31 January 2012

Tak adil. Tak adil. Yuna win is like forever in my heart

Assalamualaikum!

Aku dah terdesak nak buat jugak entry ni. nak puaskan hati sendiri.



Hafiz messy win that night?



Amazing Yuna tak dapat satu tempat pun?


Dia baru bukak mulut tak keluar suara lagi aku dah suspect dia menang. sangat tak adil.

Frust.

Dhaa

Kids aren't annoying me and not

Assalamualaikum.

Aku nak ucap beribu terima kasih kat korang yang sudi singgah belog labon-labon ni.. yang sudi follow bah kan yang was-was nak follow. at least ade yang tercampak kat belog ni pun terima kasihs. Siap ade S nak gambarkan betapa banyak terima kasih. uncountable nouns. ahak Teacher Nora must be proud of me.

Normally womenfolk memang suke budak tecik-tecik omey-omey macam teddy bear boleh bergerak. hati keras batu pun misti geram rasa nak pintal-pintal pipi gebu budak habis cabut pipi dia. buh kat pipi aku sikit bagi gebu macam depa. aku memang selalu buat kerja tak pekdah tu. korang pun kan usah gebang macam tak pernah.



Side corner usha adik dia kena ciom bertubi-tubi.



Perkenalkan diri masing-masing budaks.
Aleesya, Ariana. Ariana, Aleesya.
Confuse.  










Ini budak dua orang memang buat aku geram sampai retak gigi tak dapat gigit depa aku pegi gigit teddy bear. ape rasa. 

Orang kata, kalau nak anak comel selalu la usha budak comel anak mixed blood ke Pan-asian Pan-tenuk ke. Ambik aura depa barang semangkok taruk kat perut confirm anak kau keluar tak ghupe macam kau. 

Gurau je =) 

Selalunya, aku boleh stick dengan budak-budak sejam dua je pastu aku buat dono. haha habis madu sepah di buang. anak aku nanti aku amek kesah sejam dua ye dak?

Aku dah nak tenggelam. nanti aku timbul semula. hujung minggu ni aku ada trip ke Putrajaya. maybe aku tenggelam tak timbul-timbul dah sebab di tenggelami kerja. bajet dah kerja. kerja sekolah. owh ok.

Dhaa.


23 January 2012

Kek Lapis


Tiba-tiba nak buat resepi kek lapis.

Ceit kau tu makan kek lapis je yang kau tahu, buatnye hancur. orang tak heran lah setakat kek lapis kalau nak buat resepi kek bantal ke kek labu sayong ke kek sirih junjung ok la jugak. mungkin ada lah orang heran.




Ahak kalau ada yang salah masuk page, harap di ampunkan. tak de resepi kek lapis pun.

Sejak dua menjak ni hidup agak mencabar kewibawaan aku tapi Alhamdulillah semuanya ok. Kadang-kadang aku bangun pagi and pesan pada hidup: Hidup, please be nice with me =)

Mungkin mak aku akan pikir anak-anak dia tak kenal erti susah sebab ape yang kami nak, akan ada depan mata. tapi mak tak tahu senang di bahagian tu, susah di bahagian lain. banyak yang mencabar hidup sebagai remaja zaman sekarang.

Weh, jarang aku buat entry luah perasaan ni.

Hehe.. sajalah, aku rasa serba salah pulak bangun awal padahal class pukul 10.

Jap ye aku ade picture dalam gudang. memang takde kena mengena dengan Kek lapis, hidup senang tak senang ke. tah pape ah.



Mata idaman aku. one day aku nak buat sebijik macam ni.
Time tu, penuh picture mata aku je dalam belog ni.



Tetiba rasa nak dengar lagu Bila Aku jatuh Cinta dengan Awi Rafael.
Eh.



Kerja bertambun-tambun tapi still ngadap laptop kerut kening.



Kakak Ella baru putus cinta.
Datang umah aku nanges-nanges tadi.
Siapa nak rawat luka dia sangat di sarankan segera cuba naseb.



Bangga abah gwa pakai baju yang aku beli =)


Gila tiba-tiba update secara random takde motif. 

Dhaaa

Update in jet lag mood

Assalamualaikum w.b.t.

Kali ni aku kena update dengan skala laju sebab tengah dengar lagu jet lag. terasa menderu-deru nak nyanyi part Natasha Bedingfield. lepas ni nak cari info pasal esaimen. bukak cuti dah kena submit.

Patah-patah kata kena di kurangkan dari biasa.



Datang sini semata-mata nak tangkap gambos and berambos.



Macam biasa, si ketot jadi drebar. 



Mastermind yang tak master.



Muka penat baru tiba dari Kedah terus kena kerah joint jenjalan.



The backup plan.



Satu bola pun tak masuk. nak jimat takut cepat pulak habis main tapi pose tak habis lagi.



Muka dia dalam frame tiga segi. Dia tu aku.



Gong xi fa chai maa.



Happy deepavali.



Semoga berkekalan sampai tahun baru punya baru punya baru lagi.



Bajet je tu.



Kau sedar tak kayu tu lagi tinggi dari kauuu.


Nak kena kerja keras siapkan esaimen. 

Dhaa

Perut kosong utk menapau


Bila ade caption comel Assalamualaikum tu baru semangat aku nak updae belog. kan comel ala-ala barbie. i loikee fullstop

Hari kejadian Malam Pra-graduan untuk student DiPAC and Basic tangkap muat di adakan sekali boleh jimat.

DiPAC untuk diploma and Basic untuk degree. Actually dinner ni sangat formal, tema pun baju kebangsaan. kebangsaan sangat.

Hari yang sama aku tak boleh lah nak kerat badan aku untuk attend kenduri kakak Ella even dia dah warning aku awal-awal. aku tahu kenduri tu tak meriah tanpa aku. haishh sorry Ella. nanti aku buat special entry tempek picture hang sorang je kay.

Kena tempek picture hot dari gudang dulu..



Aku rasa syok dapat sekuntum rose masa walk in the hall. tehee tak pernah dapat tu yang pulun dari awal sampai akhir tangan tak lepas pegang bunga. masa makan, kaki ambik alih tugas pegang bunga.



A for Ayam. mula-mula perut di sumbatkan dengan lauk.


I for ikan. siakap 3 rasa aku rasa.


P for Prawn keras retak gigi. aku sangat malas kupas kulitnya. so telan begitu je.



Keadaan perut masih terkawal.




Perut dah bergelodak. Buncit.






Sir. Meletop.


Bukan kat toilet tapi depan lif.

And the rest ade di facebook. naik boring aku tengok.

Dhaa

17 January 2012

Waja yang tidak Wajar!

Assalamualaikum w.b.t.





Perasaan pun remok redam macam anda lihat di atas.


Satu malam aku tak boleh tidur effect pelanggaran di suatu lewat petang. Salah aku.

Esoknya kau tepon mak semula nak  bagi tahu hati aku yang gundah gulana sampai tak boleh tidur. Lepas tu lega kejap dengan kata-kata semagat mak aku. disusuli kata-kata confident dari abah. hoyehh ALHAMDULILLAH..

Makan terus kenyang tidur terus lena. just worried kalau abah aku merajok sebab keretanya telah kemek aku langgar lori time reverse gelojoh tak tengok side mirror. 

Memang wajar aku meninggalkan waja tu di Batu Gajah untuk rawatan penyembuhan sehingga aku rela menunggangnya semula.

Dhaaa

Anak orang kaya

Assalamualaikum w.b.t.

Aku dah niat nak sedekah sana-sini, jalan-jalan dengan hubby chubby, beli topup banyak-banyak bla bla bla.

Tapi tu plan jelah. tiba-tiba je aku macam OKB masuk Popular Book Store dengan megah ambik segala  barang tak tengok harga. gila tak beli duit aku banyak kot! Hot setap yang dulu tak rela nak beli pon aku beli.





Toolbox gedik comel yang dalamnya ada hot setap.


Orang lain sibuk duk belek toolbox made from cupboard ni sambil pikir berbaloi ke tidak kalau gwa beli toolbox ni tapi aku sekali rembat tak tengok harga sebab kecomelan box ni sambil dok perasan shok dapat buh buku-buku dalam ini box. buku buh dalam box=tak payah study.

Agak penuh satu raga dengan hot setap aku, aku menuju ke kaunter. 

Semak  harga amount RM99.70 wah kena cari 30sen baru cukup seratus. sedap sikit mata memandang.

Aku pun merayap cari benda yang harga 30sen lalu kembali ke kaunter. Cashier hulur tangan untuk menyambut huluran duit. tapi aku nak posing kejap.


                                              
OKB.


The main reason why government tak bagi bantuan in term of money is.. takut digunanya duit tu macam aku plan kat atas tadi. 200 je pun kau nak meraban segala benda kau nak buat dengan 200 pirrrah bagi RM2012 pun tak cukup kau nak pedajal macam kat atas. Sedekah lah sangat. 

Hari aku balun voucher kat Popular itu hari, depa demand kemain maklumlah Popular tiba-tiba sesak nak lalu pun selisih punggung punyalah ramai. depa pun belagak ah bajet kat S.P ni je satu-satunya book store tak kasi kami beli novel kedekut. 

Tapi kat Hasani book store aku pulun beli novel segala benda mak nenek. dah nak bayar kat counter aku kira cukup-cukup RM100 tapi ada discount pulak 8ringgit sumpah tak kedekut majulah Hasani mengalahkan Populariti. 

Dah banyak aku dok show-off keOKBian aku, bagi aku berambus jap. Makan.

Dhaaa

             

08 January 2012

In the name of Love love love love (effect bergema)

Assalamualaikum w.b.t.

Kan hari tu aku cakap aku nak date dengan hubby aku kan, memang betul lah tak tipu. Aku confident even muka burn. Tapi ok je. Peduli  ape.



My bodyguard that day and forevah!
Jangan cilok  mencilok eh dia kite punye.

Awal-awal pagi aku bangun masak segala (bawak bekalan masa depan dapat jimat nanti kawin pokai pulak)
Membabi buta je kami heading to Penag Hill! Pandai pulak cari jalan. Tak main lah U-turn. Gps pun tak guna. Kami guna naluri. Ceywah padahal siap tanya member-member Penang segala.



Orang  tak ramai sangat. boleh posing maut sikit.


Dari jauh aku duk buat shok. Lama dah tak naik. Zaman aku naik Bukit  Bendera still pakai tren lama. La ni pakai tren baru. Laju gila.. masa sampai kat atas, tak banyak beza bila dejavu aku datang, aku dapat rasa owh tempat ni aku pernah datang, ye di sini aku pernah ambil gambar masa muka sememeh dulu-dulu tu. Kat sini la aku buang tisu lap hingus, kat sini lah ah shut up!



Flash back 6 tahun dulu.

Ahaks.

Tahu lah kau pernah datang. Tak payah nak flash back buat jejak kasihan kat sini.

Pelancong boleh tahan ramai gak. Tapi aku rasa keadaan dia makin sesak kalau cuti sekolah ujung tahun hari tu. Nasib kami datang time weekend biasa. Tapi kalau ade sape-sape nak pergi, bawak la matrix  card. Boleh dapat half price. Harga kami dua orang untuk naik and turun train baru rm8. Discount half price. Anak raja hoi.



Air coke kat sini pon 10 hinggit. baik aku naik train return 10 kali ada berbaloinya


Then, picnic kat padang kota. Tapi tak padang kota sangat lah sebab dah kat area Gurney Plaza. Dapat lah tengok wayang kat GSC filem Jack n Jill. Ofcos lah lawak Adam Sandler kot! Dari awal sampai habis dok gelak baq hang.

Alang-alang datang Penang kena merasa semua, especially naik Ferry. Masa datang, naik Penang bridge, masa balik naik lah Ferry. Jimat 70sen. Hehehe



Abang kacak saye. dulu dia tak kacak macam ni. peliks
Pakai silikon ke


Bila balik rumah baru teringat homework and segala problem mak nenek. Ah aku cakap kat bf aku, taknak balik rumah boleh tak? Nak benti belajar boleh tak? Tension lah.. hoi! Semester akhir kot! Ok.. give up.



Dhaa

06 January 2012

Kalau kulit putih macam tepung gomak, aku menang lah talik tali tu.

Assalamualaikum.

Weh tajuk pon kau dah start bebel. Sumpah orang jelek.

Penat-penat pun, nak masuk 3 entry dah aku update gila. meroyan sorang-sorang. ahaks.

Penat bersukan, ape ingat aku takdak semangat kesukanan tahu makan cencol lemak 5kilo.

Family day ke sport day same lah pagi tadi. burn dah kulit aku. baru main dua game. tu pun jenoh pekik ajak main. panas lah mood nak bersukan pon macam loii je. loii tahu? tak tahu search kat google translate.



Gaya artis bersukan. *_*



Kami antara senior yang terawal. syabas.



Aku tak sangka begitu excited gaya aku bersukan.



Tunggu turn dalam cuaca panas membeku



Muka ketat pakai screw.



Lecturer rock kami!!



Yey! dah sampai turn main lambung-lambung belon.
Nasib tak lencun. kuku gwa pendek tak pecah lah belon tu.



Hampir itam muka huaa


Ramai yang datang so happening lah jugak. gwa tak puas hati gwa talik tali tu kuat-kuat dah. lenguh tangan baq ang. 

Sekarang aku nak pergi buat rawatan kulit. itam legam dah! esok nak kelua dengan hubby aku kot. demm

Dhaa



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...