Diam Seribu Bahasa: Dia diam saje sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan atau dia anggukkan kepalanya saja. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ini. Jika benda ini berlaku, sah lah tu dia merajuk dengan kita.
Owhh baru aku tahu.. kau pehal merajuk sampai tak nak bercakap-cakap segala. ingat comel merajuk tu?
Owhh baru aku tahu.. kau pehal merajuk sampai tak nak bercakap-cakap segala. ingat comel merajuk tu?
Buat Tak Tahu: Dia akan buat tak tahu dengan kita. Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je. Paling teruk, dia buat-buat tak dengar (pekak betul-betul baru tau!). Ini cara protes yang paling teruk sebab dia bukan je buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud.
Ewahh nak main protes-protes pulak. nak protes pergi protes kat perhimpunan Bersih 2.0
Menolak Untuk Makan Bersama: Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to face dengan kita. Dia akan bagi alasan seperti "awak makan la dulu, saya kenyang lagi la..lagipun, saya dah makan dengan kawan saya tadi" (walhal perut lapar... nak uji dorang, kita dok je sila depan dorang, sambil makan...)
Betul-betul! part kita dok je sila depan dorang, sambil makan.. yes! mesti terliur tengok aku makan. last-last cari makan sendiri kat dapur. tulah, orang dah offer makan sekali siap nak tolong suap tapi jual mahal.
Masam Muka: Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling kita geram. Dah lah tak nak cakap dengan kita dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je!
Betul lah tu. kalau hubby baby aku merajuk, aku jadi geram. geram rasa nak cubit-cubit. rasa saja ok. alah, ape susah. kalau dia buat muka masam, aku senyum kambing siap tangkap gambar tahap kemasaman dia tu.
Baca Surat Khabar: Bab ni memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram & ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta.
Buang tebiat ke baca newspaper malam-malam buta. stock newspaper baru dah siap cetak, awak baru nak bace news lapuk. hakhakhak
Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam: Dia akan tengok TV tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia di TV tapi hatinya ke lain. Kita kena peka beb!
Alahh.. hati awak kat saya kann. malu-malu pulak. tengoklah tv sampai lewat malam, ade lah tu yang teman kat sebelah. hihihihi
Keluar Rumah Tanpa Beritahu: Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnya. Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana confirm dia akan buat dek je!
Selalunya kalau dia keluar tak bagi tahu sebab emergency. time tu aku duk sedap kroh kroh. dia blah lagu tu jela. tak nak kacau aku tidur katanya.
Matikan Telefon Bimbit: Ha ni satu lagi tabiat lelaki. Dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita mengganggu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat... Alaa, bila dah rindu call jugak last-lastnyer!
Owhh macam tu kah? tapi selalunya aku yang off phone masa dia merajuk. dia tu ramai peminat. kalau off phone 10 lari tinggal aku seorang. ape kau merepekk
Hisap rokok: Macam tak pernah dapat rokok setahun...
Ni kredit untuk aku!!! yes yes yes my hubby baby tak hisap rokok! apetah lagi sisha, tembakau, daun ketum, nicotine, blablablaNi semua aku curi dari all about love. edisi lovey dovey ye hari ni. kagum sungguh. yang text colour purple, gubahan hati aku yang cuba merosakkan tabiat merajuk lelaki. sungguh comel dia merajuk tapi bila pujuk kena cara, kalah budak-budak manja dia.
No comments:
Post a Comment