29 January 2013

Buat Terok #7: Small things, tear us down

Assalamualaikum.

Kalau bace novel, aku suka lah muka kerot-kerot pikir pehal perangai heroin dia macam ni. awat perangai hero dia hudoh. sakit hati nyah. meyampah aku baca aku lempaq hujung katil kejap lepas tu menonggg..


Kadang banyak yang boleh kita relate dengan hidop kita sendiri. writer novel suka buat terok dengan cipta conflict yang buat muka surat dia tebal 5kali ganda ketebalan penuh conflict yang padahal boleh settle dengan beri kemaafan. terus novel bermuka surat 10 je.
So, boring lah hidop kalau takde gadoh pujok. kalau nak kira gadoh aku dengan SAN, macam nak maki. pehal benda kecik pon jadi hal buat bazir text. selalu gadoh pakai fon je. dah dia dok jauh. redho je maki fon.
Sampai satu tahap, aku rasa nak break dengan dia sebab dah tak mampu nak hidup jauh-jauh macam ni. nak jumpa sebulan sekali pon payah. so, dia jangan lah buat hal. sekali dia buat hal kecik siput, memang aku point nak break.


Aku siap imagine macam mana life aku lepas ni kalau takde dia. tak text, call. aku rasa aku boleh sibukkan diri dengan berblog sampai pingsan. kalau bergantung pada ego, aku mampu lagi lupakan dia. tapi dari sudut hati nurani ni memang tak lah. mesti aku tertinjau-tinjau jugak fon.
So, aku nekad nak break jugak suatu hari tu. aku nak cari pakwe baru yang baru balek solat jumaat yang single. kalau ade, aku on. kalau takde?
Tetiba aku imagine pulak, kalau aku maafkan dia and hidup macam biasa balik. eh? macam senang je? terus kepala otak aku macam release. pehhh rasa macam beban tak berak seminggu keluar macam tu je.


Dari hidup sengsara mungkin ambil masa sebulan nak lupakan SAN baik aku say sorry atau terima sorry dia. semudah tanam toge. selama ni hidup bahagiaaa tetiba ade split sikit, dah tension-tension lepas tu nak break, lepas tu menjanda merana cari pakwe baru tapi takde. kan menambah penuaan.

3 comments:

syafiqa said...

kwn sorg ni kan susah nau lupa
kan bf.

tips?heh

Unknown said...

hee..besala bila dok berjauh ni mesti ada dugaan nya..berchenta jarak jauh ni kdg3 indah kan..hee..i miss my bon2 too.huhuhu

Unknown said...

hihi. betul, bila maafkan dengan senang hati. rasa mcm, eh senang sangat la pulak. padahal dia salah. tak aci ni. hihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...