04 November 2012

Mak orang

Assalamualaikum.

Kadang-kadang aku terlalu memikirkan sesuatu yang tak perlu. mungkin sebab benda macam tu tak akan berlaku pada aku.

Aku dah lupa bagaimana perasaan bila menjadi perhatian. kau pergi mana-mana, semua orang perhatikan kau, teruja tengok kehadiran kau, kecantikan luaran kau.. aku lupa sejak terakhir perkara itu berlaku pada aku masa aku kecik-kecik. yelah masa kecik-kecik semua orang suka.




Memang patut aku lupakan je perasaan tu sebab tak mungkin akan berlaku. bersyukur dengan apa yang Allah bagi kan bagus.




Tapi terdetik jugak, nak pikir jugak-jugak. dengan muka makcik-makcik aku ni mungkin ada tarikan jugak. aku werangan kalau aku pergi interview, ramai yang perhati aku atas bawah sebab lawa sungguh. tapi mustahil sangat-sangat. ramaiii lagi yang lawa. lebih lawa. 

Mungkin benda ni akan berlaku kalau aku sesat di kalangan kaum orang asli. aku kelihatan paling asing bagi depa. maybe paling lawa tapi kejadahnya paling lawa dalam kalangan orang asli and di adore lelaki orang asli arghhh zaman sekarang perempuan kaum orang asli pon lawa-lawa.

Hakikatnya aku taknak orang anggap aku tua dari umur aku sebanar. aku suka bagi depa teka umur aku bagi yang baru kenal aku. walaupun aku tahu jawapan mereka sangat menyakitkan hati. umur aku baru 21 lah! depa macam ?? 21 ke macam 26 je. %&#!@^*




Kalau nak bersyukur, senang je, aku akan tengok mereka yang kurang bernasib baik. muka berjerawat, berpanau, sumbing, rabun, hidung sumbat, gigi berlubang dan penyakit muka kronik. mengucap seketika dengan kekurangan orang tapi aku masih nak membanding-banding lagi. 

Tak salah memiliki muka 'mak orang' asalkan perangai semengah. aku rasa itu better dari muka baby face padahal mak orang, perangai susah bela.

Setiap kali bercermin aku senyum. nampak tenggelam timbul lesung pipit. puiii dalam hati berdoa "semoga 20-30 tahun akan datang, wajah aku kekal macam ni". 




Selalunya orang yang muka cepat tua ni kekal macam ni bila memang dah betul-betul tua. time tu muka hangpa yang kata aku macam 26, tua berganda-ganda. wallah!



4 comments:

Seneorita Baharin said...

xpa nmpk je tua, tp dalaman muda kan, tua2 pon tetap hot u. hee :)

faY said...

nk hot mcm seneorita kita ni. org tgk sejuk je hati =)

Cik Nas :) said...

ehh..21..?? lahh igtkan sebaya tdi :p umur Nas cri sendiri ekk ^^

faY said...

ceywah dh terperasan pulak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...