21 July 2011

Korang kena terima hakikat ini

Assalamualaikum w.b.t semuaa

Yes korang kena terima hakikat ni. kena terima jugak-jugak. kena jugak walau korang tak boleh terima.

Korang terima lah hakikat yang hari in hari kelahiran saya yang ke.. kelik sini kalau korang boleh terima hakikat.

Sempena umur aku yang cantik tu, aku ade trivia sikit nak bagi. lagi sekali, korang terimalah hakikat ini. biasalahh budak dah cukup umur, terima jelah kesengalan dia. ^_^


Trivia ni kalau korang tahu pun tak ape, tak tahu pun tak ape. tak penting tak masuk exam T_T

Bace jugak demi birthday girl itu bagus!

1.   Aku suka makan kuih lapis bukan sebab dia sedap. tapi sebab dia warna pink. tak ade lagi kuih warna pink rasanya..?






2.   Aku amat tak gemar makanan yang ada satu rasa saja. contohnya ikan masin. ikan masin hanya ada rasa masinnn. tak suke. gula kapas tak ape, sebab dia again, warna pink.




3.   Walaupun aku kelihatan cenderung kepada warna pink, tapi majoriti baju aku colour purple.


Pinjam kat google.

4.   Sampai sekarang aku masih tak boleh sentuh telinga guna siku. korang sila jangan cuba.

5.   Sepanjang aku menjalani ibadah puasa di bulan ramadhan, belum pernah aku termakan sebelum berbuka. hebat lah tu. 

6.   Kalau aku tengok movie yang dah start about 5minutes ago, aku hilang mood nak tengok cerita yang start before aku ready.

7.   Kalau aku tengah drive, tiba-tiba radio mainkan lagu yang aku minat, focus aku kat driving agak terganggu.

8.   Birthday party yang paling best dalam hidup aku adalah tahun lepas. 



9.   Kalau aku tak ade class pagi, aku bangun lebih awal dari hari yang ade class pagi.

10.  Kalau di beri peluang, aku nak repeat life aku waktu form two. tiada valid reason untuk pilihan ini.

11.  Aku sangat lah sensitive sampai tengok cerita barbie as a cinderella yang happy ending pun aku sedih terharu. wuuu



12.  Setiap malam, aku mesti akan terjaga. lepas tu tidur balik. tapi selalunya payah nak dapat tidur balik =(


13.  Walaupun aku bukan manusia kidal, tapi aku main gitar guna tangan kiri.


14.  Lepas habis sekolah, aku dah payah nak ingat tarikh. kecuali hari ini =)


15.  Satu-satunya lelaki yang bertahan untuk setia dengan aku adalah Saiful Azri. dan dia juga satu-satunya lelaki yang aku setiakan. thanks to you much!


16.  Aku tak minat Transformer and seangkatan dengannya.


17.  Aku tak suka angka 0.


18.  Aku selalu bertengkar dengan my hubby baby sebab dia lambat reply message.


19.  Aku boleh habiskan makanan untuk dua orang makan.


20. Aku tak gemar nescafe and coffee. 


21. Aku gemar hot chocolate. 




22.  Aku suka tengok adik bongsu aku si Anis tengah tidur. tapi bila dia bangun, dia sangat kerek.


23.  Kat rumah, adik-adik aku tak panggil aku kakak pun. kami macam kawan-kawan je pun. nampak kurang ajar sikit sebab cakap aku kau.


24.  Perkara yang paling aku malas nak buat ialah basuh baju guna tangan.


25.  Pelakon lelaki yang aku tak suke: Rosyam Nor


26.  Pelakon perempuan yang aku jelik: Ida Nerina


27.  Negeri di semenanjung yang aku tak pergi lagi ialah Melaka. tapi asam pedas melaka aku expert. 


Banyak sangat dah ni. kang termuntah pulak bace trivia ntah pape aku ni.

Last, selamat hari kelahiran kepada korang yang lahir pada hari ini.



20 July 2011

Terima kasih tolong potong niatku

Assalamualaikum semua..

Baru-baru ni aku ade pasang niat nak pakai braces. yup braces. gigi aku atas dan bawah terabur tapi niat nak pakai kat bawah je. sebab bawahnya macam tonggang terbalik terjenggul dari gusi. malu sikit mengaku diri cacat.



T_T

Apesal baru sekarang aku nak kisah pasal nak pakai braces? dulu aku ade jugak terpikir nak pakai tapi bende alah tu sakit kan? aku hold sekejap niat tu. 

Tiba-tiba minggu lepas aku rasa macam nak berbraces. 

Terbaca di kosmo pasal sorang mamat ni tertelan besi braces. eeuuu baca sini kalau nak trauma jugak.

Langsung tak jadi. bia lah aku senyum tak lawa janji aku tak sengsara tahan sakit and makan. tak boleh makan sembarangan tu lagi sengsara pada aku tahu?



19 July 2011

Tolong jadi kakak saya

Assalamualaikum.

Hi. how are you. <-- spam kat facebook yang sedang berleluasa. aku ingat memang betul la sepupu aku si zharif tu tegur kat chat. selumber ghadak la aku pergi reply. then, aku macam peliks semacam lah.

Dan-dan tu lah member-member kat facebook dok cakap-cakap pasal spammer ni. tanya soklan basic je. tapi bersedialah untuk laptop anda hang.

Tetiba kita kembali pada tajuk. jangan lari tajuk nanti failed karangan BM macam sekolah rendah dulu-dulu.

Aku ni kan anak sulong. kawan-kawan yang sebaya dengan aku ade lah dua tiga orang kakak. at least seorang kakak seorang abang. aku pulak rasa macam rendah diri sebab adik berderet tiga orang. perlu kah rasa rendah diri time tu? rasa macam nak luku-luku je.

Ala, punca aku rendah diri pun sebab aku hanya dapat jejak kaki pergi tengok wayang pun masa form two. taubat aku tak ingat cita ape. selain tu, pergi karaoke, main bowling, beli selipar sendiri, rebonding rambut, blablabla.. aku belajar sendiri. sebab aku tak ade kakak.. wuwuwu



Boleh kongsi-kongsi make-up.

Serius sedih. kawan-kawan semua pernah merasa at least sekali semua benda yang aku list kat atas. bukan wajib pun tapi nafsu budak-budak. taraf form one sampai form three zaman blurr, sangat kebudak-budakan.



Masa ni aku dah boleh merasa semua.. wihii


Mujur aku ade kawan yang umur dia macam kakak dah pada aku. haa ni lah salah satu sebab aku kawan dengan kakak-kakak.dapat aku merasa pergi tengok wayang masa form two. kalau tak ade kawan kakak-kakak alamat umur berapa baru merasa tengok wayang. jadi jakun pulak masa bawak adik sendiri nanti.





Ni aku lah bawak adik-adik aku jalan.
Tu lah gunanya kakak. T_T

Tu kekurangan kalau tak ade kakak.

Kelebihan tak ade kakak pun ade jugak. rasanya lagi banyak..

Masa dah besar ni baru aku rasa banyak kelebihannya. alah kelebihan basic lah. semua benda aku merasa dulu. laptop first hand. adik aku nanti dapat secondhand jelah. yeke? si adik bongsu aku tu semua benda aku dapat dia nak jugak. tak reti sabar tunggu aku perturun harta-harta aku kat dia.

Fine, tak ade lah banyak kelebihan pun bila tak ade kakak.


15 July 2011

Iklan terbaik dari gudang yang pernah aku tengok

Assalamualaikum.


Sedih ouhh mase tengok cite ni. aku siap terpaku, masa lecturer aku pasang video ni. 



Kalau semua iklan kat malaysia panjang bejela macam ni, memang setiap kali iklan sempat lagi kau pergi goreng ikan, sidai baju segala bagai. 

Tapi kreatif sungguh. lari tajuk betul dari music ke pantene. Syabas lah

10 July 2011

Tanda-tanda Hubby kita merajuk.

Diam Seribu Bahasa: Dia diam saje sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan atau dia anggukkan kepalanya saja. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ini. Jika benda ini berlaku, sah lah tu dia merajuk dengan kita.
Owhh baru aku tahu.. kau pehal merajuk sampai tak nak bercakap-cakap segala. ingat comel merajuk tu?

Buat Tak Tahu: Dia akan buat tak tahu dengan kita. Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je. Paling teruk, dia buat-buat tak dengar (pekak betul-betul baru tau!). Ini cara protes yang paling teruk sebab dia bukan je buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud.
Ewahh nak main protes-protes pulak. nak protes pergi protes kat perhimpunan Bersih 2.0

Menolak Untuk Makan Bersama: Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to face dengan kita. Dia akan bagi alasan seperti "awak makan la dulu, saya kenyang lagi la..lagipun, saya dah makan dengan kawan saya tadi" (walhal perut lapar... nak uji dorang, kita dok je sila depan dorang, sambil makan...)
Betul-betul! part kita dok je sila depan dorang, sambil makan.. yes! mesti terliur tengok aku makan. last-last cari makan sendiri kat dapur. tulah, orang dah offer makan sekali siap nak tolong suap tapi jual mahal. 

Masam Muka: Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling kita geram. Dah lah tak nak cakap dengan kita dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je! 
Betul lah tu. kalau hubby baby aku merajuk, aku jadi geram. geram rasa nak cubit-cubit. rasa saja ok. alah, ape susah. kalau dia buat muka masam, aku senyum kambing siap tangkap gambar tahap kemasaman dia tu. 

Baca Surat Khabar: Bab ni memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram & ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta.
Buang tebiat ke baca newspaper malam-malam buta. stock newspaper baru dah siap cetak, awak baru nak bace news lapuk. hakhakhak

Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam: Dia akan tengok TV tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia di TV tapi hatinya ke lain. Kita kena peka beb!
Alahh.. hati awak kat saya kann. malu-malu pulak. tengoklah tv sampai lewat malam, ade lah tu yang teman kat sebelah. hihihihi

Keluar Rumah Tanpa Beritahu: Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnya. Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana confirm dia akan buat dek je!
Selalunya kalau dia keluar tak bagi tahu sebab emergency. time tu aku duk sedap kroh kroh. dia blah lagu tu jela. tak nak kacau aku tidur katanya.

Matikan Telefon Bimbit: Ha ni satu lagi tabiat lelaki. Dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita mengganggu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat... Alaa, bila dah rindu call jugak last-lastnyer!
Owhh macam tu kah? tapi selalunya aku yang off phone masa dia merajuk. dia tu ramai peminat. kalau off phone 10 lari tinggal aku seorang. ape kau merepekk

Hisap rokok: Macam tak pernah dapat rokok setahun...
Ni kredit untuk aku!!! yes yes yes my hubby baby tak hisap rokok! apetah lagi sisha, tembakau, daun ketum, nicotine, blablabla




Ni semua aku curi dari all about love. edisi lovey dovey ye hari ni. kagum sungguh. yang text colour purple, gubahan hati aku yang cuba merosakkan tabiat merajuk lelaki. sungguh comel dia merajuk tapi bila pujuk kena cara, kalah budak-budak manja dia.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...