31 December 2012

This year

Assalamualaikum.

Tahun duaribu doblas dah nak blah. rasa excited nak jejak duaribu tigablas. mungkin takde banyak perubahan janji kekal ape yang ade :)



Macam-macam benda best and tak best berlaku semuaaa sesuai dengan umur aku 21 tahun ni. aku memang plan dengan umur 21 aku dah ade diploma, lesen motor kereta, holiday backpackers dengan bff. dan banyak lagi. Alhamdulillah aku gain banyak experience untuk menjadi dewasa yang sebenar.

























Semuanya aku rakam dalam otak, tak pun di belog sayang ni. tak kisah yang indah, buruk, masam, masin janji aku mampu berdiri sendiri. alamat tercampak di laut menjadi pulau. hell. hello.

Ni post terakhir untuk tahun ni! berjaya jugak dengan tak abaikan belog ni. thank kasih ye semua sudi follow belog usang ni. setia lah dengan belog ni pada tahun depan.

























It's fireworks background music in my mind. heee even tak pernah counting down kat mane-mane pesta. depan pc cukup..


30 December 2012

Kotak penuh misteri

Assalamualaikum.

Tetiba rumah rasa sunyi. takde suara, gelak, nangis budak-budak. rasa kehilangan something. rasa nak suruh mak mengandung lagi.

Syukur ade sepupu kecik-kecik. dapat tumpang riang masa diorang datang lepak rumah family aku semalam. happy gila terus plan nak bawak semua main bowling. dengan dua family, dua buah kereta MPV full.



























Kami yang muda remaja gerak lebih awal sebab warga emas banyak urusan. so dalam kalangan semua ni aku paling warga emas. aku kept asking them "happy tak, happy tak?" depa angguk-angguk. ^happy^ aku memang over.



Tapi ade jugak yang lebih over.




Bermulanya misteri di sebuah kotak yang dari jauh memang dok memanggil-manggil aku. sejak sampai Ipoh Parade aku dah terbayang kotak misteri ni. aku tak senang duduk nak tunggu diorang habis main bowl. rasa macam nak pergi sendiri ke kotak tu tapi macam "seorang selamanya".

Settle diorang main bowl, aku deras bawak diorang ke kotak misteri. hehehe impian aku jadi nyata untuk posing sederhana tapi hasil luarbiasa! inilah kotak misteri. buatan jepun nasib ade english jugak.































Tumbesaran mata sangat extra. heee tu yang misteri. bermata bundar dan kusam tapi bila di screen ni nampak sangat gojes! rasa nak bagi flying kiss kat semua orang.





Bukan sekali aku masuk kotak tu, tapi dua kali. lepas tu bahagi-bahagi gambar kenangan tu kat adik and sepupu aku. dapat lah sorang sekeping. ade yang dapat dua keping sebab next round tu ade yang tak masuk kotak. hehe


28 December 2012

Bila kita expected too beyond

Assalamualaikum.

Aku suka berpikir over the limit. kalau esok, aku ade something yang sangat important untuk aku attend or handle aku jadi kelam. sampai tak boleh tidur. ini impak bila over expect yang bukan-bukan. aku pikir esok akan jadi macam ni, macam tu, kena macam ni, kena macam tu.

Tapi bila the real event happen. benda takde pape pon. ape yang kita pikir malam tadi never happen. buat penat otak je. buat muka tua 10 tahun je.



Same goes to mak. bukan mak aku tapi tentang mak kita. kadang-kadang kita over pikir yang mak kita akan marah kalau kita cakap macam ni, bagitahu itu ini. tapi trust me, kalau kita berterus terang, mak kita memang marah tapi dia akan pikir jugak yang kita dah berlaku jujur dengan telling the truth.

Sebagai contoh: korang berumur 17 tahun and ade boyfriend. logik lah dengan umur macam tu takkan korang sempoi-sempoi asking permission nak date dengan bf kat mak. and expect mak korang nak bagi. hell no!

Tapi, cer try test tengok. korang tanye je "boleh tak nak date dengan bf esok". sah berpiat telinga. tapi lama-lama mak kita al-redho je. janji korang jujur jangan tipu. paling lama pon umur 18 tahun korang dah dapat permission. tapi penuh pesanan sebaldi.



Normal lah, mak kita will not simply say yes. tapi kalau kita jujur itu lagi bagus dari kita tipu and mak kita find out sendiri dari orang lain. tu lagi parah sebab lepas ni kalau kita jujur, mak tak percaya.



Tapi ade satu hal yang aku dah over expected sangat-sangat! bila benda tu tak menjadi as aku expect, aku sedih tahap puaka.

Aku dah werangan nak pakai smart phone harga pat angka wo. ni dapat rebate ingat ringan lah sikit beban. rupanya.. hampeh. dah lah malas nak gebang pasal smart phone. sony usang aku ni pon ok. ok ke?



Owh my Iphone bertatah swarovski.

Tapi ape ade hal. kalau dah teringin sangat smart phone canggih tapi dok kemaruk rebate. ceh! 200 je pon.

Wuaaa


Teknik diet keji

Assalamualaikum.

















Sebagai manusia yang di lahirkan tidak memiliki badan yang semulajadi model curve, aku pikir sendiri macam mana nak kenal badan sendiri. ceywah bukan kenal sangat pon. dah dua dekad tapi badan sendiri pon compang camping tak terjaga.

Tapi aku takde amalkan senaman, minum collagen, pati herba jamu mak nenek. tu luaran nampak sihat dalaman wallahu.

Berat badan aku pulak bergantung kepada persekitaran. dengan tinggi 161cm, setakat ni berat badan aku, ideal. tapi pada aku now aku gemok.

Zaman gemok aku bermula kat boarding school. sebelum masuk teknik, berat aku 49kg. dah akhir tahun sekolah teknik, berat aku 60kg. mungkin diorang buh ganja dalam masakan tu aku lalu makan sangat-sangat.

Habis sekolah lepak kat rumah, berat kembali normal tapi still debap sampai lah masuk uni. time tu fuhhh tengok badan colleagues semuaaa mang aih. tapi aku takde kesedaran pon nak berdiet. makan sesuka hati. memang takde istilah diet dalam hidup aku.

Tapi berat aku sangat ringan hehe makan sesuka hati tapi berat tak naik. sukanyaaa. tips dia, makan, nyahtinja, makan, nyahtinja di jamban. heavennya tak payah runsing pasal berat badan.



























Ni berat sepanjang uni life. heaven lah orang lain sibuk skip makan malam, aku selera makan snacks malam buta. orang lain berjog pagi petang, aku tengok tivi makan jerok.


Setelah berbulan kat rumah, heaven tu tiada lagi.. owhhh hampa. tapi ok lah kan - dengan makan ikut suka hati, exercise tak pernah. tapi just maintain pergi jamban berat pon tak over.


27 December 2012

Something happened



Assalamualaikum.

Pertama sekali aku nak ucap lemon-an thank kaseh pada mengkome yang sudi follow dan singgah tak kurang jugak yang sesat kat belog ai.. arigatao :)

Zillion thanks kepada penganjur Give Away iaitu adik Ecah dan kroni dia. aku salah sorang sponsor GA soho ni. meh pakat join!


Spot my name. ok, aku mampu bagi satu skirt untuk pemenang bertuah tu.. sape lah ek. tunggu 31 december ye. tak lama pon GA ni. tapi aku rasa nak review 3 pemenang. so, meh kome join. kurang 50 GA ni batal owh sedih.

Sponsor GA ni sangat lah melimpah ruah. untung lah pemenang.. hadiah sampai 13 pemenang! mana ade GA yang nak sua hadiah depan muka? ape lagi! join ah.






Ni teaser skirt ceywah. so, pemenang akan di tuju kepada perempuan. kalau lelaki, pon boleh. kot nak bagi kat mak. mak lah sangat.

Last word, terima kasih pada korang ye sudi join and follow semuaaa steps. banyak kan tapi it worth it ok!



25 December 2012

Troll at subuh time

Assalamualaikum.

Macam selalu, aku bangun solat subuh agak-agak nak dekat pukul 7 heee tu biasa. yang luar biasa tu pagi tadi.

Mak aku buat style terkejut tergempak macam dah lewat sangattt. aku buat rilex.. cool, tengok handphone jam pukul barape. laaaa hai baru pukul 5.42 a.m.

Mak ni buat lawak ke ape. kejut macam pagi ghaye aidilfitri pulak. pagi ghaye pon aku tak bangun awal cenggini. aku buat derk tutup mata sambung tido. subuh tak masuk lagi lah mak.

Heh silap tengok jam. sayup-sayup dengar mak aku gelak.



24 December 2012

Tutorial shawl two layer

Assalamualaikum.

Masa nak convo hari tu aku berangan nak pakai hijab yang tak pernah aku pakai or gayakan sebelum ni.

Sekarang kan tengah IN shawl yang beads penuh and sarat. tapi kan nak pakai mortar board pulak nanti. rugi je beads segala berat dengan mahal pulak tapi tak nampak pon di lindung mortar.

Aku kerahkan jugak otak nak pakai style ape convo nanti. then, aku terjumpa shawl dua layer or two tones ni kat mall. aku terus beli even time tu tak berapa sure style ape nak pakai.

Balik rumah baru try and error. ah sudah aku neves takot mase hari convo tu, shawl ni tak menjadi.

Alhamdulillah. semuaaa berjalan lancar. ceywah macam majlis besar pulak. tapi syukurr tak jadi bad shawl day lah.



Syukur dengan sekali lilit, ia menjadi!

Dengan hati gembira aku pon nak share macam mane aku belit shawl ni. aku rasa untuk half moon pon sesuai. lagi senang untuk half moon, tak payah sebelah panjang sebelah pendek. 


Benda-benda: Shawl, inner neck, jarum, keronsang and nak lebih smart keronsang anting-anting or stud.



Letak shawl atas kepala. ikut suka nak color ape. 
Pastikan belah kanan pendek. Kiri panjang. 



























Then, guna keronsang anting-anting or stud. pin di kiri kanan pipi.



























Now, dia jadi macam ni. guna keronsang yang sama kiri kanan tu tau. baru tak cacat.



























Ambik shawl belah kanan (yang pendek) bawak ke bahu kiri. pin bagi kemas.



























Dia jadi macam ni. nak labuh boleh, nak singkat pon bolehhh



























Ni part paling penting. ambik shawl bahagian kiri (yang panjang) twist kan shawl bagi color yang bertentangan pulak duk luar.



























Nampak ke tidak. kalau taknak twist pon takpe. 



























Lilit atas kepala mengkome. jadi lah ghupe gini. biru pulak duk luar.



























Kasi kemas-kemas sikit.



























Dari belakang jadi gini. pinkan shawl kat bahu kang terlondeh.





























Selamat try and error!


21 December 2012

Penerajang yang tak bersalah

Assalamualaikum.





Aku semedang terjaga time tidur. tengah dok mamai tu, dush sebijik kena kat hidung aku. tangan adik aku terajang muka aku. haihhh sabar jelah ade adik atlet. time malam buta pon nak practice rejam peluru. kang peluru ke mana gigi ko ke mana aku rejam.

Tapi nak salahkan siapa? bukan dia sengaja pon. tapi dalam tak sengaja pon, dah namribu kali aku kena.

Umpama beby yang baru belajar tatih, lain tatihnya dengan mug berisi Milo fuse last packet di sepaknya. time tu nak salahkan sape? beby tu? rase nak salahkan diri sendiri.. dah tahu ade beby dalam rumah, letak lah lagi barang-barang beby mudah capai.



Nak ku maki tengah malam buta tu? silap tahun aku kena maki balik kacau dia tidur. salah aku jugak dah tua pon tak berani nak tidur sorang-sorang. haihhh nampaknya benda ni akan berterusan sampai ade orang yang betul-betul peneman seumur hidup..


20 December 2012

Tarikh cantik

Assalamualaikum.

Aku jarang nak up entry yang currently hot kat sana sini. tapi sebab tarikh hari ni memang best, 20122012.

Cantik kan. tapi tak ade ape-ape pon yang berlaku pada hari ni dalam hidup aku melainkan.. bosannn. kepala pening, dizzy mabuk laut. tapi kalau aku cakap aku tak sihat kat mak aku, mak aku takkan percaya. mana tak nya, orang tak sihat tak lalu makan lansung. tapi aku still maintain. siap bertambah-tambah.



Harap esok makin productive hidup aku ni. banyak kerja tergendala. order skirt pon tak siap-siap. 



Mendiva at Pangkor Island

Assalamualaikum.

Plan tak sampai dua hari, terus prepare pergi Pangkor. terbaik lah takde cancel-cancel or postpone-postpone.

Kami pergi hari Isnin tapi still umat manusia berjuta demonz. hotel Puteri Bayu tu siap fully booked sampai hujung tahun ni. kiteorang pakat tembak je datang. so, rooms yang available pon standard room je. then, untuk keselesaan kiteorang ambik dua bilik.





Kali ni, naik ferry kat Marina Island. cepat and cekap. next time memang Marina lah pilihan ai. tapi kami lambat beberapa minit je. so boring jugak tunggu next ferry.



Teruja.



Udara Pangkor already. 

























Kalau sampai awal pon tak guna jugak. room kat hotel ni belum ready lagi even dah pukul 1 lebih. diorang estimate dalam pukul 3setengah baru ready. so kami bertebaran kat tepi pantai makan bihun. elok dah kenyang, diorang call and room dah ready! hoyeh

























View hotel ni tak best. tapi kalau dapat family villa memang the best. bukak pintu depan rasa nak terjun pantai. bukak pintu tepi rasa nak tenggelam dalam kolam.

























Semua pon berperangai childhood time ni. jangan salahkan ibu yang mengandung. lepas letak bags and kemas-kemas sikit. salin baju terus nak terjun kolam. time ni lah pundi kencing aku penuh asyik telan air je. macam dugong nak beranak tak reti berenang.

























Bbq time.

























Mom did an open burning. teehee laku habis ayam perap mak. 



The last activity, snorkeling at Coral Island. memang gempak, cuak nak terkapai-kapai dengan goggle besar bapak. mula-mula aku tak berani lansung nak nyelam dengan goggle tu. hahaha takot lemas. then tengok mak aku seronok bagi ikan makan, aku pon slow-slow sua muka and bernafas guna paip tu. tapi depa bagi kat aku yang usang punya! asal aku sedut, dengan air masin aku telan. tuih!

Aku tukar dengan adik aku, baru lah nikmat sikit. dapat tengok ikan kat hujung kaki. kalau tak selam, tak rasa lansung ade ikan. best!



16 December 2012

Anjakan usia

Assalamualaikum.

Semalam aku and family bergelandangan depan tibi waktu maghrib. tiba-tiba teringat zaman dulu, kalau maghrib je jangan harap boleh ngadap menatang pat segi tu. tapi sejak dah besar semua adik beradik, pakat rilex je termasuk semalam. wahhh heaven takde dah piat-piat telinga.



Dah settle solat maghrib, sambung ngadap petak tibi. lagi heaven aku pegang remote. hari sabtu banyak cerita best. tak teringat pulak ade APM. tetiba abah cakap malam ni bukan ade APM ke? yelahhh abah lagi expert. terharu, dulu-dulu nak tengok AF pun kena sorok-sorok. la ni, abah yang tolong ingatkan.

Terasa perubahan zaman. tapi paling best bila parents makin sporting. heee 


15 December 2012

Second time pergi I-City pun still peghak

Assalamualaikum.




Nampak tak peghak di situ. kali ni pergi dengan family haruslah terlebih excited. abah aku isi club card I-city RM100 pakat berlari-lari anak termasuk tua dan muda cop barisan depan sekali main semua benda kat I-city.

Alhamdulillah.. habis semua seratus ringgit takde sisa langsung. heh



Alhamdulillah jugak, memory card camera penoh gambar aku. heee tips dia di sini, jangan pegang camera tapi berdiri lah depan camera. 



Time tu tak kira lah mainan tu mencabar or tak yang penting, aku nak naik semua. aku jenuh pujuk adik-adik sepupu aku naik sekali. tapi diorang boleh pandang sebelah mata je tengok mainan tak adventure katenye.


13 December 2012

Tips untuk Program Assessment Centre (PAC)

Assalamualaikum.

Sekarang ni, bukan PTD je buat PAC before interview. banyak dah jabatan kerajaan yang ambil format program PTD untuk tapis candidates. termasuk aku, dua hari menjebon kat Johor Bharu memang bagi banyak input yang selama ni kecelaruan put.




So, ade sikit tips lah untuk korang yang dapat panggilan PAC PTD or else.

Pertama sekali, persediaan sebelum PAC.

- Kat sana, korang kena berlari 2.4km dalam masa 13min untuk lelaki. perempuan pulak dalam masa 17min. so kalau record korang lebih dari tu, markah pon kurang lah. yang penting kat sini, fitness. kenalah steady, bukannye loii tak bernafsu.

- Pakaian kemas smart macam nak ke pejabat. sebab activity dalam kelas, kita kena pakai pakaian formal. kasut pulak aku suggest korang pakai heels yang boleh di pakai dalam jangka masa yang lama sebab korang kena pakai setiap masa kasut tu and nak kena jalan jaoh pulak dari hostel ke kelas.

- Practice bercakap depan public maybe kawan sendiri. jadi berani dengan cabar keyakinan diri.
since kat Uni, aku selalu tak ngelat untuk present assignment. aku akan offer untuk explain sebab saat tu sangat genting woh. sure korang boleh atasi nebes kalau dah biasa cakap depan public.




Kedua sekali, persediaan semasa PAC.

- Jadilah manusia yang peramah untuk dua hari program tu kay. tak rugi pon sebab kita perlukan support dari diorang yelah kita datang without families and friends. dalam kelas nanti, kita kena bercakap depan mereka. so, support sangat penting time tu. kebanyakan peserta PAC ni, dah lama kerja and ade kedudukan woh. tak rugi kita cilok ilmu dia.

- Smart phone amat penting! aku sedar sekarang kegunaan smart phone. fuhh bila diorang bagi tajuk untuk pengucapan awam in B.M and public speaking in English, takde ape yang aku bayang selain kelajuan internet and smart phone. penting ye untuk korang prepare speech yang bernas. kalau boleh, biar penuh dengan fakta sampai panel tu terangguk-angguk dengar speech yuolls. basically, diorang hanya nak nilai korang punya availability nak berhujah depan orang. depends pada panel tu if dia redho dengar grammatical error and vocab manglish yuolls.

- Selain tu, buatlah kajian pasal jabatan PAC anda. ini untuk bagi expression yang nyata kepada panel tu yang korang betul-betul nak that jawatan. dalam public speaking nanti korang kena masukkan fakta pasal jabatan yang korang pohon. so, bagilah fakta bukan auta. 

- Actually, time kat sana kita ni dah jadi bahan uji kaji. personality kita akan di teliti dari awal korang jejak kaki ke program tu. so, instead of jadi diri sendiri, pretend lah sikit yang korang ni seorang yang berwibawa walaupon.. hampeh.





































Akhir sekali, persedian selepas PAC.

- Tawakal jelah semoga di panggil interview sebab itu yang aku buat sekarang. pergi bercuti sekali untuk gift diri sendiri sebab berjaya berlari 2.4km yang selama ni tak mungkin berlaku.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...