02 April 2012

Outskirts of town.

Assalamualaikum w.b.t.

Dah dua tahun setengah berulang alik batu gajah - merbok - batu gajah, kejap jadi rakyat buangan batu gajah kejap jadi foreigner kat merbok. tiba masa aku hirup udara jannah donia, rumah agam Pak Ya.

Yahooo tamat dah diploma. tanpa was-was aku bajet confirm dapat scroll diploma ujung tahun ni eh.. InsyaAllah.. Allah akan balas dengan tahap usaha masing-masing. setakat yang aku tahu, usaha aku memang tak seberapa sebab aku cepat boring.

Gap untuk setiap paper buat aku boring tunggu.. so, paper yang 3 terakhir, aku endah tak endah je. orang lain still focus study tapi aku bajet orang yang dah bersedia mental fizik. just relax kan otak before jawab exam. padahal aku tak prepare 100% pun. harap tak lingkup.



Learning process never stop.

Buat sementara waktu ni aku belum terpikir nak sambung Degree. aku dah penat ngadap buku tapi aku ada sebab lain jugak. aku akan terus belajar tapi lebih focus on my dreams. aku tak nak tangguh dah.

Ada kat rumah buat aku safe and sound from many aspect. cuma aku kena rajin sikit and learning from the bottom. then.. kita tunggu dan lihat. I'm back!! 



Luckily it's not Batu Gajah's  view.


You know what.. satu perbezaan ketara bila aku ada di rumah, ada mak, abah, adiks, aku rasa calm and warm je..

Bila jauh dari family, rumah sewa rasa macam kosong je. aku mesti susah nak tidur, bangun awal even weekend, makan tonggang tebalik itu ofcos, apa aku buat rasa tak safe.

Satu hari, during final exam pak sedara aku adakan family gathering tak gathering sangat lah dua family kami je, then aku lepak rumah pak sedara aku kat Sungai Petani tu barang setengah hari ke sehari. malam tu, aku tidur lena selena-lenanya sebab family aku complete ada dalam satu rumah tu. padahal lusa tu paper tough kot jebonn. 

Bila balik rumah sewa semula, semua perasaan gula-gula hilang lenyap.. tak best sungguh. 

Now, perasaan gula-gula dah kembali. apa aku nak buat rasa selesa. dulu rasa macam payah, malas, perlu ke, macam tak perlu je, selamat ke? timing rasa macam tak kena je.. 



I'm not pretending. hahaha when I with her.

Dhaaa


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...