Siapa tak kenal Laksamana Sunan
Cerita ini terbahagi kepada empat kisah yang saling terkait antara satu sama lain. Saifudin @ Laksamana Sunan tetap menjadi tunjang utama pengisahan ini. Tiga lagi menceritakan tentang Taghut yang menyusuri asal-usul apabila telah lenyap kesaktiannya. Dilanjutkan lagi mengenai Sang Dewi yang mendiami negeri Inderapuri dalam lingkaran Hindi, yang tanpa jemu menyeru Saifudin agar mampir ke sebuah belantara nan luas. Sang Dewi merupakan makhluk sumpahan. Dan akhirnya dibentangkan pula cerita tentang Saifullah di abad ke 21 yang dikenali sebagai pewaris khazanah Maryam – menjejaki Catatan Maryam dan Keris Nanggroe yang telah dicuri oleh Elizabeth.
Pada tahun 1511 – Saifudin bersama Panglima Awang Bagan, Maryam, Luna, Sadik dan anak keponakan arwah Djailuh yang bernama Abdol Rohman telah melakukan pelayaran ke Negeri Atas Angin untuk memburu si Taghut durjana. Semasa mengharungi pengembaraan inilah banyak pancaroba yang terpaksa dihadapi sehingga hampir-hampir melumpuhkan kudrat Saifudin. Dalam Sutera Bidadari banyak watak utama yang dimatikan dengan bersebab. Watak hero tidak selama-lama bertahan kerana mati itu pasti, hidup...insya-ALLAH. Bagaimana pun muncul pula watak hero pada abad ke 21. Sebenarnya...inilah kelazimannya rentetan perjuangan yang benar-benar mengharapkan keredhaan ALLAH TA’ALLA. Sementara watak Haryani pula menjadi watak undangan sahaja dalam Sutera Bidadari.
Seperti novel-novel saya yang terdahulu – banyak kejutan bersifat saspens terbentuk dalam Sutera Bidadari. Bahkan kali ini turut membentur emosi kerana jiwa dan fikiran itu saling sealiran dalam menghadapi erti kehidupan. Maka itu bukan kejayaan kita sebenarnya apabila meraih sebarang kesuksesan dalam merealisasikan penghidupan ini melainkan dengan hanya izin ALLAH semata-mata. Sebab itu...pujilah ALLAH dan kita tidak akan kehilangan jiwa. Sutera Bidadari tidak ketinggalan dihiasi dengan cinta kerana rasa hati itu sangat membahagiakan sesiapa sahaja. Selamat membaca Sutera Bidadari kelak dan sabarlah menunggu Sunan anda kembali ke minda kita semua. Yang baik adalah teladan untuk kita. Yang buruk kita jadikan batasan agar kita tidak tergelincir dengan permainan dunia ini yang sangat bijak berdusta.
Dipetik dari Ramians.
Nasib je duit ptptn masuk lambat. terpaksa hold dulu nafsu nak bershopping. siapa yang dah baca boleh lah kongsi dengan aku.. ade yang nak bagi pinjam pun bolehh
Gempak lah karya novel kali ni siap ade promo macam movie baru.