31 July 2011

Sesuai sangat lahh

Assalamualaikum.

Selamat menyambut ramadhan Al-mubarak semua.

Siang tadi, saje keluar jalan-jalan kat pekan batu gajah. aku rasa aku dah lama tak jalan sekitar pekan ahad. yang banyak jual barang-barang macam pasar malam tu.. aku panggil pekan ahad sebab dia buat hari ahad.

Sangat banyak tudung cantik-cantik. jangan pandang rendah kat pekan biasa-biasa ni. murah pun murah.

tapi aku tak beli pun laa. baju raya aku tak ingat specific warna ape. kang silap beli, jadi tudung saji pulak tudung tu.

So, ape yang aku beli?



Kasih Benar Kasih


Aku tak sure best ke tak tapi yang pasti, cover dia sangat comel!! rasa macam novel kanak-kanak. 

Bila beli novel area bulan ramadhan ni aku teringat pulak masa aku form one sampai form three. mesti beli novel masa dalam bulan ramadhan. bila baca time tengah hari sampai petang tak ade lah tertunggu-tunggu waktu bukak puasa. bila ralit duk baca, terus tertidur. bangun-bangun terus bukak puasa. yey!

Last word.. Selamat berpuasa. mari ramai-ramai kumpul pahala sambil kurangkan dosa =)




30 July 2011

Hebat dari Jojo's Fashion Show!

Assalamualaikum..

Agaknya aku seorang kut yang baru tahu pasal game ni.

Yey dah jumpa game best paling stick dengan jiwa aku.



Alahai old fashion sikit lahh

Siapa nak rasa shock macam aku kelik sini haa.

Kemain lagi aku dok mix and match kat model ni. 

Ikut cita rasa sendiri tak ade markah-markah and runway. kau run lah sendiri.



The dress that catch my eyes

Assalamualaikum wbt..

Esok lusa tulat dah nak puasa, baju raya dah beli. tapi tak siap lagi.

Tapi aku ade satu keinginan sekarang. terasa macam nak penuhkan aku punya almari dengan baju-baju chiffon. terasa macam puteri sweet-sweet je.

Setakat ni ade lah beberapa koleksi chiffon dress. amat selasa tambah-tambah kalau pergi dinner. tak usah risau sampai kena makan sikit-sikit takut perut buncit.

Untunglahhh





Kalau pakai pergi class, agak over la kan?











I love pastel



Look confident with purple





And black too


Celebs that wear chiffon dress.










Celebs ^_^


29 July 2011

Ini hanya terjadi di..

Assalamualaikum..

Sekejap lagi aku nak pergi JPJ sebab lesen aku dah mampus. yang bestnya tarikh luput lesen tu betul-betul mase tarikh hari jadi aku. wihii

Selambaa ghadak je aku bawak kerata balik campus guna lesen agong. masalahnya aku tak ingat langsung lesen aku dah mampus.


Jadi.. korang tengoklah video slide show aku pinjam kat youtube.


Ewahhh memang sesuka hati

Assalamualaikum.

Selama aku just jadi followers biasa-biasa je pada belog-belog yang aku rasa nak follow.

Tapi-tapi!

Aku rasa macam penghargaan terbaik adalah macam ni



Pinjam boleh?


Belog dia semart, sebab tu aku follow. tak sangka pulak dia kasi penghargaan pada follower-follower dia macam ni sekali. T_T 

Siapa yang rasa-rasa nak penghargaan macam ni dari saif, ambik ini link.

Yes saif memang sesuka hati dia tapi thanks. =)

Actually faY stand for FATIN ADILA YAHYA ^_^




21 July 2011

Korang kena terima hakikat ini

Assalamualaikum w.b.t semuaa

Yes korang kena terima hakikat ni. kena terima jugak-jugak. kena jugak walau korang tak boleh terima.

Korang terima lah hakikat yang hari in hari kelahiran saya yang ke.. kelik sini kalau korang boleh terima hakikat.

Sempena umur aku yang cantik tu, aku ade trivia sikit nak bagi. lagi sekali, korang terimalah hakikat ini. biasalahh budak dah cukup umur, terima jelah kesengalan dia. ^_^


Trivia ni kalau korang tahu pun tak ape, tak tahu pun tak ape. tak penting tak masuk exam T_T

Bace jugak demi birthday girl itu bagus!

1.   Aku suka makan kuih lapis bukan sebab dia sedap. tapi sebab dia warna pink. tak ade lagi kuih warna pink rasanya..?






2.   Aku amat tak gemar makanan yang ada satu rasa saja. contohnya ikan masin. ikan masin hanya ada rasa masinnn. tak suke. gula kapas tak ape, sebab dia again, warna pink.




3.   Walaupun aku kelihatan cenderung kepada warna pink, tapi majoriti baju aku colour purple.


Pinjam kat google.

4.   Sampai sekarang aku masih tak boleh sentuh telinga guna siku. korang sila jangan cuba.

5.   Sepanjang aku menjalani ibadah puasa di bulan ramadhan, belum pernah aku termakan sebelum berbuka. hebat lah tu. 

6.   Kalau aku tengok movie yang dah start about 5minutes ago, aku hilang mood nak tengok cerita yang start before aku ready.

7.   Kalau aku tengah drive, tiba-tiba radio mainkan lagu yang aku minat, focus aku kat driving agak terganggu.

8.   Birthday party yang paling best dalam hidup aku adalah tahun lepas. 



9.   Kalau aku tak ade class pagi, aku bangun lebih awal dari hari yang ade class pagi.

10.  Kalau di beri peluang, aku nak repeat life aku waktu form two. tiada valid reason untuk pilihan ini.

11.  Aku sangat lah sensitive sampai tengok cerita barbie as a cinderella yang happy ending pun aku sedih terharu. wuuu



12.  Setiap malam, aku mesti akan terjaga. lepas tu tidur balik. tapi selalunya payah nak dapat tidur balik =(


13.  Walaupun aku bukan manusia kidal, tapi aku main gitar guna tangan kiri.


14.  Lepas habis sekolah, aku dah payah nak ingat tarikh. kecuali hari ini =)


15.  Satu-satunya lelaki yang bertahan untuk setia dengan aku adalah Saiful Azri. dan dia juga satu-satunya lelaki yang aku setiakan. thanks to you much!


16.  Aku tak minat Transformer and seangkatan dengannya.


17.  Aku tak suka angka 0.


18.  Aku selalu bertengkar dengan my hubby baby sebab dia lambat reply message.


19.  Aku boleh habiskan makanan untuk dua orang makan.


20. Aku tak gemar nescafe and coffee. 


21. Aku gemar hot chocolate. 




22.  Aku suka tengok adik bongsu aku si Anis tengah tidur. tapi bila dia bangun, dia sangat kerek.


23.  Kat rumah, adik-adik aku tak panggil aku kakak pun. kami macam kawan-kawan je pun. nampak kurang ajar sikit sebab cakap aku kau.


24.  Perkara yang paling aku malas nak buat ialah basuh baju guna tangan.


25.  Pelakon lelaki yang aku tak suke: Rosyam Nor


26.  Pelakon perempuan yang aku jelik: Ida Nerina


27.  Negeri di semenanjung yang aku tak pergi lagi ialah Melaka. tapi asam pedas melaka aku expert. 


Banyak sangat dah ni. kang termuntah pulak bace trivia ntah pape aku ni.

Last, selamat hari kelahiran kepada korang yang lahir pada hari ini.



20 July 2011

Terima kasih tolong potong niatku

Assalamualaikum semua..

Baru-baru ni aku ade pasang niat nak pakai braces. yup braces. gigi aku atas dan bawah terabur tapi niat nak pakai kat bawah je. sebab bawahnya macam tonggang terbalik terjenggul dari gusi. malu sikit mengaku diri cacat.



T_T

Apesal baru sekarang aku nak kisah pasal nak pakai braces? dulu aku ade jugak terpikir nak pakai tapi bende alah tu sakit kan? aku hold sekejap niat tu. 

Tiba-tiba minggu lepas aku rasa macam nak berbraces. 

Terbaca di kosmo pasal sorang mamat ni tertelan besi braces. eeuuu baca sini kalau nak trauma jugak.

Langsung tak jadi. bia lah aku senyum tak lawa janji aku tak sengsara tahan sakit and makan. tak boleh makan sembarangan tu lagi sengsara pada aku tahu?



19 July 2011

Tolong jadi kakak saya

Assalamualaikum.

Hi. how are you. <-- spam kat facebook yang sedang berleluasa. aku ingat memang betul la sepupu aku si zharif tu tegur kat chat. selumber ghadak la aku pergi reply. then, aku macam peliks semacam lah.

Dan-dan tu lah member-member kat facebook dok cakap-cakap pasal spammer ni. tanya soklan basic je. tapi bersedialah untuk laptop anda hang.

Tetiba kita kembali pada tajuk. jangan lari tajuk nanti failed karangan BM macam sekolah rendah dulu-dulu.

Aku ni kan anak sulong. kawan-kawan yang sebaya dengan aku ade lah dua tiga orang kakak. at least seorang kakak seorang abang. aku pulak rasa macam rendah diri sebab adik berderet tiga orang. perlu kah rasa rendah diri time tu? rasa macam nak luku-luku je.

Ala, punca aku rendah diri pun sebab aku hanya dapat jejak kaki pergi tengok wayang pun masa form two. taubat aku tak ingat cita ape. selain tu, pergi karaoke, main bowling, beli selipar sendiri, rebonding rambut, blablabla.. aku belajar sendiri. sebab aku tak ade kakak.. wuwuwu



Boleh kongsi-kongsi make-up.

Serius sedih. kawan-kawan semua pernah merasa at least sekali semua benda yang aku list kat atas. bukan wajib pun tapi nafsu budak-budak. taraf form one sampai form three zaman blurr, sangat kebudak-budakan.



Masa ni aku dah boleh merasa semua.. wihii


Mujur aku ade kawan yang umur dia macam kakak dah pada aku. haa ni lah salah satu sebab aku kawan dengan kakak-kakak.dapat aku merasa pergi tengok wayang masa form two. kalau tak ade kawan kakak-kakak alamat umur berapa baru merasa tengok wayang. jadi jakun pulak masa bawak adik sendiri nanti.





Ni aku lah bawak adik-adik aku jalan.
Tu lah gunanya kakak. T_T

Tu kekurangan kalau tak ade kakak.

Kelebihan tak ade kakak pun ade jugak. rasanya lagi banyak..

Masa dah besar ni baru aku rasa banyak kelebihannya. alah kelebihan basic lah. semua benda aku merasa dulu. laptop first hand. adik aku nanti dapat secondhand jelah. yeke? si adik bongsu aku tu semua benda aku dapat dia nak jugak. tak reti sabar tunggu aku perturun harta-harta aku kat dia.

Fine, tak ade lah banyak kelebihan pun bila tak ade kakak.


15 July 2011

Iklan terbaik dari gudang yang pernah aku tengok

Assalamualaikum.


Sedih ouhh mase tengok cite ni. aku siap terpaku, masa lecturer aku pasang video ni. 



Kalau semua iklan kat malaysia panjang bejela macam ni, memang setiap kali iklan sempat lagi kau pergi goreng ikan, sidai baju segala bagai. 

Tapi kreatif sungguh. lari tajuk betul dari music ke pantene. Syabas lah

10 July 2011

Tanda-tanda Hubby kita merajuk.

Diam Seribu Bahasa: Dia diam saje sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan atau dia anggukkan kepalanya saja. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ini. Jika benda ini berlaku, sah lah tu dia merajuk dengan kita.
Owhh baru aku tahu.. kau pehal merajuk sampai tak nak bercakap-cakap segala. ingat comel merajuk tu?

Buat Tak Tahu: Dia akan buat tak tahu dengan kita. Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je. Paling teruk, dia buat-buat tak dengar (pekak betul-betul baru tau!). Ini cara protes yang paling teruk sebab dia bukan je buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud.
Ewahh nak main protes-protes pulak. nak protes pergi protes kat perhimpunan Bersih 2.0

Menolak Untuk Makan Bersama: Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to face dengan kita. Dia akan bagi alasan seperti "awak makan la dulu, saya kenyang lagi la..lagipun, saya dah makan dengan kawan saya tadi" (walhal perut lapar... nak uji dorang, kita dok je sila depan dorang, sambil makan...)
Betul-betul! part kita dok je sila depan dorang, sambil makan.. yes! mesti terliur tengok aku makan. last-last cari makan sendiri kat dapur. tulah, orang dah offer makan sekali siap nak tolong suap tapi jual mahal. 

Masam Muka: Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling kita geram. Dah lah tak nak cakap dengan kita dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je! 
Betul lah tu. kalau hubby baby aku merajuk, aku jadi geram. geram rasa nak cubit-cubit. rasa saja ok. alah, ape susah. kalau dia buat muka masam, aku senyum kambing siap tangkap gambar tahap kemasaman dia tu. 

Baca Surat Khabar: Bab ni memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram & ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta.
Buang tebiat ke baca newspaper malam-malam buta. stock newspaper baru dah siap cetak, awak baru nak bace news lapuk. hakhakhak

Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam: Dia akan tengok TV tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia di TV tapi hatinya ke lain. Kita kena peka beb!
Alahh.. hati awak kat saya kann. malu-malu pulak. tengoklah tv sampai lewat malam, ade lah tu yang teman kat sebelah. hihihihi

Keluar Rumah Tanpa Beritahu: Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnya. Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana confirm dia akan buat dek je!
Selalunya kalau dia keluar tak bagi tahu sebab emergency. time tu aku duk sedap kroh kroh. dia blah lagu tu jela. tak nak kacau aku tidur katanya.

Matikan Telefon Bimbit: Ha ni satu lagi tabiat lelaki. Dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita mengganggu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat... Alaa, bila dah rindu call jugak last-lastnyer!
Owhh macam tu kah? tapi selalunya aku yang off phone masa dia merajuk. dia tu ramai peminat. kalau off phone 10 lari tinggal aku seorang. ape kau merepekk

Hisap rokok: Macam tak pernah dapat rokok setahun...
Ni kredit untuk aku!!! yes yes yes my hubby baby tak hisap rokok! apetah lagi sisha, tembakau, daun ketum, nicotine, blablabla




Ni semua aku curi dari all about love. edisi lovey dovey ye hari ni. kagum sungguh. yang text colour purple, gubahan hati aku yang cuba merosakkan tabiat merajuk lelaki. sungguh comel dia merajuk tapi bila pujuk kena cara, kalah budak-budak manja dia.





09 July 2011

Bangun pagi, bukak pintu, buat iklan colgate

Anda tahu tak anda tahu tak.

Memang korang takkan tahu selagi aku tak habis cerita.

Sebelum tu, aku nak bagi salam. Assalamualaikum. excited nak cerita sampai tak dan dah nak taip salam.

Al-kisah pagi tadi aku bangun dengan sedikit ceria. semalam tido lena. buka-buka tingkap macam, waaa indahnya dunia sambil nyanyi macam dalam cerita Enchanted.



Sambil jerit aaaaa aaaaa aaaaa
Sekali lalat yang masuk mulut.



Ok lah aku duk diam-diam.


Aku terus menuju ke pintu bilik menyambung kecerian aku. bukak pintu, buat aksi stretching ala ala atlet dah lama pancit. wahhhh menguap siap.

Sekali ade makcik sapu sampah kat corridor lerr. habis punah reputasi aku. tercalar image anak dara bangun pukul 10. aku bangun awal tadi dah tapi belum berani menjenguk keluar. huhuhu cover malu.

Senyum kambing aku bagi kat makcik tu. hehehe kan dah jadi iklan colgate. 

Terus masuk bilik laju-laju simpan muka bawah bantal. tapi tak jadi. rasa nak lompat-lompat.



Aku gembira. 
Kau gembira ade sampai macam ni? tiba-tiba jadi gembira.
Terajang nak?


But the point is.. this is what we call weekend. bila masuk minggu baru, aku jadi haru biru. tu pasal weekend jadi terharu. ah sudah, serupa pantun pulak. pantun tiga suku.



Gagah perkasa. hebat tak kira dengan beban kiri kanan.


Kat tangan kanan ade newspaper, buku, note, dompet di keluarkan sebab nak tunjuk lagi banyak beban lagi hebat. ade jugak nasik tomato bungkus, roti gardinea butterscotch sedap gila. aku makan 4keping kenyang macam makan sepinggan nasik.

Tangan kiri hanya ada 8batang keropok lekor. sambil jalan naik bilik, eloklah kita habiskan barang sebatang dua.

Memang jelas aku ni berat sebelah. handbag tak mau yang besar-besar. bila pakai handbag kecik pergi kelas, nak sumbat helmet pun tak muat apetah lagi nouvo S. siottt

Tabiat aku, tak bukak helmet lepas turun dari moto. dah sampai bilik pun sampai lupa nak bukak. mula lah heran apesal kepala aku macam berat? ade penunggu ke lepak kat kepala aku? ahh sudahh

Enough ok. nanti semakin banyak tabiat buruk yang aku simpan molek-molek dalam gudang habis terburai keluar.  

Good day uolss!




08 July 2011

Tangan menaip

Assalamualaikum. Salam jumaat.

Motif update, sebab tiba-tiba mate jadi berpinau-pinau tengok note yang dah macam gudang colour. berwarna-warni dok highligth sana-sini.


Lagi seminggu dah cuti mid term semester. lepas je cuti tu memang bertimbun assignment nak kena submit, presentation, preparation test and quiz. blablabla
Aku perlukan tenaga lebih. seperti kenderaan untuk ke sana sini.



Kerja pun jadi mudah bila ade kuda ini.

Masa semester dua aku naik keldai je. atas ehsan adik aku, dia bagi pinjam kuda ini yang lebih up.
HAHAHA



Ini keldai tunggangan saya. sekarang tidak lagi sebab dah ada kuda

Sekarang macam dah malas nak naik kuda. aku nak naik kereta. FAIZ pulangkan kereta! 



Dia bagi pinjam kuda pun sebab dia dapat naik gajah.

Aku tak kira, lepas mid term aku nak bawak gajah pulak. lepas ni aku akan lebih banyak kena  buat kerja di luar. projek juta-juta tengah tunggu aku.



Aku dan gajah tak boleh dipisahkan. T_T

Anyway, thanks to you much Faiz bagi pinjam kuda. sangat berjasa. juga sim card UPAX kau tolong beli guna ic kau. aku dah pernah beli upax itu pasal guna ic kau paeh. even kat rumah hari tu punya cuti semester kita perang terok, kau still tolong kakak kau ni. hahaha kejam gila aku pergi remove dia dari fb gara-gara bengang. bangang


Bulan ini dan bulan-bulan seterusnya

Assalamualaikum.

Even exam lambat lagi tapi ade la rasa tekanan macam exam lagi seminggu. padahal baru quiz. haih mentang-mentang dah di penghujung semester. masing-masing berharap tak ade paper yang sangkut. alamatnya tak dapat grade sama-sama. fuuu


Aku pun harap semua kawan-kawan ade bersama masa grade. nanti aku nak lepak dengan siapa? Ya Allah tolong lah bagi kamu semua lepas semua paper.


Kawan-kawan aku semua ni baik. semua pun sepakat membawa berkat. tak ade yang masing-masing nak tunjuk taring.



Mereka semua baik dan cantik-cantik.



Calon-calon isteri



Aku dah gemok



From left : Owka, Kecik, Azah, Aku, Bib



Berangan camera yang snap ni adalah dslr



Kamu semua kawan-kawan yang terbaik dari gudang lah!!


Motif puji kawan-kawan sampai berbakul?

Kawan-kawan sangat penting untuk make sure hari-hari yang aku lalui macam dalam taman bukan kat pulau tengah-tengah lautan.

Ayat buku tak mahu kalah!


01 July 2011

Stuck in July

Hai sekalian orang.


Aku tak tahu kenapa ramai yang bercakap pasal bulan july. ade ape dengan july?

Personally, dalam banyak-banyak bulan dalam calendar aku paling suka bulan july. cantik and cool macam orang-orang yang terlahir di bulan july. termasuk aku.

Jadi siapa-siapa yang lahir di bulan July terutama hari ini , sila berbangga dan ucap sendiri selamat hari kelahiran untuk anda.




Kek pemberian ikhlas dari aku. xoxo kek birthday aku yang tahun lepas punye. ambik lah makan. tak basi lagi ok. still looking good as shown in the picture. =P


Dalam keluarga aku , seramai 4 orang berada di posisi bulan July sebagai bulan penambahan angka umur masing-masing. Which is my Abah, Me, my Younger brother ang my Younger sister. My encik SAN too.




Mark your own date before late. T_T


I love July. Please love me too..

Orang di Pantai Timur busy ber'event', aku tak reti duduk diam tak buat ape-ape

Assalamualaikum sekalian.


Ni la padahnya tak active dalam club kat uni. yang encik SAN busy dengan event clubnya pulak. padan muka. siapa yang bosan jugak? aku ade satu game ringkas untuk korang.



Jom kita bergelak sebentar atau senyum sejenak.


i) Pilih bulan kelahiran anda:


Januari - Aku cinta
Februari - Aku gigit
Mac - Aku belasah
April - Aku peluk
Mei - Aku terhantuk
Jun - Aku terkentut depan
Julai - Aku menari dengan
Ogos - Aku pergi dating dengan
September - Aku lambai dekat
Oktober - Aku muntah depan
November - Aku jerit dekat
Disember - Aku terlanggar

ii) Pilih nombor hari jadi anda:


1 - Mak aku
2 - Komputer aku
3 - Liverpool
4 - Garfield
5 - Musuh dalam selimut aku
6 - Gangster
7 - Handphone aku
8 - Gerrard
9 - Driver Bas
10 - Semut
11- Kawan baik aku
12 - Polis
13 - Taik kucing
14 - Patung barbie
15 - Lee Chong Wei
16 - Mak Mertua aku
17 - Mak tiri aku
18 - Girlfriendaku/ Boyfriend aku
19 - Makcik kantin
20 - Sharifah Amani
21 - Upin dan Ipin
22 - Siti Nurhaliza
23 - Spongebob
24 - Cristiano Ronaldo
25 - Bapuk/Maknyah
26 - Kawan aku
27 - Raja Lawak/Akademi Fantasia
28 - Jiran aku
29 - Orang gila
30 - Taylor swift
31 - Awek cun/ Jejaka tampan

iii) Pilih warna baju yang anda pakai skrg:

Putih - Sebab aku perasan cantik/hensem
Hitam - Sebab aku gila
Pink - Sebab aku suka single
Merah - Sebab mak aku suruh
Biru - Sebab aku tak tahan
Hijau - Sebab aku baik hati
Ungu - Sebab aku cemburu
Kelabu - Sebab bomoh suruh
Kuning - Sebab suka hati aku la
Oren - Sebab aku baru putus cinta
Coklat - Sebab aku tak tentu arah
Lain-lain - Sebab aku fikir aku hebat

KONGSI JAWAPAN ANDA~ :)





I've got mine. AKU MENARI DENGAN UPIN DAN IPIN SEBAB AKU CEMBURU.

U've got??



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...