09 July 2011

Bangun pagi, bukak pintu, buat iklan colgate

Anda tahu tak anda tahu tak.

Memang korang takkan tahu selagi aku tak habis cerita.

Sebelum tu, aku nak bagi salam. Assalamualaikum. excited nak cerita sampai tak dan dah nak taip salam.

Al-kisah pagi tadi aku bangun dengan sedikit ceria. semalam tido lena. buka-buka tingkap macam, waaa indahnya dunia sambil nyanyi macam dalam cerita Enchanted.



Sambil jerit aaaaa aaaaa aaaaa
Sekali lalat yang masuk mulut.



Ok lah aku duk diam-diam.


Aku terus menuju ke pintu bilik menyambung kecerian aku. bukak pintu, buat aksi stretching ala ala atlet dah lama pancit. wahhhh menguap siap.

Sekali ade makcik sapu sampah kat corridor lerr. habis punah reputasi aku. tercalar image anak dara bangun pukul 10. aku bangun awal tadi dah tapi belum berani menjenguk keluar. huhuhu cover malu.

Senyum kambing aku bagi kat makcik tu. hehehe kan dah jadi iklan colgate. 

Terus masuk bilik laju-laju simpan muka bawah bantal. tapi tak jadi. rasa nak lompat-lompat.



Aku gembira. 
Kau gembira ade sampai macam ni? tiba-tiba jadi gembira.
Terajang nak?


But the point is.. this is what we call weekend. bila masuk minggu baru, aku jadi haru biru. tu pasal weekend jadi terharu. ah sudah, serupa pantun pulak. pantun tiga suku.



Gagah perkasa. hebat tak kira dengan beban kiri kanan.


Kat tangan kanan ade newspaper, buku, note, dompet di keluarkan sebab nak tunjuk lagi banyak beban lagi hebat. ade jugak nasik tomato bungkus, roti gardinea butterscotch sedap gila. aku makan 4keping kenyang macam makan sepinggan nasik.

Tangan kiri hanya ada 8batang keropok lekor. sambil jalan naik bilik, eloklah kita habiskan barang sebatang dua.

Memang jelas aku ni berat sebelah. handbag tak mau yang besar-besar. bila pakai handbag kecik pergi kelas, nak sumbat helmet pun tak muat apetah lagi nouvo S. siottt

Tabiat aku, tak bukak helmet lepas turun dari moto. dah sampai bilik pun sampai lupa nak bukak. mula lah heran apesal kepala aku macam berat? ade penunggu ke lepak kat kepala aku? ahh sudahh

Enough ok. nanti semakin banyak tabiat buruk yang aku simpan molek-molek dalam gudang habis terburai keluar.  

Good day uolss!




2 comments:

SimplySeoul said...

saya pun habit suka gantung macam2 barang di badan, instead of susun kemas-kemas. Badan pun ibarat pokok krismas.

faY said...

wah sampai mcm 2 sekali.

anyway hye SimplySeoul =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...