. atas ehsan adik aku, dia bagi pinjam kuda ini yang lebih up.
HAHAHA



Ini keldai tunggangan saya. sekarang tidak lagi sebab dah ada kuda

Sekarang macam dah malas nak naik kuda. aku nak naik kereta. FAIZ pulangkan kereta! 



Dia bagi pinjam kuda pun sebab dia dapat naik gajah.

Aku tak kira, lepas mid term aku nak bawak gajah pulak. lepas ni aku akan lebih banyak kena  buat kerja di luar. projek juta-juta tengah tunggu aku.



Aku dan gajah tak boleh dipisahkan. T_T

Anyway, thanks to you much Faiz bagi pinjam kuda. sangat berjasa. juga sim card UPAX kau tolong beli guna ic kau. aku dah pernah beli upax itu pasal guna ic kau paeh. even kat rumah hari tu punya cuti semester kita perang terok, kau still tolong kakak kau ni. hahaha kejam gila aku pergi remove dia dari fb gara-gara bengang. bangang


Bulan ini dan bulan-bulan seterusnya

Assalamualaikum.

Even exam lambat lagi tapi ade la rasa tekanan macam exam lagi seminggu. padahal baru quiz. haih mentang-mentang dah di penghujung semester. masing-masing berharap tak ade paper yang sangkut. alamatnya tak dapat grade sama-sama. fuuu


Aku pun harap semua kawan-kawan ade bersama masa grade. nanti aku nak lepak dengan siapa? Ya Allah tolong lah bagi kamu semua lepas semua paper.


Kawan-kawan aku semua ni baik. semua pun sepakat membawa berkat. tak ade yang masing-masing nak tunjuk taring.



Mereka semua baik dan cantik-cantik.



Calon-calon isteri



Aku dah gemok



From left : Owka, Kecik, Azah, Aku, Bib



Berangan camera yang snap ni adalah dslr



Kamu semua kawan-kawan yang terbaik dari gudang lah!!


Motif puji kawan-kawan sampai berbakul?

Kawan-kawan sangat penting untuk make sure hari-hari yang aku lalui macam dalam taman bukan kat pulau tengah-tengah lautan.

Ayat buku tak mahu kalah!


01 July 2011

Stuck in July

Hai sekalian orang.


Aku tak tahu kenapa ramai yang bercakap pasal bulan july. ade ape dengan july?

Personally, dalam banyak-banyak bulan dalam calendar aku paling suka bulan july. cantik and cool macam orang-orang yang terlahir di bulan july. termasuk aku.

Jadi siapa-siapa yang lahir di bulan July terutama hari ini , sila berbangga dan ucap sendiri selamat hari kelahiran untuk anda.




Kek pemberian ikhlas dari aku. xoxo kek birthday aku yang tahun lepas punye. ambik lah makan. tak basi lagi ok. still looking good as shown in the picture. =P


Dalam keluarga aku , seramai 4 orang berada di posisi bulan July sebagai bulan penambahan angka umur masing-masing. Which is my Abah, Me, my Younger brother ang my Younger sister. My encik SAN too.




Mark your own date before late. T_T


I love July. Please love me too..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...